Friday, January 05, 2007

SetELah Aku DiPalinG!

SETELAH AKU DIPALING

"nur tengok, skrg ni abg dah berubah" nur memulakan bicara
ariff yang sedang ralit membaca surat khabar tersentak "eh, kenapa nur tiba-tiba cakap macam tu?"

"xderla, abg yang dulu rajin duduk rumah, melayan kerenah anak, ke masjid, cerama-ceramah agama, tp skrg ni xderpun, bila nur ajak tgk ehwal islam kat tv pun abg macam tak berminat je" lebar penjelasan isterinya

ariff terdiam, mencari idea untuk menjawab soalan isterinya tadi "err, abg sibuk skrg ni, byk kerja kena buat, meeting sana,meeting sini, balik rumah abg dah penat" yakin jawapannya
"ye la, kalau penat takpela, tak kesah pon, klu abg blk kerja tidur ke, xderlah nur hairan sangat, tp masalahnya sekarang ni lepas abg balik kerja, abg keluar balik, nk tengah malam baru balik" nur membalas tak puas hati

"itu abg jumpa kawan abg"pantas jawapannya
"kawan abg yg mana bang, setahu nur, semua kawan abg nur kenal, ni kawan baru ker?"
belum sempat ariff nak menjawab, handphonenya berdering, dia pantas menjawab handphonenya, lega tidak perlu bersoal jawab lagi dengan isterinya, dia pantas berlalu dari ruang tamu tempat dia berbicara bersama isterinya sebentar tadi...



****


"ha ariff!, yang kau termenung ni kenapa? " jerkah syahir, teman baiknya
"isk, syahir, kau ni, terkejut aku, hurmm smlm, bini aku tanya, dia sedar sekarang ni perubahan diri aku, x macam dulu katanya" ariff mengeluh

"haa, dah tu kau jawab ape?" syahir bertanya, penuh minat
"aku katala, aku bz, tp dia cam tak puas hati pula"
"mmgla x puas hati, alasan lapuk, aperla kau ni, dia tahu ke kau ader perempuan lain?" syahir bertanya lagi, seperti polis menyoal siasat pesalah
"so far, aku rasa dia belum tahu lagi, sahih ke tidak, tapi dia cam bole agak je, risau juga aku"keluhan nya kedengaran lagi

"itula kau, cari pasal lagi, elok-elok bini kau tu baik, serba serbi eloknya pada pandangan aku, kau pula buat hal"syahir tak tunggu lama untuk membalas, sakit hatinya apabila tahu sahabat baiknya bermain kayu tiga

"ish, kau ni, aku nak minta pandangan kau, kau kutuk aku, macam tak sokong aku pula"
"memang aku tak sokong kau dalam hal ni, mmg aku lelaki, kau lelaki, bole ader bini sampai empat, tp kau ni, bercinta macam orang muda, berdosa tau tak? orang muda pon tak bercinta seteruk kau, menyampah aku, secara tak langsung aku dikira bersubahat, berdosa jugak..."lebar penjelasan syahir tak puas hati

ariff hanya mampu terdiam, dalam diam dia mengakui kebenarannya, sudah jauh benar dia tersasar, tidak ada lagi tazkirah keluar dari bibirnya, semuanya bait-bait cinta kepada kekasihnya, dia mengakui dia hanyut ditelan arus duniawi





****



hari berganti hari, malam berganti siang, berbulan-bulan sudah berlalu tetapi dia masih dengan kehidupan duniawi yang melalaikan, dia kini sudah pandai menengking isterinya, sepak terajang sudah menjadi rutin hariannya setiap kali isterinya bertanya itu dan ini, setiap bait yang keluar dari bibir isterinya menyebabkan dia berasa jelak.


namun, ariff agak terpana dengan isterinya yang amat bersabar dengan kerenahnya, anak-anak hanya mampu berdiam diri, tapi jauh dari sudut hati, dia tahu mereka menyebelahi isterinya, nur tidak henti-henti menasihatinya supaya berubah, bertaubat, tetapi kata-kata isterinya dibiarkan sahaja, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
nur tidak putus-putus berdoa kepada 4JJI supaya 4JJI menunjukkan jalan yang benar untuk suaminya. kasih sayangnya kepada suami tidak berbelah bagi, walaupun sudah hampir dua tahun perangai suaminya tidak berubah, malah semakin liar, dia masih cuba berusaha mengembalikan keharmonian rumah tangganya seperti dahulu


****


lima tahun berlalu, ariff masih seperti dulu, syahir tidak tahu lagi untuk berkata apa-apa lagi
"ariff, bertaubat la, kau dah jauh dari tuhan ni, solat kau sekarang ni dah macam mana dah,aku..."
"kau diamlah!" bentak ariff,sebelum sempat syahir menyudahkan kata-katanya "hidup aku, biarlah aku tentukan, ada ke aku mengganggu hidup kau..ha?", lantang ariff bersuara
dia sudah letih mendengar nasihat dari syahir


"ok ariff, kau tak nak aku nasihat kau lagi, tidak mengapa,lepas ini kalau kau ada masalah kau jangan cari aku" syahir memberi amaran, lalu berlalu meninggalkan pejabat sahabatnya
ariff mengeluh sendirian, termenung sebentar, dia tiba-tiba teringatkan sesuatu,dia membuka lacinya, mengambil sebuah kotak kecil berbaldu, dia membuka kotak tersebut, melihat sebentuk cincin bertatahkan berlian, dia berkira-kira untuk melamar kekasihnya, Rina malam ini, beribu-ribu duit sudah dihabiskannya bersama wanita itu, beribu-ribu jugalah dia membazirkan duitnya untuk membeli cincin tersebut, dia amat menyayangi wanita tersebut, tutur katanya yang manja, pakaiannya yang seksi sentiasa bermain dimatanya, dia tersenyum sendiri, bahagia kini dihadapan mata, dia sudah jemu dengan isterinya yang tidak henti-henti mengingatkan dia tentang tuhan, agama


****




ariff memasuki keretanya dalam keadaan tertekan, marah, sedih,malu, semuanya bermain di fikirannya, meluncur laju kereta BMW miliknya, dia ingin bersendirian
"arghhhhhhhhhhhhh!" bentaknya, dia mengetuk-ngetuk kepalanya di stereng kereta setelah dia berhenti di bahu jalan

"bodohnya aku! bodohnya aku!" jeritnya lagi
di fikiran ariff malam ini merupakan malam paling istimewa baginya, tidak sangka dinner malam ini mengubah menjadi suasana yang paling menghibakan, masih segar diingatan tentang apa yang berlaku sebentar tadi

"waah!, apa mimpi abg tiba-tiba jer bawa Rina ke tempat mewah ni, sebelum ni tidak ada pun" rina berkata manja, membuai hatinya dengan kemanjaan kekasihnya
sambil menunggu makanan tiba, ariff mengeluarkan kotak kecil dari kocek seluarnya, dia lantas menolak perlahan kotak tersebut ke arah keasihnya


"eh apa ni" Rina hairan sambil tangannya laju mengambil kotak tersbut dah membukanya, jelas terpamer kejutan di wajahnya

"abg ingin melamar Rina menjadi isteri abg" ariff berkata lembut
RIna terkejut dengan kata-kata ariff, "err, tapi Rina tak bercadang pun nak berkahwin dgn abg"

ariff ternyata terkejut dengan kata-kata kekasihya "tapi kenapa?"
"ermm parents rina nak satukan rina dengan seorang datuk ni, dia duda, tp tidak ader anak, rina terimala, dia kaya, abg apa ada?" angkuh sekali jawapan dari rina
serasa meletup jantungnya mendengar jawapan dari rina "er,tapi abg sayang rina, 7 tahun kita bersama" dia cuba lagi untuk memujuk


"sayang je tak guna bang, abg tak cukup kaya untuk membahagiakan rina, datuk tu bole beri rina segalanya, tapi abg tak mampu beri tu semua,ya, tujuh tahun kita bersama tapi abang tetap tidak mampu untuk memuaskan hati rina, rina sudah letih dengan abang,hurmm xpela bang, sampai disini sahaja hubungan kita, abg pergilah kembali ke isteri abg yang amat bodoh menunggu suamniya, ha ha,"rina bangun terus berlalu

ariff masih lagi tidak mempercayai kata-kata kekasihnya, hampir 7 tahun ia mendambakan kasihnya kepada kekasihnya itu, tapi ini balasan yng diterima
bunyi hon menyedarkannya dari lamunan, namun dia masih mendiamkan diri, fikirannya bercelaru kini, dia tiba-tiba teringatkan isterinya, Nur Izzah!, wanita yang amat bersabar dengan kerenahnya, tidak putus- putus berdoa supaya dirinya kembali ke pangkal jalan, dia berasa amat bersalah kepada isterinya, dia menghidupkan enjinnya untuk pulang ke rumah, dia berazam untuk meminta maaf dengan isterinya, sudah terlalu lama dia mengabaikan peranannya sebagai seorang suami dan ayah. perjalanannya diiringi lagu nyanyian nash, "pada syurga di wajahmu"


Setibanya dirumah suasana sunyi, seperti tidak berpenghuni, dia memberi salam lantas mencari isterinya,dia mengamati segenap ruang rumahnya, sudah lama dia tidak mengambil tahu hal rumah, hari ini merupakan hari yang paling awal dia pulang kerumah sejak tujuh tahun, dia membuka pintu biliknya untuk mencari isterinya, tetapi hampa!, tidak ada, sewaktu ingin menutup semula pintu dia ternampak sesuatu di atas katilnya, sepucuk surat!, dia lantas mencapai surat tersebut dan membukanya


assalamualikum, kehadapan suamiku yang dicintai,
nur terlalu mencintai abang, tidak sanggup rasanya nur untuk membiarkan abang hanyut dengan arus duniawi, nur merindui abang yang dulu, anak-anak kita merindui abahnya yang dulu juga, tapi sudah tujuh tahun kami tidak menemuinya, abang hanyut dan terus hanyut, nur tidak sanggup melihat abang diselubungi dosa, nur tidak sanggup!, setiap hari nur dan anak-anak berdoa supaya abang berubah, berubahla abang!, bertaubatlah! 4JJI masih sayangkan abang, tidak terlewat lagi bg abang untuk bertaubat, nur terlalu mencintai abang!
maafkan nur, nur sudah tidak mampu lagi untuk menanti, 7 tahun lamanya, 7 tahun rasanya sudah cukup untuk menguji kesabaran nur, nur tidak mampu lagi untuk bersabar, nur minta untuk dilepaskan!, walaupun nur tau bergegar tiang arasy apabila seorang isteri meminta penceraian, tapi Nur sudah tidak mampu lagi, maafkan NUr, sekiranya abg menyayangi NUr, lepaskanlah nur, nur redha kalau ini memang kesudahan kita
abang bernikahlah dengan kekasih abang tu, tidak sampai hati Nur melihat abang membuat maksiat, berdosa!, nikahla abg dengan wanita itu, supaya abang tidak lagi membuat dosa, Nur izinkan, tapi lepaskan NUr, nur sentiasa mendoakan kebahagiaan abang, dikala abang membaca surat ini, nur sudah tidak ada di rumah, maafkan nur, nur tidak meminta kebenaran abang untuk keluar rumah, tapi nur sudah tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan abang, nur minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, halalkan segala makan dan minum nur, tidak perlulah abang untuk meminta maaf dari Nur, Nur sudah pun memaafkan abang, sampai di sini sahaja hubungan kita bang, wasalam
yang mencintai mu


NUR, isterimu




terjelepuk Ariff dilantai setelah membaca surat tersebut, kini dia kehilangan kedua-duanya, isterinya yang penyabar, yang dikasihi serta kekasihnya yang dicintai, air mata sudah tidak tertahan-tahan lagi, dia menangis sesungguhnya, dia tidak menyalahkan isterinya, isterinya sdah cukup sabar menantinya, "Nur, maafkan abang! maafkan abang!, kiranya hatimu bukan milikku lagi!"

“ya 4JJI ya Tuhanku, ampunilah segala dosaku ya 4JJI, sudah cukup lama aku terleka dengan dunia ya 4JJI, sudah cukup lama aku melupaiMu ya 4JJI, Tunjukkanlah aku ke jalam yang benar setelah sekian lama aku dipaling”


Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti
Reput dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku
Sekelipnya mata hilang semua

Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh gelap ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Yang hanya ku idam
Di dlm pandanganMu
Bersama mereka terdahulu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah kulukai

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

-azz arhazza ™-

No comments: