Sunday, January 14, 2007

sebuah pertemuan...4

Seminggu! Di Indonesia, menarik, terlupa dia dengan segala masalah, kekecewaan.

”assalamualikum” amar memulakan bicara setelah menjawab telepon

”woi, waalaikummussalam, mana kau pergi? Aku punya la msg ko, telepon hp ko, umah ko, tak berjawab semua” Afham di talian, tak sempat-sempat terus maki dirinya

Amar tersengih, ”aku p indonla, holiday dengan family aku” amar menjawab

”hampeh ko, lain kali sound la awal2, ini tak senyap je” afham balas tak puas hati

”sori la, papa aku tetiba ajak, tak sempat nak bagitau sesapa, tapi aku ada bawa ole-ole untuk ko”

”eh, ye ker, suka la aku, tak jadi marah ko lebih-lebih nanti tak dapat plak, haha” suara Afham terdengar ceria, hilang marahnya

Amar menggeleng-gelengkan kepalanya, tersenyum,sedia maklum dengan perangai kawannya yang sentiasa ceria tu, seperti xde masalah je sahabat dia yang satu ni

”eh ko citerla kat aku ko pergi mana je kat indon tu, best tak?”

”best memang la best, tapi tak best arr citer dlm phone, macam perempuan plak bergayut”

”hish, cakap je la kau tak nak cakap lelama dengan aku, oklah bile aku free nanti ku datang umah kau, bole la aku tgk adik ko tu, haha”

”o0o0, itu je la tujuan ko erk, tak baik tgk adik aku, dosa”

”ala, jeling sket2 je, haha, oklah, bye assalamualikum”

”ok bye, waalaikummussalam” Amar meletakkan gagang telefon lantas menuju

ke arah ibunya yang ralit melihat melihat barang-barang yang diborong

”banyaknya mama beli, takkan semua ni untuk mama” Amar memulakan bicara

Mama memandang ke arahnya sambil tersenyum ”papa dah bagtau mama semuanya” mama menukar topik, tidak menjawab pertanyaan dia

Amar hanya tunduk memandang lantai, diam seketika, ”dah tidak ada jodoh ma” jawabnya perlahan

”tidak mengapa, mana tau nanti Amar akan jumpa yang lagi baik, ha, budak-budak medic yang kita jumpa tu baik-baik, mama berkenan juga, alamat diorang pun mama ada ambil” mama terus cucuk jarum, ”no telepon dgn alamat diorang kat malaysia ni pun mama ada”

”isk mama ni kesitu pulak”

Mama ketawa kecil”tidak adala, main-main je, tapi kalau berkenan apa salahnnya, takpe, insya4JJI abang boleh dapat yang sekufu dengan abnag, insya4JJI, berdoa je, itu paling penting, jgn sedih-sedih, buang segala kesedihan tu, bunga bukan sekuntum”

”hurm” sama kata-kata papa dengan mama ”abang okla ma, ma tak perlu risau la” dia cuba meyakinkan mamanya

”hurmm, beg ni mama nak bagi kat sedara mara kita sebagai ole-ole, tak sangka jugak terjumpa budak-budak tu lagi kat tanggulangin tuh, memang suka bershopping diorang tuh”

Teringat kembali perstiwa di Tanggulangin, tak sangka terjumpa diorang, kelakar sungguh, lebih awal pula tu diorang datang .

”eh, makcik, jumpa lagi, kitorang tgh sok shopping ni”

”a ah, berjodoh rupanya, mak cik baru sampai ni”

”elokla tu makcik, barang-barang baru sampai ni, kedai ni tak boleh tawar mak cik tapi diorang bg diskaun, tapi kedai-kedai kecik yang lain bole, kalau ma cik nak kitorang bole tolong mintak murah, kitorang cuba, dapat krang sikit pon jadila asalkan cuba”
”betul jugak tu, terima kasihla anak-anak oi, mak cik bukan faham sangat diorang cakap apa”

”diorang ni mak cik kalau tahu kita orang luar, lagi diorang ketuk, kitorang jarang sangat cakap kitorang dari Malaysia, selalu cakap dari Malang, itu pun kadang diorang tak percaya, kadang kita dah rasa murah sangat dah, walhal kita bole dapat yang lagi murah”

”ye ker, tu la, mak cik tangok murah-murah dah barang kat ini, tapi kalau korang rasa bole dapat yang lagi murah, lagi bagus”

”ok makcik kitorang bole tolong nye, gerenti

Kecoh jugak suasana kat sana, kalau dah ikut perempuan bershopping, terpaksa pasrah menunggu, Amar dan papa duduk di suatu sudut membiarkan mereka memilih barang...

”g ha, aku rasa cam euforia ni, tak payah pakai kokain, p tanggulangin dah cukup” kata salah seorang dari mereka, khusyuk memilih beg

”haha, memang la, adrenalin aku memuncak-muncak ni, bertenaga gila, saraf simpatis aku berjalan dengan baik, haha, mata aku automstic midriasis xtau nak pilih beg mana, haha”g ha menyambung

Amar mengerutkan dahinya, tidak memahami butir bicara mereka...


”hurmm, kalau tak kerana diorang tolong tak pasal jugak kita kena tipu” kata-kata mama menyedarkan Amar dari lamunan

”tula mama, tgk jer harga kata murah, walhal bole dapat murah lagi”

”a ah tu la, kat malaysia mana nak dapat murah macam ni sayang oi, tu mama kata murah tu, buatan nye bagus, mmg kulit betul walaupun imitate, takpela, bole je pakai, tidak, membazir jer beli yang mahal-mahal”

TING TONG! TING TONG!

Bunyi loceng mengejutkan mereka, siapa pula yang datang ni, Amar menuju ke pintu,membuka pintu pagar untuk melihat siapa yang datang, La, Afham rupanya,dari jauh dia sudah nampak sahabatnya yang tersengih

”abang! Siapa yang datang tu?” laung mama

”Afham ma” balasnya pendek sambil keluar menyambut sahabatnya

Mama bingkas bangun untuk mengambil tudung

”assalamualikum, ” Afham mengujar salam

”waalaikummussalam, ai, cepat sampai?” Amar bertanya dalam nada perli

Afham hanya ketawa mendengar nya ”tak sabar nak tgk adik ko”

”adik aku? Silap time la brother, dia takde, kluar dengan kawan” balas Amar seraya membuka pintu tepi gatenya untuk Afham

”ye ker, kalau macam tu, aku balik la, bye”

”woi, apa nye kawan kau ni”

Afham berpatah balik, ”haha xderla, main-main je”

”jom ar masuk”

”jom, ko ader jumpa awek-awek cun tak kat indon tu?”

”ko ni pehal arr, tak bole ker tanya soalan lain selain perempuan kat aku?” tingkah Amar

”xdela, aku saje je tanya, emo plak ko, mesti ko ader jumpa tapi ko tamau bgtau aku, nk rebut sorg2” Afham serkap jarang

”pandaila kau!”


Glosari...

Adrenalin- neurotransmitter pd sistem saraf simpatis yg bekerja di ujung saraf, klu berlebihan adrenalin ni akan di uptake blk spy boleh dimetabolisme

Euforia@euphoria-kegembiraan dari dalam, klu org diberi kokain akan merasa bertenaga sebab kokain memblok reseptor untuk reuptake tu, so adrenalin akan sentiasa ada dan tidak di metabolisme, so org tu akan rasa bertenaga, x letih, klu tubuh tak mampu dah nk tahan keexcited an org tu, org tu bole mati tetiba...

p/s jgnla amik kokain

azz arhazza

No comments: