Sunday, January 14, 2007

sebuah pertemuan...8 finale~

Selama setahun ini Amar menjalankan tugasnya seperti biasa, makin lama makin sibuk lantaran banyak projek yang diterima yang memerluka khidmat dia, sepanjang setahun juga persahabatannya dengan sahabat-sahabat baiknya masih seperti dahulu terutama Afham. Sepanjang setahun itu juga dia menjenguk Aisyah, simpati menyelubunginya kerana di usia muda Aisyah sudah bergelar seorang balu


Suatu hari Amar memberanikan dirinya meluahkan perasaannya pada Aisyah, perasaan yang telah wujud sekian lama, sejak di alam persekolahan lagi sewaktu melawat aisyah di Rumah Anak Yatim Nurul Iman di kajang. Dia kini menjadi pengusaha rumah anak yatim tersebut menggantikan ayahnya yang sudah tua, tidak mampu lagi melakukan hal-hal seperti ini

”bukan Aisyah tidak mahu terima Amar, Aisyah rasa ada yang lebih baik dan lebih beruntung untuk mendapat Amar, Amar juga begitu” jelas Aisyah, pandangan di tundukkan ke meja, tidak berani memandang Amar, dia tahu Amar kecewa kerana dari dahulu dia sudah tahu Amar ada hati terhadapnya

Amar memandang kearah anak-anak yatim yang berlari-lari di padang permainan, riang gembira walaupun tiada ibu atau bapa atau keduanya. Pasti kerana fasiliti yang baik dan kasih sayang yang di dapat dari rumah Anak yatim ni.

Dia mengeluh, kekecewaan jelas terpapar di mukanya, kesekian kalinya dia tidak bisa memiliki gadis idamannya. Dia mengangguk-angguk mendengar kata-kata Aisyah

”ya, mungkin juga kita sememangnya tiada jodoh, saya harap Aisyah bertemu dengan jodoh Aisyah, apa salahnya untuk bernikah kali kedua, Aisyah masih muda, mesti boleh mengecapi kebahagiaan lain walaupun suami Aisyah sudah tiada. Berkahwin lain sekali lagi tidak bermakan Aisyah melupakan suami Aisyah, kenangan manis tu tetap ada” balas Amar panjang lebar

”insya4JJI, sekiranya ada jodoh Aisyah untuk berkahwin lagi, sudah pasti Aisyah melakukannya” balas Aisyah seraya tersenyum

”oklah, saya balik dahulu, assalamualikum, Amar mengangkat punggungnya dan berlaku pergi

Aisyah menghantar Amar dengan pandangan mata, ’maaf Amar, mungkin aku dicipta bukan untukmu, semoga engkau bertemu dengan jodoh yang baik, berkat dan sekufu untukmu, insya4JJI’ Aisyah berdoa dalam hati



4 tahun kemudian


”amar! Oit, awt hang bermenung tu?” Afham mengejutkan lamunan Amar

”hah, tidak ada apa-apala, aku tengah pikir macam mana nak deal dengan tender ni, macam- macam masalah” dalih Amar

”yelah, macam aku kenal kau baru sehari, ha ni ada flyers pasal sesiapa nak derma darah, paling diperlukan darah B, dengar cerita agak kurang bekalan darah B, kau bukan darah B ker?” Afham memerangkap Amar tapi dia terus menukar ke topik lain. Dia tahu bahawa Amar masih kecewa dengan penolakan lamarannya untuk Aisyah

”boleh jugak ni, aku dah lama juga tak derma darah, mana-mana hospital boleh erk, oklah nanti aku pergi, kau tak pergi ke?”

”aku dah derma dah minggu lepas, aku nak ajak kau, kau busy meeting, tak jadila”


”nurse! Saya datang ni nak derma darah” Amar memberitahu nurse yang berada di kaunter. Dia sebetulnya tidak tahu harus ke mana dan bagaimana untuk menderma


”oh, ye, terima kasih encik, bole saya tahu encik darah apa?” tanya nurse tersebut lembut

”B” Amar menjawab pantas

”baguslah kalau darah B, kami memang memerlukan darah B ni, tapi sebelum tu saya masih perlu untuk mengambil darah encik untuk cek dulu, untuk konfirm kan dulu, selepas tu doktor akan mengambil darah encik”

Amar mengangguk tanda faham, 15 menit kemudian, dia dipanggil ke bilik dokter utnuk menderma darah, kelihatan dua orang berbaring di katil kerana derma darah juga

”encik Amar Hakim!” panggil seorang doktor

”ye saya”

Doktor tersebut tersenyum ke arahnya, menggamitnya untuk mempersilakannya berbaring untuk mengambil darahnya. Amar sempat melihat name tag doktor tersebut. Dr. Az Zahra An Nur, sedap nama tu, dia tersenyum sendiri




Amar mengucup dahi isterinya setelah isterinya menyalaminya. Kini sah Dr Az Zahra An Nur menjadi isterinya, miliknya, tidak di sangka niatnya untuk menderma darah menemukannya dengan jodohnya. Tidak di sangka juga isterinya itu pernah dia ketemu semasa bercuti di Indonesia beberapa tahun yang lalu. Gadis yang paling diam dan jarang bercakap

”terima kasih sudi menjadi isteri abang” bisiknya lembut

Isterinya hanya tersenyum, mukanya merona merah apabila ramai mata tertumpu ke arah mereka


Dalam hati Amar berdoa supaya perkahwinan mereka kekal hinggake akhir hayat, berkat dunia akhirat. Ameen



TAMAT...HEUHEU

Afham melangsungkan perkahwinan dengan Nurul Hidayah, dalam diam mereka menjalinkan hubungan, alhamdulillah berakhir dengan ikatan perkahwinan, setahun lebih awal dari Amar

Rabiatul Aisyah – masih sendiri, pintu hatinya masih tertutup buat insan bernama lelaki. Kasih terhadap arwah suami masih kukuh

azz arhazza

No comments: