”Amar Hakim!” mama memanggil apabila melihat dia sedang membaca surat khabar, dia memalingkan muka ke arah mamanya, ”kenapa ma?”
”erm, papa ajak pergi indonesia” pelan mama menjawab
”buat pe” dia mengerutkan dahinya
”saje la, holiday, pergi surabaya, katanya dia nak tgk masjid yang wali songo tu, teringin benar nampaknya, ” mama menjelaskan
”ermm, nape tak ma jer yg pergi denagn papa? Dua org, honeymoon” balas Amar, tersengih
”ish, budak ni, tak payahla, apa salahnya kita pergi satu family, mama dah tanya Afzan, dia setuju dah”
Rupanya mama dah tanya dah pada adiknya, Afzan, tinggal dia sahaja yang belum membuat keputusan, perlahan dia menyetujui cadangan mamanya, boleh juga restkan otak, cuti2 nie, membawa hati yang kecewa...
Mama tersenyum senang...
******
Surabaya! Bandar pelabuhan! Bandar kedua terbesar di indonesia, Panas! Itu sahaja yang terlintas d kepalanya tatkala memijakkan kakinya dibumi indonesia, ish, macamana la diorang boleh hidp dengan panas-panas macam ni, dia mengerutkan dahinya, isk tahanla Amar, kat padang mahsyar nnt lebih panas dari ni, dia segera istighfar dalam hati
Papa ramah sekali sembang dengan pak cik teksi, heuheu, macam mana la papa boleh faham cakap indon ni dia pun tak tahu, rancak je dengar diorang bersembang, baru dia tahu rupanya teksi kat sini dipanggil teksi juga, hanya ejaan jer beza, ’taksi’, dia tersenyum sendiri. Perjalanan ke hotel mengambil masa tiga puluh minit. Hotel Sahid namanya.
Dua jam lebih perjalanan begitu memenatkan, wal hal dia hanya duduk di dalam flight, geli hati mengingatkan keadaan didalam kapal terbang tadi, terlalu ramai orang indonesia bersama mereka sebentar tadi, biasalah, balik negara sendiri, pelbagai electric goods mereka bawa pulang ke indon, hampir setiap warga indonesia membawa pulang alat elektirk paling kurang satu, mungkin di malaysia lagi murah
Sedar tak sedar dia terlelap di atas katil, dia berkongsi bilik dengan papanya, manakala mama dengan adiknya Afzan, dua jam selepas tu baru dia bangun, itupun setelah papa membangunkannya
”nak pergi mana lepas ni pa?” Amar bertanya malas
”kita pergi makan dulu, kat sini nak makan kena hati2, kawan papa dah pesan, halal haram tak tahu, kita makan fast food jer, insya4JJI halal, jom cepat bangun, solat and siap” papanya menjelaskan sekaligus mengarah
Dia bangun malas dari pembaringannya, menung sekejap, sebelum membersihkan diri dan bersolat
********
”ma, adik!” dia memanggil sambil mengetuk pintu bilik hotel tersebut
Tidak lama kemudian adiknya keluar, ”lembap!” dia merungut pada adiknya
”eleh abang ni, tunggu sekejap pun x bole, x sabar langsung” Afzan jeling ke arahnya
Amar tersegih, matanya tertumpu kepada ibunya yang sedang mengunci pintu
”kita nak kemana ni ma?” Afzan pula soalan sama sepertinya tadi
”makan!”pendek Amar menjawab
”ala sebok abangni, adik tak tanya abang pun” balas Afzan sambil menjelirkan lidahnya
”ish, budak ni” gerutu Amar, sambil mengepalkan penumbuk ke adiknya yang hanya muda dua tahun darinya
”ish, korang ni, sudah! Bergaduh pulak, perkara kecik je pun,” marah mama, ”dah jom pergi, papa dah lama dah tunngu tu
Destinasi mereka adalah shopping complex, tidak tahu untuk mencari dinner dekat mana, lantas bagitahu jer kat pakcik teksi nak pergi mall, dibawanya mereka ke shopping complex tersebut.Pakuwon namanya, ternganga juga dia apabila melihat shopping komplex tu, cantik!, Besar!, ada cam mid-valley sikit2, tak sangka kat indon ada shopping complex sebesar ini, hehe, nama pun pelik, PAKUWON! Hehe, kata pak cik teksi tu, pakuwon tu nama orang, antara orang kaya kat indon ni, ntah-ntah shopping complex tu dia punya, isk pandai jer buat andaian sendiri!
”mama, adik blur ni, tak tau nak makan ape” Afzan merungut, memuncungkan mulutnya, mana taknya, tadi dia terjumpa pizza, jalan ke depan sikit ada KFC, sebelah kanan pulak ada A&W, depan A&W ada chinese food plak, semua makanan favourite dia.
Amar sendiri juga blur, kiri kanan restoran, belom lg dekat food court, punyala banyak, sket punya luas food court dia, cantik pula
”kita makan kfc jela, ”papa mencadangkan
”mak aih, ader nasi?” Amar menjegilkan matanya, terkejut dia melihat set menu KFC disertakan dengan nasi, pelik! Kelakar pun ada, kat malaysia tidak ada pulak macam ni
”adik nak apa?” dia bertanya pada adiknya setelah kebingungan sebentar, mereka ditugaskan untuk membeli makanan
”ntahla bang, beli je la pape, ada plak ada nasi, tapi bedal je la, adik lapar ni”
”ok”
Usai dinner, mereka merayau sekeliling shopping complex, kelakar melihat kelakuan salesgirl dengan salesman Giordano yang dok memanggil pengunjung supaya masuk ke kedai mereka, macam kat pasar malam je, ”mbak! Mbak! Mas! Mas! Hehe yang paling tak sangka tu, DVD cetak rompak pun diorang ader jual kat situ, tak sangka mereka boleh menjual secara open, murah plak tu, satu dvd harga lebih kurang rp8000 bersamaan rm 3,30, kalau beli banyak boleh kurang lagi sampai rp6500, tapi yang bagusnya, diorang ni ’pirate’kan yang luar nye filem jer, filem tempatan kena beli original, pandai sungguh
Setelah agak lama berlegar-legar, akhirnya mereka mengambil keptusan untuk pulang, mama membeli beberapa roti dan kek sebelum pulang di Bread Talk, yang berada di sebelah kiri dari pintu keluar, untuk bekalan breakfast katanya
****************
Amar merebahkan badannya atas katil ”penat!” itu jer yang mampu keluar dari mulutnya
Nasib baik dia sudah jamak tadi, xderla kena solat lagi, dia melihat jam tangannya, sudah pukul 9 malam, tapi keadaan seperti sudah pukul 11 malam, dia masih agak bingung dengan waktu-waktu di indonesia ni, mana taknya pukul 5.30 dah maghrib, dia sampai tadi dah malam, padahal iktu jam malaysia baru 6.30 petang, isyak plak pukul 6.40, hish, cepat betul, mujur papa pernah beberapa kali ke indonesia, jadi takdela mereka bingung sangat.
”papa tengok, kebelakangan ni abang muram je, kenapa?” rupanya selama ni papa melihat perubahan dirinya
”isk, mana ada pa” dia cuba berdalih
”jangan tipu papa, abang, papa saja jer nak bawa satu family ke sini, sebab papa tengok abang asyik muram je, tak sedap hati papa, papa nak anak papa happy, ada apa-apa yang berlaku ke”
”hmm...”
”apa salahnya cerita kat papa, papa ni lelaki jugak, ni macam masalah perempuan je” lembut papa bertanya,masih mahu menagih jawapan darinya
”anak papa ni ada suka kat sorang budak perempuan ni, tapi perempuan ni dah dipinang orang rupanya, esok dia nikah” laju ayat yang meluncur keluar dari bibirnya, meluahkan
Papanya menarik nafas, terkejut dengan pengakuan tulusnya barangkali, ”macamana abang tahu dia dah nak kawin” papa bertanya lagi
”dah, dia bagi surat kat abang, kat umah sewa abang, dia jemput ke majlis dia esok, tapi abang tak sanggup la datang, ingat nak pinang dia lepas abang habis belajar nanti, rupanya tak sempat, dah dimiliki rupanya” lebar dia menerangkan, sedikit sebak di hujung kata-katanya
Papa mengangguk-angguk tanda memahami, ”takpela Amar Hakim oii, mungkin abang boleh jumpa someone yang lebih baik dari dia” lembut papa memujuk
”insya4JJI” jawabnya pendek
”kita ni, dalam soal jodoh, jangan lupa mintak kat 4JJI, minta supaya dijodohkan dengan jodoh yang benar dengan kita, nak cari yang baik, kita kena baik juga, tapi jangan nak yang sempurna, sebab kita ni tak sesempurna mana” papa menasihati
Dia cuma menjadi pendengar
”berdoa itu penting, insya4JJI, doa itu pun satu usaha, mungkin memang dia bukan jodoh abang, abang kena terima, takpe, bunga bukan sekuntum” papa cuba berkias
Dia hanya mampu tersenyum, betul juga kata – kata papanya, mungkin dia ditakdirkan bukan dengan gadis itu tetapi gadis lain yang dia sendiri tidak tahu siapa
**************
Pagi esoknya, setelah sarapan mereka ke pusat bandar surabaya, jalan macet seperti kuala lumpur, hon-hon kedengaran, setiap kereta seperti berlumba-lumba untuk mendahului, hari sabtu macetnya luar biasa sekali, maklumlah libur, pasrah jela, siapa suruh datang masa cuti, hehe, tidak lama kemudian mereka tiba di destinasi Masjid Sunam Apel, salah satu masjid punyanya wali songo,wali yang popular dirantau Asia Tenggara sejak sekian lama dahulu, orang semakin ramai, selain masjid, terdapat juga bazar-bazar yang menjual pelbagai barangan, dari ayat Quran, peralatan ibadah sampai ke makanan seperti kurma, kacang dan sebagainya
Sebelum mereka melawat bazar tersebut, mereka terlebih dahulu menuju ke masjid, agak luas keluasannya, orang semakin ramai, tourist guide aka pakcik teksi membawa mereka ke sana, nasib baik ada yang membantu,kalau tak, mau terkial-kial
Sudah menjadi kebiasaan disini, pelawat seringnya akan menyedekahkan yasin kepada umat islam yang meninggal disini,dimakamkan disini, ada juga orang-orang besar yang dimakamkan disini, sebelum sampai di makam tersebut, terdapat tiga buah tempayan besar, ’tourost guide’ tu kata elok minum air dalam tu, sebabnya tak diketahui, amar yag sedikit blur pum minum je, kebetulan tekaknya sangat dahaga minta diisi, lega juga walaupun was-was dengan kebersihannya, mana taknya,setiap tempayan disediakan hanya sebuah cawan, maknanya disini, setiap pengunjung yang datang menggunakan cawan yang sama, entah basuh entahkan tidak, Amar hanya menjungkit bahu
Mereka tiba di kawasan permakaman untuk membaca yasin, tempat lelaki dan perempuan diasingkan, jadi Amar mengikut papa manakala Afzan mengikut mama.
Setelah selesai, mereka meneruskan derap kaki ke kawasan bazar, melihat barang-barang yang boleh dibeli untuk dibuat ole-ole.
Papa leka memerhatikan kopiah yang dijual, cantik dan halus buatannya, harganya pula agak murah, papa langsung membeli beberapa untuk kawan-kawannya, pandai juga papa dalam tawar menawar, walaupun kadang tuh sikit jer peniaga menurunkan harga, puas hati jugala dari tak turun langsung, paling tidak dah berusaha, kalau nak murah sangat kenala orang tempatan yang belikan
”abang tak nak ke baju melayu dengan kopiah, belila buat kenangan pernah datang sini” saran papa
Amar hanya mengangguk, leka juga dia dalam memilih baju melayu, tapi rasanya kat indon ni tak panggil baju melayu tuh baju melayu, tak takla mereka panggil apa, ’baju melayu’ mereka lain dari malaysia, mereka butang didepan seperti kemeja tapi ada pula sulam-sulama pelbagai corak, ada yang simple ada juga tak kurang hebat coraknya, glamour juga, then terdapat juga dua poket kat bawah seperti baju melayu, cantik! Unik!
”belila untuk kawan-kawan serumah juga”tambah papa
Amar mengangguk langsung memilih baju melayu dengan kopiah untul Afham, ikram dan Farhan, dahla kunjungan dia ke Indon tak siapa yang tahu termasuk Afham yang sangat baik dengan dia, terpaksa dia mengambil hati mereka dengan membeli ole-ole
Mama dan Afzan pula sibuk membeli telekung, sama seperti papa, mama juga tawar menawar,cantik design telekung kat Indon ni, mereka tak panggil telekung tetapi rukuh atau mukena. Ada dua jenis satu terusan yaitu bersambung dari atas sampai bawah yang satu lagi seperti malysia,dua, satu atasan dan satu lagi bawahan, banyak juga mama memborong
Amar sempat membeli ’kacang cerdik’ disebelah kedai mamanya berada, mahal juga, hehe, kat malaysia juga harganya mahal macam ni juga, biasalah, enak rasanya enak juga la bayar nya
Selesai memborong mereka singgah di gerai yang ada disitu, penat dan lapar, perut sudah berkeroncong dari tadi, jam menunjukkan tepat jam 12, lama sungguh mereka di situ sejak pagi, zohor sudah masuk pukul 11.30 pagi, tapi mereka panggil 11.30 siang
”payah juga nak menawar, kalau mintak kuranglagi, mula la diorng cakap barokah! Barokah!, berkat! Maksudnya sampai harga segitu je mereka boleh bagi, berkat nanti”
Mama merungut
Amar hanya tersenyum
”awak komplen mahal, tp banyak jer beli” perli papa
”eh abang ni, perli saya pula”
Amar denagn Afzan hanya tersenyum melihat telatah ibu bapa mereka
”lepas ni kita nak kemana pulak, pa, ma?” laju Afzan bertanya
Amar yang disebelahnya hanya berdiam diri, melayan perasaan
”ermmm, hari ni sudahla tu, karang kita pergi mall jap, makan-makan then esok kita pergi malang, malang tu nama tempat dua jam dari sini, tempat tuh agak sejuk, mmg kawasan pelancongan, tapi lebih terkenal sebagai kota pendidikan, sbb banyak university kat sana, dengar cerita malaysian students ada kat sana, buat medic” papa menjelaskan
”owh ye ker, adik tak tahu pulak, tp kat surabaya ni xde ke malaysian students?” tanyanya lagi
”ada, tapi tempat tuh agak jauh dari hotel kita ni, ada yg ambil medic, ada yang ambil agama”terang papa lagi
Amar hanya menjadi pendengar setia, tidak berminat untuk menyampuk perbualan Afzan dengan papa
****
Esoknya mereka meneruskan perjalanan ke Malang, sangkanya memang dua jam sudah sampai, ternyata tanggapan silap, mereka manegambil masa hampir empat jam, ini semua disebabkan oleh banjir lumpur yang melanda, lumpur yang bercampur bahan kimia, banjir ni pernah masuk Utusan tak berapa lama dahulu, ingatkan dah surut, tetapi rupanya tidak, pakcik teksi tu memberitahu mereka tidak mempunyai pakar untuk membersihkan banjir tersebut, mereka perlu menunggu pakar dari US untuk membantu, jenuh jugala mereka terpaksa menunggu, cerita pakcik teksi tu lagi, anak2 di kawasan sekitar hampir semuanya terkena infeksi saluran pernafasan, kesian. Agak teruk jugala kawasan tersebut, yang nampak di situ adalah bumbung rumah sahaja,yg lain habis dtenggelami oleh lumpuar, mereka terpaksa membina benteng setinggi mungkin supaya lumpuar tidak mengalir ke jalan, jalan yang boleh dibuka hanyalah satu sahaja, itu kenapa boleh macet untuk ke Malang.
Sampai juga akhirnya ke Malang, fuh~ penat, heuheu, benar juga, Malang lebih sejuk, berbanding surabaya yang amat panas, kami menyewa di salah sebuah hotel di sini, Hotel Reagen, bagus sikit berbanding Hotel Sahid kat Surabaya tu, hurmm, harga pun lebih mahal, pandai pak cik teksi tu bawa ke tempat lebih mahal, nak kayakan orang sendiri la tu, rungut Amar sendirian
”abang, tolong bawa barang ni”
Permintaan dari mamanya mengejutkannya dari lamunan, mereka mengangkat barang dari teksi dan segera ke atas menuju ke bilik.
Malam tu mereka sekali lagi tercari-cari tempat untuk dinner, mereka tak nampak sangat mall macam di surabaya, surabaya banyak sangat mall, mereka hanya sempat pergi dua sahaja.
”ma, pa tu pizza” tiba-tiba Afzan menjerit
Papa segera memberitahu pemandu teksi supaya membawa mereka ke sana. Pak cik tu memberitahu, nama jalan tu adalah jalan Bromo, diambil sempena nama Gunung Berapi Bromo yang terdapat di Malang, kawasan pelancongat tu, Pak cik tu memberitahu lagi, kalu meeka teringin untuk ke sana dia boleh tolong bawakan, tetapi bukan dengan teksi nya tetapi dengan travel khas, memang untuk ke bromo, dia bolehtolong carikan untuk kami. Afzan beria-ia mengajak papa dan mama untuk kesana, Amar hanya mengikut, best juga kalau ke sana, mana pernah dia tengok gunung berapi dari dekat. Tambah pak cik teksi tu lagi, gunung berapi itu masih aktif, paling kurang setahun sekali mesti meletup, tapi kat sana memang dah tersedia hotel untuk didiami, tapi pengunjung selalunya akan pergi waktu malam, supaya sampai di sana hampir pagi untuk melihat sunrise dan seterunya pergi ke tempat Gunung Berapi Bromo itu dengan lebih dekat, di sana ada sebuah kuil hindu masyarakat Bali yang agak lumayan besar, tapi selain dari orang Bali tidak dibenarkan masuk, pelawat hanya boleh tengok dari luar sahaja. Papa dan mama akhirnyasetuju setelah puas Afzan memujuk. Tersenyum Amar melihat perangai adik tunggalnya itu, dia memang manja dari dulu, maklumlah mereka dua beradik sahaja.
Di pizza mereka memesan makanan, menu yang dihidangkan agak berbeza dari Pizza di Malaysia, Hawaian Chicken pun beza, tapi mereka memesan juga yang itu dan beberapa menu lain, mereka mngambil kawasan yang agak tersorok. Pelik! Tempat air-cond pun bole merokok, ish.
Semasa mereka menuju ke tamoat makan sebentar tadi Amar perasan yang mereka sedang diperhati oleh sekumpulan budak perempuan, yang duduk tidak jauh dari tempat mereka. Sekejap-sekejap mereka akan menoleh kearah Amar sekeluarga
Amar terdengar mereka berbual sesama sendiri
”g ha, ko la p, ko kan baksos”
’Pelik! Cakap utagha plak, orang melayu Malaysia ke? ’ Amar berkata sendiri
”ish, takmo la, malu la aku, nanti kalau diorang tu cam family Mail cam ne?” mungkin yang balas balik tu G ha kot, sebab nama yang Amar dengar sebentar tadi adalah nama tu
”tak!, aku rasa diorang ni baik, senyum jer makcik tu tadi kat kita, baikla, betul, instinct aku kata macam tu” yang lain plak bersuara
Yang Amar kelakar nya bole plak yang lain tu serentak mengangguk, dia tersenyum sendiri
Tiba-tiba dia terdengar lagi
”awat mamat tu tetiba tersenyum, dia dengar ker kita sembang?” suara yang pertama tadi brbunyi
”hurm,ye la kot, ala wat bodo je,wat tak tahu, eh g ha ko pegila”
:”ish gabra la aku”
”la nak gabra apenye, bukan mak mertua hang pon”
Ekkekeke, ketawa lepas antara mereka, Amar hanya tersenyum, budak perempuan kalau bersembang
Makanan akhirnya sampai, masing-masing senyap mengadap rezeki
”biarlah diorang makan dulu karang tersedak plak” gha tetiba bersuara
Sebaik sahaja family Amar selesai mengadap rezeki, tiba-tiba seorang budak perempuan datang ke arah mereka, mungkin dia ni kot yang namanya G ha, fikir Amar sendiri
”assalamualikum, makcik, mak cik ni orang Malaysia ke?” budak perempuan tu bertanya pada mama
”a ah, nak, anak ni orang Malaysia jugak ye, mak cik terdengar tadi macam ada sayup-sayupje terdengar orang cakap melayu” ramah mama menjawab
”saya nazihah” budak tu memperkenalkan diri sambil bersalaman dengan mama dan Afzan
Serentak kawan-kawan dia yang seramai enam orang lagi bangun menuju ke meja Amar, bersalaman juga dengan mama dan Afzan, mereka tunduk hormat pada papa dan Amar
”kami student malaysia kat sini, makcik, pakcik” nazihah ramah memberitahu
”owh yeker, ni mesti budak medic semua ni erk”papa meneka
Mereka tersenyum dan mengangguk, ”tahu pula pakcik” budak lain menyampuk
”a ah, kawan pakcik bagitahu, kat Malang ni ada malaysian students, tp tak ramai sangat compared to malaysian students kat yodga” papa menambah
”a ah, pakcik, kat Mlang ni tak berapa terkenal, baru tahun ni ramai sikit yang datang, sebab international corse baru buka, kitorang ni kelas regular, bahasa indon”
”owh yeke, camana belajar kat sini, best? ” mama pula bertanya
”bolela” mereka menjawab serentak
Ketawa lepas antara mereka kerana tidak menyangka jawapan yang sama diberikan
”mak cik dah melawat apa je kat malang ni?” nazihah bertanya lagi
”belum lagi, kami baru sampai, baru je plan nak pergi bromo, tapi mungkin esok malam baru kami pergi, hari ni, tak tau lagi, baru sampai dari surabaya ni pukul 12 tadi”
”owh ye ker, tapi kat sini tak sebest surabaya mak cik, sana mall besar-besar, kat sini mall besar satu jer tapi xderla besar sangat, MATOS namanya kependekan dari Malang Town Square” terang nazihah lagi, ”tapi kalau mak cik nak melawat tempat pelancomgan mak cik boleh pergi Batu, kat situ ada ladng epal, strawberry, makcik satu family bole petik kalau ada yang berbuah, sekarang tgh musim kot”
”ye ker, macamana nak pergi sana ye? ” mama bertanya
”mak cik datang ada dengan tourist guide tak?” satu suara lain tanya
”a ah”
”ermm, mak cik cakap jer kat pakcik tu, dia mesti tau nya nanti dia bawala”
Amar dengan papa mengangguk, tanda paham
”pastu ada lagi makcik, taman safari, best gak, kitorang pernah pergi, lepas tu ada JATIM PARK, bole la, pastu ada lagi air terjun Coban Rondo, best lain dari air terjun kat malaysia makcik, tapi kena bawa sweater la kalau tak tahan sejuk” ramah budak-budak perempuan ni menerangkan, mama ni macam berminat je, Amar tersenyum geli hati melihat mamanya yang seakan berminat
”lagi satu makcik, kalau makcik suka shopping, yang ni best makcik, on the way to surabaya ada satu tempat ni namanya Taggulangin, tempat barang kulit, cantik makcik, rambang mata nak pilih, kulit betul, Gucci, Guess, Tods, Louise Vuitton, semua ader tapi imitate la, ala orang bukan tahu kita beli imitate, murah, mana nak dapat jenama macam ni 30 hingga 40 ringgit” excited sorang budak perempuan ni bagtahu
”eh iye” mama macam terkejut
”betul makcik, ntah-ntah handbag LV cam hantaran Siti Nurhaliza tu pun ada” yang pulak menyampuk
Pulak dah, Siti pun masuk , budak budak ni, ketawa mereka lepas, Amar pun turut ketawa geli hati
”a ah, nanti tunjuk la kat Siti eh beg sama dengan hantaran kawin dia”papa pulak menyampuk
Hahaha, sempat kutuk siti,ini mesti kes tak suka Siti ni
Mereka berbual panjang, budak-budak tu memberitahu mereka excited kalau terjumpa rakyat malaysia, baru abis mid-sem nye exam, tu enjoy sakan tu
****************
Batu! Kawasan wisata@pelancongan, sejuk! Ish, budak-budak perempuan ni, bgtau Coban Rondo je sejuk, tak pula bagitau sini pun sejuk
”mama, sejuk” Afzan merengek, manja
”a ah, sejuk juga, bole tahan kot, budak-budak tu lupa kot nak bagitau tempat ni sejuk, diorang dah terbiasa, kita yang baru sampai kat kota dia tadi pun rasa sejuk dah, ini lagi tempat tinggi
”a ah, ma, abang tengok diorang lepak jer dressing tadi, tak rasa cam sejuk je” amar menambah
”alah bisa tegal biasa”papa berperibahasa
Untungnye mereka datang tengah berbuah, mereka merayahu disekitar ladang epal, dominan warna hijau, Epal Batu ipanggilnya, lain sikit dari epal yang selalu Amar nampak tu, warnanya hijau kemerahan dan kecil-kecil, comel, sempat mereka bergambar di antara pokok – pokok epal, untuk memetik buah ada satu kawasan khas, tak bole ambil sebarangan, setiap orang dihadkan maksima dua buah sahaja yang boleh dipetik, selain itu mereka juga dibekalkan dengan air epal, enak juga, selain buah yang dijual, mereka juga menjual air epal, kerepek epal, dan banya lagi lah
Selain ladang epal terdapat juga aneka pokok-pokok lain yang terjual, kaktus, bonsai. Orkid dan ada juga pokok yang tak pernah dilihatnya
Di antara lorong-lorong di ladang epal tu, terdapat juga sangkar-sangkar haiwan mereka pamerkan, antaranya ayam, itik, monyet, burung-burung, lucu juga melihat gaya mereka mempamerkan aksi di depan para wisatawan, @ para pelancong
Tidak lama setelah itu mereka ke kebun strawberry,untungnya juga mereka boleh memetik buah, ladang nya kecil berbanding epal, selain strawberry mereka juga menanam bunga kobis, broccolli, dan paprika, harga lebih murah disini berbanding malaysia,maklumlah senang berbuah di Malang ni, sejuk
Satu hari mereka lalui dengan melawat ke tempat –tempat menarik, esoknya pulamereka merayau di sekitar kota malang, namanya alun-alun, ramai sangat orang, pening kepala di buatnya, setelah itu ke coban rondo, jatim park dan Taman Safari, malam nya oula singgah di shopping complex yang tak macam shopping complex sangat, betul la kata-kata budak –budak perempuan tu, tak bagus mana, tapi lebih bagus dari mall yang lain, hehe, mereka singgah makan di kfc. Disebelah kfc tu ada Bread Story,nampak sedap tapi mereka telah diwarning oleh budak perempuan tu jangan beli, tak halal kata mereka, ada daging babi, Nauzubillah! Nasib baik mereka telah berjumpa dengan budak-budak tu, kalau tak mungkin diorang sudah terbeli, mama telah menanyakan pada diorang roti Bread Talk yang mama beli kat Surabaya tu, halal ke tidak, Alhamdullillah, halal kata mereka
”assalamualikum, makcik,ketemu lagi, eh berjumpa lagi” tegur nazihah, terjumpa lagi dengan mereka, juga tengah merayau-rayau.
”eh, malam-malam ni, xpeke jalan-jalan?” mama bertanya risau sekali nadanya
”ala tidak mengapa mak cik, rumah sewa kitorang lorong sebelah je dari MATOS ni, ” ramah seorang budak perempuan ni bagitau, setahu dia, budak perempuan ni la yang paling senyap di antara mereka semalam, hari ni ramah pula, serasa macam pernah lihat dia, dimana Amar sendiri lupa
”owh, ye ker!” papa dan mama menjawab serentak
”a ah, makcik, jemputlah ke rumah, tapi lelaki tak bole masuk, memang peraturan kat sini macam tu”tambah nazihah lagi
”o0o0, bagus jugak peraturan macam tu, terpelihara”mama menjawab
Mereka berbual dan menunjukkan mereka tempat –tempat yang menarik kalau nak beli barang, Amar mengakui murah-murah barang kat sini berbanding surabaya, mama memberitahu pukul 11 malam nanti diorang akan ke Bromo, mereka memberi beberapa tips, kepada Amar, memberitahu apa yang menarik di sana, memberitahu harga-harga yang patut ditawarkan supaya amar sekeluarga tidak tertipu, kalau pelancong seringnya ditipu untuk mengaut untung,kalau dah rasa kena tipu tu anggap je la sedekah
*********
azz arhazza
No comments:
Post a Comment