Amar berjalan perlahan-lahan menuju ke café, kakinya masih terasa sakitnya lantaran bermain bola semalam. Kakinya sempat juga cedera akibat berlanggar dengan pihak lawan. Hebat juga budak-budak medic ni main bola, terlihat sahaja skema tetapi bakat bersukan tetap ada. Melihat keadaannya yang berjalan terhenjut-henjut itu menarik perhatian beberapa siswi, ada yang menoleh sebentar ke arahnya, ada yang tersenyum, mungkin melihat keadaan dirinya yang agak lucu berjalan. Dia berhenti ke satu meja yang agak ke tepi. Dia menjulurkan kakinya perlahan-lahan, meredakan sakit fikirnya setelah agak lama dia mengambil masa menapak ke cafe. Dari jauh dia terlihat kelibat sahabatnya, Afham. Dia menggamit sahabatnya itu.
“Assalamualikum, sahabat” Afham mengujar salam seraya bersalam dengannya
“waalaikummussalam” balasnya pendek
“aii, macam teruk je kesakitan yang kau alami, sakit sangatke?” pantas Afham bertanya apabila melihat dia mengurut-urut kakinya
“xderla, ok dah ni, sikit je, lenguh masih terasa jugakla” balas Amar
”ok, kau dah makan ker? Kalau belum biarlah aku belikan, kau duduk jelah kat sini“ Afham pantas menghulurkan bantuan
Amar hanya mampu mengangguk, “terima kasih“ balasnya lagi, niatnya tidak mahu menyusahkan sahabat, tetapi memandangkan diri yang agak susah untuk bergerak dia menerima sahaja pelawaan dari sahabatnya itu. Sambil menunggu Afham selesai membeli matanya terpandang kepada sekelompok muslimah yang duduk tidak jauh dari mejanya. Salah seorang dari mereka dia kenal. Itupun semasa mereka sama-sama menguruskan majlis ceramah sempena Minggu Penghayatan Islam. Nurul Iman, bekerja bersama gadis itu meyenangkan dirinya, dia tidak menghadapi sebarang masalah semasa berurusan dengan gadis tersebut. Segala yang diuruskan berjalan lancar, majlis tersebut berakhir denagn jayanya ditambah dengan jumlah kehadiran para tetamu yang amat menggalakkan. Dia tersenyum sendiri
“hoi! Awat hang senyum sorang2 tuh?“ sergahan Afham menyedarkan lamunannya
”Err, xde papelah, saja je nak senyum” Amar berdalih
”eleh, nak tipu aku, aku nampak hang tengah tengok sapa, awat berkenan ka?” laju Afham bertanya
”ish, ko ni, kesitu plak, mana ada papela” dalihnya lagi
”yelah, yelah, takde pape, tapi kalau kau berkenan apa salahnya, cantik budaknya, ha ha” Afham menambah ”eh! Aku ada dengar cerita,ada sorg budak pompuan syok kat kau, hahah, tau tak? ”
”ish, kau ni, mengarutlah, mana ada” bidas Amar pantas
”mana ada apanya, aku dengar cerita ni dari sumber yang boleh dipercayai, xpercaya sudah la haha...” Afham melambakkan tawanya
Amar mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja, daripada dilayan usikan sahabatnya, baik dia diam jer, dia meneruskan makannya yang masih berbaki separuh.
”amar!” Afham yang sedang berjalan di sebelah tiba-tiba memanggilnya
”ha, nape? Kau macam terkejut jer?”
”xde, cuba kau tengok budak perempuan tuh” Afham menjawab seraya menunjukkan arah ke seorang gadis yang sedang tekun mengulangkaji pelajaran di bawah pokok
”aa, nampak, tapi kenapa dengan budak perempuan tu?” Amar bertanya lagi, riak hairan tergambar di wajahnya
”la, kau tak perasan ker, budak tuh dah berubah la, tengok, dia dah pakai baju kurung” Afham menerangkan
”la, nape? Selama ni dia tak pakai baju ker?” amar bertanya, bodoh sekali pertanyaan dia
“ish, kau ni kesitu plak, xderla,selama ni aku tengok budak tuh lincah bukan main, mana nak pakai baju kurung ni, asyik2 dengan jeans lusuh dia tu, tudung pakai, tapi singkat jer semua, tapi hari ni tak pulak, sopan je, tudung pun sampai bawah, nak kata hari ni hari jumaat tak pulak, selalunya orang sopan ni hari jumaat je” panjang lebar penerangan Afham. Sempat dia ketawa semasa menghabiskan ayatnya
Amar tersenyum dengan jawapan Afham, dia menoleh sebentar ke arah gadis yang dimaksudkan Afham, benar!, sopan sekali penampilannya hari ini, dia pernah juga berpapasan beberapa kali dengan gadis tersebut, seingat dia juga, belum pernah dia melihat gadis itu berbaju kurung, dalam diam, dia mengakui kata-kata Afham sebentar tadi
”alhamdulillah la dia dah berubah, moga dia ikhlas dengan perubahan yang dia lakukan, istiamh juga, jangan ’hangat-hangat tahi ayam’ je” amar menambah
”ye, moga-moga dia istiqamah, insya4JJI,” Afham membalas seraya mengangguk-angukkan mukanya. Mungkin bersetuju dengan kata-katanya sebentar tadi
”ermm, tukar topikla, macam mana program malam ni? Jadi x?” amar bertanya mengingat malam ini akan ada kuliah maghrib, malam ini agak istimewa kerana mereka menjemput penceramah dari luar, tidak seperti selalu, kuliah maghrib diberikan oleh sahabat-sahabat sepengajian.
”a ah, insya4JJI jadi, Ustaz fadhil dah memberi kata persetujuan dah, muslimat juga aku dah beritahu melalui Nurul Iman, aku dah mintak tolong dia sebarkan kepada muslimat yang lain” jelas Afham lagi
”oklah kalau macam tu, aku harap sangat program hari ni mendapat reaksi yang baik dari kawan-kawan kita” Amar menambah.
Mereka meneruskan langkah keluar dari kampus menuju ke rumah sewa, kedudukan rumah sewa mereka terletak tidak jauh dari kampus, kalau berjalan hanya mengambil masa 10 menit. Sebaik sampai di rumah sewa, mata Amar pantas menyorot ke arah peti surat. Kelihatan beberapa pucuk surat diterima. Amar pantas meneliti kalau-kalau ada surat untuk dirinya. Ha! Ada satu untuknya, yang lain hanyalah bil-bil yang perlu dijelaskan memandangkan sekarang ini sudah hujung bulan, mulalah bil-bil diterima untuk menagih bayaran.
Amar pantas membuka surat tersebut sebaik sahaja sampai di kamarnya. Tidak pernah lagi dia menerima sepucuk surat sebelum ini. Kehadiran surat tersebut mengundang rasa resah pada dirinya, hatinya terasa ingin benar mengetahui siapa pengirim surat itu, isi surat tersebut dibacanya dengan penuh teliti...
Amar pantas membuka surat tersebut sebaik sahaja sampai di kamarnya. Tidak pernah lagi dia menerima sepucuk surat sebelum ini. Kehadiran surat tersebut mengundang rasa resah pada dirinya, hatinya terasa ingin benar mengetahui siapa pengirim surat itu, isi surat tersebut dibacanya dengan penuh teliti...terselit bersama surat tersebut adalah kad undangan perkahwinan, di bacanya pantas kad itu dahulu sebelum membaca surat, terkejut melihat nama yang tertera di ad perkahwinan tersebut.
assalamualikum sahabatku Amar,
maaf sekiranya kehadiran surat ini menganggu, apa khabar sahabatku? saya yakin sebelum surat ini dibaca sahabatku ini sudah membaca dahulu kad yg terselit bersamanya, tujuan warkah ini ditulis adalah sekadar untuk bertanyakan khabarmu, sudah agak lama kita terputus hubungan, saya mendapatkan alamatmu dari sahabat kita juga, jangan lupa datang di majlis pernikahan ku, saya ingin memohon maaf sekiranya sepanjang persahabatan kita ada terjadi perselisihan yang mengguris perasaaan mu, semoga ikatan ukhwah berkekalan, insya4JJI
assalamualikum
sahabatmu,
Rabiatul 'Aisyah
Amar meipat kembali surat tersebut, dia menarik nafas, kecewa jelas tergambar di wajahnya, masakan tidak, gadis itu pernah menghuni hatinya, tetapi perasaan malu untuk berterus terang membuatkan dirinya tidak dapat memiliki gadis tersebut, biarlah, mungkin itu sudah suratan dariNya, mungkin rabiatul bertemu jodoh yang sesuai yang dapat membimbing menjadi seorang wanita solehah. Dalam diam, dia berdoa supaya gadis pujaannya bahagia dunia dan akhirat, insya4JJI.
amar keluar dari bilik menuju ke dapur, melihat Afham yang berselera sekali mengadap hidangan
"aku tadi sebenarnya nak ajak hang makan, tapi tgk hang laju ja masuk bilik aku makan la dulu"afham bersuara tanpa dipinta
"takpela makan la dulu" kata Amar sambil mengambil pinggan, "siapa yang masak ni?, macam sedap je"
amar mengambil nasi dan menaruhkan lauk ke dalam pinggan
"ermm makcik sebelah ni bagi, dia kata dia masak lebih, dia bagila kat kita" ikram yang muncul entah dari mana bersuara
"o0o0o begitu, kenapa dia tiba-tiba bagi ha? agaknya dia berkenan kot dengan salah seorang dari kita untuk buat menantu, haha..."Afham meneka, sempat berlawak
"isk, engkau ni, ntah mak cik tu ikhlas bagi kat kita kau cakap macam tu pulah" marah Amar
"haha, tidak adala, aku gurau je, tapi kalu betul apa salahnya..."
"eleh, kalau orang macam hang ni, ntah dia berkenan ntah tidak..."ikram menyambung
"ntah, kalau aku ni lainla..." farhan tiba-tiba bersuara
"eh ada kau farhan, ingat kau kuliah hari ni?" laju Afham bertanya sekaligus menukar topik
"sepatutnya ada, sampai ja aku kat sana, depa kata batal plak, isteri lecturer aku nak bersalin, tak pasal aku holiday hari ni" laju Farhan menerangkan
"o0 ye ker, ha, mai la makan, mak cik sebelah anta lauk ni, makan jangan tak makan" Afham mengajak, bukan main peramah dia mengajak
"Amar!, apsal kau diam je?" ikram bertanya, "Afham bukan main kecoh, kau plak diam" tambah Ikram
"isk kau ni perli aku pula" Afham tidak puas hati
"la betul lah tu, mana ada perli"
amar tersentak apabila disapa," ha, tidak ada apa-apa la" dalih Amar
"mana boleh tidak ada apa-apa, kau diam sejak kau dapat surat tadi, siapa yang kasi surat tu?"Afham mencungkil rahsia
"isk tidak adala, surat dari kawan aku, dia jemput ke pernikahan dia" amar menjelaskan, cuba menghilangkan anggapan buruk dari sahabat-sahabatnya
"owh!, lelaki ker perempuan kawan kau tuh? "afham bertanya lagi
"perempuan"balasnya pendek
"haa, ni mesti kes kecewa ni,perempuan tuh kau suka, tapi dia kahwin dengan orang lain" Afham serkap jarang
"hey, mana ada..." balas Amar pantas
"eleh, macam la sekejap je aku kenal kau ni Amar, kau ni takkan susah hati tiba-tiba..."
"betul la tidak ada apa-apa" Amar mempertahankan diri...
"eleh, aku tak percaya, tak percaya" Afham berkata pantas sambil menggeleng-gelengkan kepalanya
"isk, sudahla kalau kau tak percaya...."
bersambung...
No comments:
Post a Comment