Sunday, January 14, 2007

sebuah pertemuan...2

Perbualan tamat di situ, masing-masing senyap melayan perasaan, selesai makan mereka duduk diruang tamu sambil menunggu masuknya waktu zohor, Amar duduk menghadap televisyen yang menyiarkan slot drama, mata sahaja yang memandang ke tv tetapi fikirannya merayau ke lain, mengingat semula perkara-perkara lepas, kenangan sewaktu di alam persekolahan, tersenyum sendiri
”allah hu akbar! Allah hu akbar!...” laungan azam lantang kedengaran
Amar tersentak dari lamunan ”astaghfirullah!” jauh benar dia mengelamun, dia beristighfar beberapa kali, cuba membuang perkara-perkara yang menganggu fikiran, dia lantas bangun untuk berwuduk dan mengekor langkah teman-temannya menuju ke masjid berhampiran, untung juga menyewa disitu kerana segalanya dekat, masjid, kedai-kedai dan berjalan menuju ke kampus juga tidak memakan masa yang panjang
Hari-hari seterusnya amar lalui seperti biasa, dua minggu sahaja lagi cuti bakal menjelma, kehidupan hariannya disibukkan dengan melaku kan study group, berjumpa lecturer dan sebagainya, hampir dia terlupa mengenai surat tersebut, ’maaf, Aisyah, aku masih tidak mampu untuk menghadirkan diri ke pernikahanmu, aku harap dirimu bahagia disamping lelaki pilihanmu, aku sentiasa doakan kebahagian kalian, insya4JJI, ’ amar berkata di dalam hati, tidak sanggup dia melihat gadis idamannya dimiliki oleh orang lain, ’Ah,mungkin lelaki tersebut lebih berhak berbanding diriku, tidak mengapalah’ berkata hatinya lagi, menyedapkan hati.
”hoi! Berangan!” Afham mengejutkannya dari lamunan, dia mengurut dada, terkejut
”apela kau ni, bagila salam kalau nak menegur”marah Amar
”haa, nampak sangat hang berangan, aku dah bagi salam dah, tiga kali siap” ujar Afham sambil menunjukkan jarinya, ”kau tak jawab-jawab, aku jerkahla, nasib baik dengar, ko teringatkan siapa ha? Dah berhari aku tengok hang lagu ni? Kenapa?”tanya Afham tidak puas hati
”ish, tidak ada apalah, perasaan kau je” dalih Amar
”haa, itulah kau, setiap kali aku tanya itu jawapan kau, menyampah aku!” bentak Afham
”kalau macam tu, lain kali toksah tanya” balas Amar balik, tersengih
Afham menjengilkan matanya, ”o0o, macam ni kawan, kata macam tu pulak”
“tidak adalah, aku main-main ja, aku ok, tak usah risau”
“alah, kau jangan la nak tipu aku, bukan sehari dua aku kenal kau, cerita la cepat!” desak Afham lagi
“ish, nantilah aku cerita, malas la nak fikir, nanti aku dah sedia aku cerita kat hang” jawab Amar, sambil berdoa moga Afham tidak memanjangkan cerita
“ok, kalau kau dah kata macam tu, tapi jangan mungkir janji” Afham mengugut
„insya4JJI, aku tak lupa“ Amar menarik nafas lega. ”apa plan kau hari ini?” amar menukar topik bicara
„ermm,ntah, tidak tahu, kau ada apa-apa plan ke? „tanya Afham
„tidak ada“ amar menjawab lemah, sebetulnya dia amat letih hari ini lantaran berbagai tugasan perlu dibuat, dari assignment sampai ke tugasan persatuan semua perlu dia sudahkan dengan segera memandangkan peperiksaan akhir makin menunjukkan wajah
„Amar! Ke tepi!“ Afham tiba-tiba menjerit
Amar mengangkatkan mukanya, terpinga-pinga, namun matanya sempat menangkap sebuah kereta meluncur laju kearahnya, terdengar bunyi seretan tayar yang kuat, kereta tersebut sempat berhenti namun tetap mengenainya sedikit, Amar terjatuh ke belakang, bingung dengan apa yang berlaku
Amar ternampak Afham berlari ke arahnya ”kau ok ker Amar?” tanya Afham pantas, penuh bimbang
Kelihatan seorang gadis keluar dari kereta Wira tersebut, menuju ke arahnya, wajah gadis tersebut jelas cemas dan rasa bersalah
”assalamualikum, err..awak, maaf!, saya tak nampak awak tadi, maaf ya” tergagap- gagap gadis itu bersuara
”ermm tidak mengapala, memang saya yang salah, saya agak ke tengah tadi, mujur awak sempat juga break, kalau tak, tak tahulah apa yang terjadi” jelas Amar lambat, dia yang masih agak kebingungan cuba untuk tersenyum, memang salah dia tadi
”maaf, awak cedera tak?, kalau cedera saya boleh tolong hantarkan awak ke klinik” gadis tersebut mempelawa
”tidak usahlah, tak mengapa, dah ok dah ni, tak sakit pun, ” Amar cuba yakinkan gadis tersebut
”betul ke?”
”betul,tak usahla awak risau”
” kalau begitu saya tolong hantarkan awak baliklah” pelawa gadis tu lagi
”eh, tidak mengapalah tak perlu lah awak risau, saya ok, lagipun kawan saya ni ada, boleh tolong saya” tolak amar lembut sambil memandang kepada Afham
”arr,.. a ah, tidak apa-apa, saya ada, insya4JJI saya boleh tolong dia” balas Afham tergagap-gagap, mencari idea untuk berkata-kata
”kalau begitu, tidak mengapalah, saya pergi dulu, saya mohon maaf sekali lagi ya, saya betul-betul minta maaf” ujar gadis tersebut lagi, terlihat perasaan bersalah menyelubungi diri
Amar hanya mengangguk seraya matanya menghantar gadis tersebut pergi
”huh, nasib baik kau Amar, tak jadi apa-apa,cemas aku tadi” kata Afham sambil mengelap dahinya yang dibasahi peluh dengan sapu tangan
”ermm, ye lah, nasib baik tak teruk, aku pun terkejut tadi, tapi memang salah aku”
”betul jugak, tak perasan aku tadi kau dah agak ke tengah, ermm cantik jugak budak perempuan tu tadikan?” Afham tersengih tidak menyangka ayat itu terkeluar dari mulutnya
”ish, kau ni sempat jugak tengok, patutlah diam jer tadi, rupanya tengah perhati benda lain, tp aku rasa aku macam pernah tengok budak perempuan tu, tapi aku lupa kat mana”
”hehe, takdelah, tetiba terkeluar, hehe, a ah, aku pun rasa cam pernah tengok, ermm haaa! Baru aku teringat?” Afham tiba-tiba terjerit sambil memetik jarinya
”ha siapa?” Amar bertanya pantas
”ala, budak ni...budak yang aku bgtau kau dulu, yang dah berubah tu, yang dah pakai tudung sampai bawah tu” jelas Afham
”o0o, a ah, betulla, budak tu” Amar menyetujui
“erm, tapi aku tak taula nama budak tuh, ko tau tak”
Amar jungkit bahu tanda tidak tahu
”ala, apsal kau tak tanya tadi?” balas Afham
”eh, kau ni, kenapa plak aku kena tanya nama dia,?” Amar bertanya hairan
Afham sekadar tersengih, ” tidak ada apa-apa, saje jer” balas Afham, mereka mengatur langkah menuju ke rumah sewa yang sudah tidak sampai 500 meter jaraknya..


azz arhazza

No comments: