Thursday, January 04, 2007

citer tak bertajuk...heuheu

mata azz melilau mencari novel rona bosphorus "mana ni?"
sudah puas dia mencari novel tersebut, tetapi masih tidak menjumpainya, masakan tidak ada...dia keluar dari Popular

kalau tadi di MPH sememangnya jarang ada novel hasil karya utusan, tetapi tidak mustahil juga kalau terjumpa, namun dipopular juga tidak ada
kalau di MPH novel melayu lebih tertumpu pada novel alaf 21 dan creative enterprise, ia lebih diminati pembeli barangkali, soalnya bahasa di dalam novel-novel tersebut tidak begitu 'skema' berbanding novel karya utusan...
yalah novel karya utusan kan lebih mementingkan soal mutu bahasa, jadi bahasa rojak tidak digunakan...

hhurmm hatinya hampa...takpelah lain kali cari lagi...
dalam ralit mencari novel-novel karya penulis lain dia terpandang sebatang tubuh yang berada di hadapanya, isk, handsome jugak, bisiknya sambil tersenyum, lelaki itu seperti menyedari dirinya diperhati lantas menoleh ke arahnya, berpandangan sebentar, masing-masing tergamam, azz segera melarikan pandangannya, "tuhla gatal pandang lama-lama sapa suruh, kan dah malu" heuhue, bisik hatinya
seterusnya dia melilau lagi di shopping complex tersebut, nk shopping lah...bisiknya sendirian,
keluar seorang tanpa ditemani kawan-kawan, dia merasa lebih selesa, memperoleh ketenangan fikirnya heuheu...
pergi kat Tz factory jap la..hurm kalau kat sini dia hanya boleh beli seluar jer, kalau baju mana boleh, semua cam baju budak kecik jer, ekekeke, aperla

bosan la pulak, baliklah macam ni...

***********************************************************************

sebaik sampai dirumah dia langsung merebahkan badannya di katil
ya 4JJI penatnya…
walau hanya sebentar keluar dari rumah, namun penat cepat terasa, tambahan lagi sekarang ini musim panas, tekaknya terasa begitu kering minta diisi, dia lantas bangun semula menuju ke dapur, segelas air kosong diminumnya
ah leganya…alhamdulillah
dia melihat jam didinding, ya 4JJI sudah 2.30 petang, sudah hendak memasuki waktu asar, dia bergegas ke kamar mandi untuk berwuduk, “aku masih belum zohor” selesai berwuduk dia termenung sebentar bagai mengingati sesuatu…

Eh ya 4JJI, aku sekarang ni di Malaysia bukannya di indonesia...
Dia tersengih sendiri, termalu sendiri, betulla, hish lambat lagi masuk asarnya, azz lantas mengerjakan zohor dengan tenang dan khusyuk, perasaan hatinya lega

***********************************************************************

Hari itu dia keluar lagi, tujuannya masih yang satu itu, mahu mencari novel tersebut, erm minta-mintalah ada hari ini, dia berbisik pada hatinya sendiri, sebaik sampai di shopping mall, dia terus ker MPH, mencari cari buku itu, haaaa ada pun, hatinya melonjak riang, alhamdulillah, setelah berbulan-bulan cari akhirnya jumpa jugak, ermm payah sungguh, lantas dirinya menuju ke kaunter bayaran, isk tak sabar plak rasanya nk baca buku ni
“ azz!” tiba-tiba dia terdengar suatu suara memanggilnya
Dia berpaling ke arah suara itu, mencari –cari arah suara itu.
Eh itu bukan ke lelaki yg dia terpandang masa kat MPH dulu? Macamana dia boleh kenal aku? Dia berfikir sendirian
Lelaki itu berjalan ke arahnya, langkah itu makin dekat
“Assalamualikum” lelaki itu memberi salam
“waalaikummussalam” jawabnya
Lelaki itu terseyum
“err, kita penah berjumpa ker?” Azz bertanya
”a ah, kat MPH hari tu” tenang lelaki itu menjawab, tersenyum
”bukan, maksud saya sebelum hari itu, saya rasa tak pernah jumpa awak pun, macamana awak boleh tahu nama saya?” azz menerangkan
”hurrmm, itu tak penting”
” kenapa pula tak penting, nama awak pun saya tak tahu, hairan jugak awak boleh kenal saya” terang azz tidak puas hati
Lelaki itu tersenyum lagi, ”ermm, oklah bye assalamualikum , terima kasih, maaf membuang masa azz” lelaki itu terus berlalu meninggalkan azz yang terpinga-pinga
” siapa sebenarnya lelaki itu?” hanya ayat itu terlintas dalam fikirannya, tiada jawapan yang dapat menjawab pertanyaan tersebut

***********************************************************************

Buku Rona Bosphorus karya Zaid Akhtar sudah dikhatamnya, betapa dia begitu mengkagumi penulis itu. Sudah tiga karya penulis itu dibacanya, novel Rona Bosphorus diletak sebagai novel ketiga dalam senarai novel pilihannya setelah novel salju sakinah dan sesegar nailofar. Novel Salju Sakinah merupakan novel yang penat baginya untuk dibaca, bukan kerana isi kandungan novel tersebut tetapi disebabkan novel itu disiarkan didalam ruangan ’Bicara Agama’ dalam surat khabar Utusan Malaysia. Betapa dia perlu ke cyber cafe yang dikenali sebagai warnet (warung internet) di indonesia memandangkan di rumah sewa yang didudukinya tidak ada kemudahan internet, setahun dia berulang alik ke warnet setiap isnin hingga rabu untuk menyudahkan novel tersebut. Namun, penat lelahnya berbayar apabila isi novel itu membuatkan dirinya begitu jatuh cinta terhadap siri itu, Zaid Akhtar lebih berani menyelitkan hubungan percintaan sepasang suami isteri di akhir-akhir novel tersebut, tidak seperti karya-karyanya yang dahulu.

Azz menggeliatkan badanya, ”hurmm penatnya hari ni, apa yang aku buat sampai penat begini”.
Dia beralih ke laptopnya, lagu Bisikan Nurani dari In-Team berkumandang

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitu tasik hatiku
Sejak kehadiranmu
Betapa aku hargai
Anugerah syurga didunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telah pun ku syukuri
Didalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaan mu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketakwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi
Perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

***********************************************************************



Sedang ralit melayari internet, handphonenya berbunyi, satu mesej diterma
Mesej itu berbunyi

+assalamualikum azz, t. kasih atas pertemuan yg singkat tempoh hr, sy bgtu m’hargainya, hrpnku kita blh b’knln dgn > rpt lg=)

[i]- waalaikumuussalam, sama2, tp boleh sy tau awk ni saper?sungguh sy x kenal

+ xpela klu awk xknl sy, sdh ckp klu sy shj yg knl awk, hehe

'ermm,apehal la mamat ni, biarjela, mesej yg kedua dr lelaki itu dibiarnye tidak berbalas, perasaan geram berbuku juga dihatinya apabila jawapan yg tidak memuaskan hatinya diberikan oleh lelaki itu, dia terus melayari internet, sambil itu, mindanya ralit mencari idea apa yg hendak ditulis dalam cerpen terbarunya

***********************************************************************

mesej dari lelaki itu makin karib menemaninya, bukan msg yang untuk diajak berbual, tetapi mesej yang lebih kepada memberikan kata2 perangsang untuk dirinya, lelaki ini seperti mengetahui apa yang dilakukan olehnya, dia belajar dimana, segala-gala mengenai dirinya diketahui oleh lelaki itu, namun setiap mesej yang diterima daripada insan itu masih tidak dibalasnya, namun terdapat juga beberapa mesej dari lelaki itu membuat dirinya tersentuh, kata-kata perangsang dari lelaki itu begitu bermakna, dalam diam hatinya mengucapkan terima kasih walaupun dia tahu lelaki itu tidak mengetahuinya.

hari seterusnya dia lalui dengan tenang, cuti akan segera habis ni, namun hari-hari itu dia mengisi dengan pelbagai aktiviti, "nanti kalau dah balik sana dah tak boleh buat itu ini" azz bisik sendiri
begitu banyak novel sudah habis dibacanya, kadang-kadang rajin juga dia membeli majalah, melihat perkembangan terbaru dunia fesyen dalam dan luar negara

tut tut...1 message received

dia lantas membuka mesej tersebut, ermm dari amni rupanya

a'kum, zahra jom online, boring ni, g ha, akma n aliza pon ader, k bye

dia bergegas membuka laptopnya dan langsung online, isk ni payah ni kalau bukan streamyx, lembap sungguh, dia buka YM, amni invite dia untuk join conference

+ assalamualikum, haa aper citer? beria ajak aku online ni

amni: w;lam, xderla sajer je la ajak, cuti nk abis dh ni sedeyy tul

+huehue, p la ang extend kalo nk cuti lg huehue

amni: bole jer klu aku nk extend wakakaka

+udah2la tuh, dh la kiter extend 2 hr ekekekek

amni: hhaha, balik nnt kite jumpa dr kesayangan kiter tuh erkk

+huehue okesss no prob nyer

aliza: wei aper korang sembang ni, berdua jer, baek xyah conference

amni: ala kitorg bincang pasal dosen(lecturer) kesayangan kitorg tuh

+hahahahha...sayang, ekekekek:P

akma: ye la tuh

+wei aku nk citer kt korg ni

amni:aper

+ader ari tuh, aku ader terjumpa sorg mamat ni, huehue ensem, ekeke sempat, aku ader terjumpa dier skali kt MPH jusco ipoh ari tuh, pastu, ader ari len aku lg skali, terjumpa gk, mula2 aku xprsn tp tetiba dier panggey aku, uiks, terkejutla aku

akma: camner dier bley tau nama ko

+tuh arr pasalnya aku xtau


amni:mesti ko penah jumpa dier kat memana tp ko luper, ko kn mmg camtuh wakka

+ampes ko, sempat kutuk aku, hueue maybe gk la, dan pulak tuh, dier bley tau hp no aku, terkejut gk.

aliza: uiks, jauh dah tuh, tp xper gk, ko kate ensem, berkenalan jer la hahahah

amni:ntah, berkenalan jer

+isk, tamau la aku, tp bagus jugak kan ekekekekekeke:P
isk malu la plak, hahahahah

amni: aiii banyaknye org ko ske ni, bhy tul, kt upm ko nk, kt ukraine ko nk, mane satu ni, yg ni pon ko nk gk, satu cukup la woi, bkn ko leh kawen 4 pon

+huehue, ala, aku xkenal dier, bukan aku yang mula dulu hahahaha, tp aku xlayan pon, aku bls msg dier skali jer, sbb nk ty dier saper, then dier xjwb, so aku terus xlayan

akma: haa elok gk tuh, hihihi, tp klu ko layan pon aper salahnya

berjam-jam azz menghadap laptop tuh, ermm byk gk story, 'bagus' sungguh kawan2 ni, kejap sokong kejap tidak, ahhh biarla

***********************************************************************

cuti sudah sampai ke penghujung, hari ni adalah hari terakhir azz di malaysia, flight pukul 4.20 petang nanti, sekarang sudah pukul 2petang, dia sudah berada di KLIA, 2.20 pm nanti check in, dia menanti teman-temannya yang lain, 'mana dia orang ni?' dia merungut sendirian

"hoiiii! "satu suara berteriak ke arahnya

"awat hangpa lambat sangat" dia bertanya tidak puas hati

"ala betulla, kaunter check in pon baru bukak, relaxla, jom check in sama-sama"

dia hanya menurut ke kaunter check in, alhamdulillah, beg ngam-ngam 15 kg, buat pertama kalinya beg dia tidak perlu bayar sebab terlebih...

usai check in, dia berlegar sebentar di KLIA, perasaan hatinya tidak keruan, dia berasa tidak sedap hati, kenapa ni? mungkinkah aku bersedih setelah 5 minggu bercuti? fikirnya,dia berselawat sebanyak mungkin untuk menenangkan hatinya, lama setelah itu, tiba masanya untuk berangkat, dia bersalam-salaman dengan ahli keluarganya dan ahli keluarga teman-temannya, persaannya sayu mahu meninggalkan mereka, setelah bersalaman dia terus berjalan tanpa menoleh ke belakang, setiap kali pulang ke indonesia perasaan sebak sentiasa hadir, dia lantas menuju ke gate 10, dan terus naik flight air asia, alhamdulillah, flight tak delay hari ni, flight betul-betul berlepas tepat waktu...

matanya sudah agak layu tanda tak cukup tidur, malam semalam dia tidur lewat lantaran bermain internet sampai 3 pagi, berbual dengan kawan-kawan di malaysia, di indonesia dah tidak ada peluang ini, flight sudah stabil di udara, sedang dia melayan perasaannya,dia melihat sebatang tubuh berjalan ke arahnya, hurmm pilot, apabila tubuh itu menghampiri, dia ternganga sebentar, ya 4JJI, lelaki itu,

"assalamualikum" lelaki itu mengujar salam. di baju lelaki itu terdapat nama 'mohd faiz'

"waalaikummussalam" jawabnya, terketar-ketar, isk gabra la pulak,tenang, tenang

selesai dia menjawab salam, lelaki itu pon berlalu ke belakang, berjumpa dengan staf barangkali

rupa-rupanya lelaki itu adalah pilot air asia, lelaki itu mengenali dirinya melalui pasport setiap kali dia ingin print ticket di kaunter air asia setiap kali dia ulang alik ke indonesia, dia mendapat tahu dari seorang pramugari yang ramah bercerita kepada dirinya, lelaki itu juga merupakan rakan kepada temanku sewaktu aku di matrikulasi dahulu, dari temanku itu, dia banyak mengetahui diriku, ya 4JJI betapa kecilnya dunia, rupanya setiap kali aku pergi dan pulang, dialah yang menjadi pilot, hurm hubungan kami tidak berakhir disitu sahaja, kami terus berhubungan dan masih setiap kali aku ulang alik dialah sebagai pilot yang menjadi kapten pesawat itu

azz arhazza

No comments: