Saturday, January 27, 2007

mentari akan kembali...

erm, lom sampai dua minggu bercuti macam macam dah jadi, ermm, insya4JJI apa yang berlaku ada hikmahnya, Allah dah tentukan segalanya, mmg ader pihak yang merasa sakit, ader pihak yang merasa gembira, tetapi itulah keadaan putaran kehidupan, hidup kita tidak akan sentiasa gembira, tidak akan sentiasa bersedih...biarlah let it be...

now, apa yang akan berlaku, kita hadapi, luka tetap akan sembuh walaupun mengambil masa yang lama, Allah tidak akan uji hambanya jika dia tahu hambanya tidak mampu untuk hadapi, nah! sekiranya ader ujian yang melanda, tentu kita akan bisa hadapi, walaupun ia mengambil masa yang agak lama...tidak mengapa

memang pedih, perit, sedih, tapi semuanya ini akan membantu diri menjadi semakin matang, semakin peka terhadap persekitaran, nggak po po wes...bisa kok!...

aper yang perlu dilakukan sekarang...bangkit dari luka pedih, bangkit dari kesedihan, bangkit dari penderitaan... boleh... x semestinya tidak akan ada peganti Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya

selain menasihati orang, memperingati orang, ini semua juga buat diri sendiri, kepada yang bersedih tu, keras hati tu, bacalah surah toha, ayat 1-9, insya4JJI sama-sama lembut hati, menerima apa yang berlaku sebagai takdir dan pada waktu yang sama bangkit kembali...insya4JJI, pulihlah segalanya

kesedihan tidak boleh dilayan, merana lagi nantinya, kesedihan perlu dilawan, lega hati nantinya

buang yang keruh amik yang jernih, buang segala sedih, luka dendam, isya4JJI suatu hari mentari akan datang menyinari hidup ini, tidak mengapa, sabar jer, bukankah sabar itu sebagian dari iman, orang yang sabar tidak akan rugi, orang yang mengikut perasaan yang akan rugi...

xpe kawan2, diri sendiri, mentari akan datang kembali ke diri kita untuk menyinari kita dengan perkara-perkara yang mennangkan hati, nurani, insya4JJI, nnt hadirlah ia...


azz arhazza
erm, lom sampai dua minggu bercuti macam macam dah jadi, ermm, insya4JJI apa yang berlaku ada hikmahnya, Allah dah tentukan segalanya, mmg ader pihak yang merasa sakit, ader pihak yang merasa gembira, tetapi itulah keadaan putaran kehidupan, hidup kita tidak akan sentiasa gembira, tidak akan sentiasa bersedih...biarlah let it be...

now, apa yang akan berlaku, kita hadapi, luka tetap akan sembuh walaupun mengambil masa yang lama, Allah tidak akan uji hambanya jika dia tahu hambanya tidak mampu untuk hadapi, nah! sekiranya ader ujian yang melanda, tentu kita akan bisa hadapi, walaupun ia mengambil masa yang agak lama...tidak mengapa

memang pedih, perit, sedih, tapi semuanya ini akan membantu diri menjadi semakin matang, semakin peka terhadap persekitaran, nggak po po wes...bisa kok!...

aper yang perlu dilakukan sekarang...bangkit dari luka pedih, bangkit dari kesedihan, bangkit dari penderitaan... boleh... x semestinya tidak akan ada peganti Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya

selain menasihati orang, memperingati orang, ini semua juga buat diri sendiri, kepada yang bersedih tu, keras hati tu, bacalah surah toha, ayat 1-9, insya4JJI sama-sama lembut hati, menerima apa yang berlaku sebagai takdir dan pada waktu yang sama bangkit kembali...insya4JJI, pulihlah segalanya

kesedihan tidak boleh dilayan, merana lagi nantinya, kesedihan perlu dilawan, lega hati nantinya

buang yang keruh amik yang jernih, buang segala sedih, luka dendam, isya4JJI suatu hari mentari akan datang menyinari hidup ini, tidak mengapa, sabar jer, bukankah sabar itu sebagian dari iman, orang yang sabar tidak akan rugi, orang yang mengikut perasaan yang akan rugi...

xpe kawan2, diri sendiri, mentari akan datang kembali ke diri kita untuk menyinari kita dengan perkara-perkara yang mennangkan hati, nurani, insya4JJI, nnt hadirlah ia...


azz arhazza

Sunday, January 14, 2007

sebuah pertemuan...8 finale~

Selama setahun ini Amar menjalankan tugasnya seperti biasa, makin lama makin sibuk lantaran banyak projek yang diterima yang memerluka khidmat dia, sepanjang setahun juga persahabatannya dengan sahabat-sahabat baiknya masih seperti dahulu terutama Afham. Sepanjang setahun itu juga dia menjenguk Aisyah, simpati menyelubunginya kerana di usia muda Aisyah sudah bergelar seorang balu


Suatu hari Amar memberanikan dirinya meluahkan perasaannya pada Aisyah, perasaan yang telah wujud sekian lama, sejak di alam persekolahan lagi sewaktu melawat aisyah di Rumah Anak Yatim Nurul Iman di kajang. Dia kini menjadi pengusaha rumah anak yatim tersebut menggantikan ayahnya yang sudah tua, tidak mampu lagi melakukan hal-hal seperti ini

”bukan Aisyah tidak mahu terima Amar, Aisyah rasa ada yang lebih baik dan lebih beruntung untuk mendapat Amar, Amar juga begitu” jelas Aisyah, pandangan di tundukkan ke meja, tidak berani memandang Amar, dia tahu Amar kecewa kerana dari dahulu dia sudah tahu Amar ada hati terhadapnya

Amar memandang kearah anak-anak yatim yang berlari-lari di padang permainan, riang gembira walaupun tiada ibu atau bapa atau keduanya. Pasti kerana fasiliti yang baik dan kasih sayang yang di dapat dari rumah Anak yatim ni.

Dia mengeluh, kekecewaan jelas terpapar di mukanya, kesekian kalinya dia tidak bisa memiliki gadis idamannya. Dia mengangguk-angguk mendengar kata-kata Aisyah

”ya, mungkin juga kita sememangnya tiada jodoh, saya harap Aisyah bertemu dengan jodoh Aisyah, apa salahnya untuk bernikah kali kedua, Aisyah masih muda, mesti boleh mengecapi kebahagiaan lain walaupun suami Aisyah sudah tiada. Berkahwin lain sekali lagi tidak bermakan Aisyah melupakan suami Aisyah, kenangan manis tu tetap ada” balas Amar panjang lebar

”insya4JJI, sekiranya ada jodoh Aisyah untuk berkahwin lagi, sudah pasti Aisyah melakukannya” balas Aisyah seraya tersenyum

”oklah, saya balik dahulu, assalamualikum, Amar mengangkat punggungnya dan berlaku pergi

Aisyah menghantar Amar dengan pandangan mata, ’maaf Amar, mungkin aku dicipta bukan untukmu, semoga engkau bertemu dengan jodoh yang baik, berkat dan sekufu untukmu, insya4JJI’ Aisyah berdoa dalam hati



4 tahun kemudian


”amar! Oit, awt hang bermenung tu?” Afham mengejutkan lamunan Amar

”hah, tidak ada apa-apala, aku tengah pikir macam mana nak deal dengan tender ni, macam- macam masalah” dalih Amar

”yelah, macam aku kenal kau baru sehari, ha ni ada flyers pasal sesiapa nak derma darah, paling diperlukan darah B, dengar cerita agak kurang bekalan darah B, kau bukan darah B ker?” Afham memerangkap Amar tapi dia terus menukar ke topik lain. Dia tahu bahawa Amar masih kecewa dengan penolakan lamarannya untuk Aisyah

”boleh jugak ni, aku dah lama juga tak derma darah, mana-mana hospital boleh erk, oklah nanti aku pergi, kau tak pergi ke?”

”aku dah derma dah minggu lepas, aku nak ajak kau, kau busy meeting, tak jadila”


”nurse! Saya datang ni nak derma darah” Amar memberitahu nurse yang berada di kaunter. Dia sebetulnya tidak tahu harus ke mana dan bagaimana untuk menderma


”oh, ye, terima kasih encik, bole saya tahu encik darah apa?” tanya nurse tersebut lembut

”B” Amar menjawab pantas

”baguslah kalau darah B, kami memang memerlukan darah B ni, tapi sebelum tu saya masih perlu untuk mengambil darah encik untuk cek dulu, untuk konfirm kan dulu, selepas tu doktor akan mengambil darah encik”

Amar mengangguk tanda faham, 15 menit kemudian, dia dipanggil ke bilik dokter utnuk menderma darah, kelihatan dua orang berbaring di katil kerana derma darah juga

”encik Amar Hakim!” panggil seorang doktor

”ye saya”

Doktor tersebut tersenyum ke arahnya, menggamitnya untuk mempersilakannya berbaring untuk mengambil darahnya. Amar sempat melihat name tag doktor tersebut. Dr. Az Zahra An Nur, sedap nama tu, dia tersenyum sendiri




Amar mengucup dahi isterinya setelah isterinya menyalaminya. Kini sah Dr Az Zahra An Nur menjadi isterinya, miliknya, tidak di sangka niatnya untuk menderma darah menemukannya dengan jodohnya. Tidak di sangka juga isterinya itu pernah dia ketemu semasa bercuti di Indonesia beberapa tahun yang lalu. Gadis yang paling diam dan jarang bercakap

”terima kasih sudi menjadi isteri abang” bisiknya lembut

Isterinya hanya tersenyum, mukanya merona merah apabila ramai mata tertumpu ke arah mereka


Dalam hati Amar berdoa supaya perkahwinan mereka kekal hinggake akhir hayat, berkat dunia akhirat. Ameen



TAMAT...HEUHEU

Afham melangsungkan perkahwinan dengan Nurul Hidayah, dalam diam mereka menjalinkan hubungan, alhamdulillah berakhir dengan ikatan perkahwinan, setahun lebih awal dari Amar

Rabiatul Aisyah – masih sendiri, pintu hatinya masih tertutup buat insan bernama lelaki. Kasih terhadap arwah suami masih kukuh

azz arhazza

sebuah pertemuan...7

”betul ke ni Amar?” aku tak percayalah, Afham berkali-kali bertanya kepada Amar setelah mendengar cerita Amar mengenai Aisyah

”apa pula tak betulnya, aku ada kat situ, kalau kau tak percaya jom kita pergi tengok dia, aku rasa dia ada lagi di hospital tu” balas Amar

”ermm, bole jugak, tapi aku memang takkenal Aisyah tu, macam mana aku nak tahu itu dia ke tak, ermm tapi boleh jugak melawat orang, apa salahnya, ye tak?”

”hurmm, tahu pun, ha, yang temankandia sepupu dia hari tu, parents dia aku tak nampak sebab lepas selamat semua baru si Nurul tu call family Aisyah tu, masa tu aku dah nak blik” ujar Amar

”nurul tu siapa pula?” Afham bertanya lagi

”sepupu dia lah”



Amar dan Afham memasuki Hospital Pantai, mereke bergegaske wad bersalin, menuju ke wad di mana Aisyah ditempatkan

”eh, Amar kita tak bawa apa-apa ke ha?” Afham bertanya apabila menyedari mereka ke sana dengan tangan kosong

”aahla, aku lupa, ni la pasal nya jarang lawat orang sakit” Amar menyedari kealpaannya

”tu la kau, aku pon lupa, hehe, takpelah, selamba je la, takpe kot” balas Afham menyedapkan hatinya

”memangla takpe, tapi rasa cam tak best la, itu je”

Mereka tiba di wad Aisyah, kelihatan beberapa orang pelawat.

”assalamualikum” Amar memulakan salam

”waalaikummussalam” semua mata tertumpu kearah mereka, Amar dan Afham berjalan menuju ke arah mereka, bersalam dengan lelaki yang berada di situ

”ini amar ya?”seorang lelaki yang sudah berumur dan selayakknya dipanggil Pak cik bertanya kepadanya

”ye saya pakcik, Amar” balasnya sambil tersenyum

”terima kasih ye, tolong anak pak cik, kalau tidak ada Amar tidak tahulah apa yang terjadi”

”sama-sama pak cik, tidak ada masalah, tanggungjawab orang islam kan menolong sesama islam” balas Amar lembut

Aisyah dilihat semakin segar dan bermaya berbanding dua hari yang lalu. Amar memperkenalkan Afham kepada yang lain. Mereka berbual sebentar sebelum meminta izin untuk pulang


”amar, kau kata Nurul Hidayah tu sepupu dia, Nurul hidayah yang tadi ker? ”tanya Afham, tak sabar gayanya

”aah, yang tu la, sepupu dia, ha, dia ada kata dia kenal aku, dan dia tau nama aku, tapi aku tak kenal, aku buat-buat kenal je, tapi aku rasa cam pernah nampak dia, lupa pula nak bagi tahu pasal ni kat kau” Amar menjelaskan

”la, memang la kenal, stu course dengan kita, kau ingat tak beberapa bulan dulu ke tahun entah aku tak ingat yang kau hampir kena langgar tu? Tanya Afham

”ingat” balasnya pendek

”ha, budak tu la yang hampir langgar kau tu...”

“000ooo, ye ker…”

“yer, yang tu la, yang lagi satu tu yang kita jumpa kat depan library, masa nak tunggu library buka, yang terdengar cerita diorang tu?”

“o0o, aah la, ingat-ingat, rupanya sepupu yang dia cerita tu Asilla la, kecil betul dunia

“aah, kecil, setiap orang macam ada kaitan satu sama lain, eh Amar, Asilla ni la hang suka kan, dia dah single sekarang, hang masuk la meminang dia” gurau Afham’


”kau ni, kesitu pulak” bidas Amar, namun dalam hatinya terdetik perasaan yang sama seperti Afham, biarlah masa yang menetukan, takdir yang menentuka apa yang nak jadi nanti

sebuah pertemuan...6

Nurul menguatkan volume radionya, lagu dendangan Shakira dan WyClef Jean kedengaran, Hips Don’t Lie, dia menari mengikut rentak lagu tersebut, azamnya hari ini untuk mengemas bilik, baginya hari minggu adalah hari yang sesuai untuk kemas bilik, mama pula jenis membebel kalau bilik dilihat bersepah

Owh baby when u talked like that
U made ur woman go mad
So be wise
And keep on
Reading sign of my body

Badan di goyangkan mengikut rentak lagu, bosan pulak kalau kemas bilik tak dengar lagu, bole la relaxkan sikit kepala tu sebab tengok bilik bersepah. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk, pintu terkuak, kelihatan sepupunya, Aisyah di muka pintu

“assalamualikum” ujar aisyah memberi salam

“waalaikummussalam, eh, aisyah, bila sampai?” Nurul menjawab salam, terkejut, tidak sangka sepupunya datang, dia terus memperlahankan volume radio

“baru jer sampai, datang dengan parents sekali, mak ngah kata Nurul ada dalam bilik tengah kemas bilik” panjang penerangan Aisyah

Nurul terangguk-angguk, “ a ah memang tengah kemas bilik, tapi baru start la” ujar Nurul, tersengih “eh mehla duduk sini, apa yang tercegat kat pintu tu”

Aisyah berjalan kearah sepupunya, mereka berpandangan, tersenyum, walau Aisyah mempamerkan senyuman tetapi masih jelas kelihatan kesedihannya, Nurul cuba membangkitkan mood ceria

“amacam study?ok? “ Nurul bertanya

“alhamdulillah la, sem akhir kan, biasalah busy sket, ni tgh prepare untuk viva ni, Nurul cane? Dah ready ker untuk Viva?”

“bolehla, Nurul buat slow-slow, nanti kalau main buat, dan silap pulak lagi payah”

Mereka berbual panjang, sejak Aisyah berkahwin, mereka tidak sempat berbual seperti dahulu, Aisyah sudah ada komitmen lain, tentulah perlu mendahulukan suami dalam segala hal, kini sejak ketiadaan suaminya, bolehla mereka sentiasa bertemu lagi. Nurul lah tempat Aisyah mengadu dan begitulah sebaliknya, kerana mereka sebaya, walaupun tingkah laku jauh berbeza itu tidak menjadi hal bagi mereka



6 bulan kemudian…

“siti, saya tak berapa sihat hari ini, cancel all my appointments for today, saya dah cakap kat papa saya cuti hari ini” Amar memberitahu setiausahanya sebelum berangkat pulang, dia merasa tidak sedap badan hari ini lantaran baru pulang dari ‘site’ kelmarin, terpapar dengan cuaca yang amat panas. Dia ingin berehat sehari ini

Amar kini berkhidmat sebagai seorang arkitek di syarikat papanya, untung papanya mempunyai syarikat sendiri. Dia bergegas pulang ke rumah.
Sambil memandu dia mendengar radio untuk mengelakkan kebosanan, hurmm, inilah kuala Lumpur, setiap masa jalan sesak, ‘dahla sakit kepala, jalan jam pula’ rungutnya

Setelah sejam terperangkap dalam kesesakan jalan raya, akhirnya dia berjaya melepasi kawasana kesesakan dan terus memandu pulang. Sedang dalam perjalanan matanya tertumpu kepada seorang wanita yang berada di perhentian bus, seperti sedang kesakitan. Dia berhenti keretanya di perhentian tersebut untuk melihat apa yang terjadi.


“assalamualikum, puan, puan sakit ker?” perlahan dia bertanya, perempuan itu mengandung rupanya

“tolong saya,” perempuan itu merayu sambil mengangkat mukanya kea rah Amar

Amar terpempam “Aisyah!” Amar terjerit kecil

Perempuan yang bernama Aisyah juga kelihatan terkejut, dia seperti mengerang kesakitan, perlahan berkata “Amar!, tolong saya, saya rasa macam dah nak bersalin ni”


“oh, ok ok” Amar kelihatan cemas. Tidak tahu nak buat apa pada mulanya

”tolong bawa saya ke hospital” Aisyah merayu lagi apabila melihat Amar termangu

”oh, ok ok, kejap, awak boleh berjalan tak ni?” tanya Amar lagi, dia berpikir ’takkan nak angkat kot? Isteri orang’

”ermm, bole sikit-sikit, pelan-pelan”balas Aisyah, dahinya berpeluh akibat menahan sakit

Amar segera memimpin Aisyah ke kereta dan terus memandu ke hospital berdekatan, mujur juga jalan tidak sesak seperti tadi, Amar terus membawa Aisyah ke Hospital Pantai. Terkocoh-kocoh juga dia memanggil nurse apabila tiba di hospital

Mujur nurse dan doktor datang cepat untuk membantu

”awak suami dia ke? Awak boleh berada di sisinya semasa dia nak bersalin” tanya seorang doktor

”oh, maaf, saya bukan suami dia” balas Amar kemudiannya

”ok, tidak mengapalah, awak boleh tunggu di luar ni kalau awak nak tunggu, atau awak boleh hubungi suami dia” beritahu doktor itu lagi, walaupun jelas di mukanya menampakkan riak terkejut

”ok, saya cuba menghubungi suami dia, tadi saya terserempak dia di bus stop, sebab saya tgk dia tgh sakit then saya terus bawa ke sini” jelas Amar termengah-mengah juga, berlari anak mengikut doktor dan yang lainnya ke wad bersalin

”kalau macam tu, tidak mengapalah, terima kasih encik sudi membantu” balas doktor tersebut

Mereka tiba di wad bersalin, Amar hanya berada diluar, naluri hatinya menginginkannya untuk menunggu di situ, dia melihat nurse keluar dari bilik bersalin tersebut membawa barang-barang Aisyah tadi, mencari sesuatu dan bercakap melalui telefon

Tidak lama kemudian, seorang gadis sampai, mukanya jelas mempamerkan wajah yang cemas, dia segera menuju ke kaunter

”nurse, saya mendapat panggilan mengatakan bahawa Aisyah sedang bersalin” gadis itu bertanya di kaunter

Amar mengangkat muka, mungkin saudara mara bagi Aisyah, fikirnya

Nurse tersebut berkata sesuatu gadis tersebut, lantas menunjuk kearahnya. Dia dengan gadis tersebut berpandangan, eh macam pernah lihat jer budak ni, Amar bermonolog

Gadis itu berjalan ke arahnya, ”Assalamualikum, encik yang selamatkan Aisyah yer, terima kasih” gadis itu memulakan perbualan

”waalikummussalam, ye saya, Aisyah ni kawan sekolah saya dahulu, saya terserempak dengannya di bus stop tadi, so saya terus bawa dia ke sini sebab dia kata dia dah nak bersalin.” terang Amar ”by the way, saya tidak ada no hp atau address suaminya, so saya tak dapat hubungi

”owh, sebenarnya suami Aisyah dah meninggal beberapa bulan lalu, accident” terang gadis itu, lambat

Amar terkejut, seingat dia tak sampai setahun pun mereka bernikah, tahu-tahu lelakinya sudah tiada, Amar diam sebentar

”ja...jadi dia sekarang sendiri?” Amar bertanya lagi

“ye, nampaknya macam tu la, tapi dia tinggal dengan family, eh! Awak ni Amar kan? Student Architecture?” gadis itu tiba-tiba bertanya

“aah, yelah, awak kenal saya ker? Maaf, saya tak kenal awak tapi saya rasa saya penah lihat muka awak” Amar mengiyakan, terdetik juga rasa bersalah sebab tidak mengenali gadis itu walhal gadis tersebut mengenalinya

“tidak mengapa, actually saya pun sama course dgn awak juga, ramai student nya, awak tak perasan la tum anyway nama saya Nurul Hidayah” perkenal gadis itu

“owh, ok, saya rasa saya dah ingat dah” balas Amar sambil menggaru kepalanya yang tak gatal tu, segan tak ingat tapi mengaku ingat

Gadis yang bernama Nurul itu sekadar tersenyum. Mereka berbual sementara menunggu Aisyah melahirkan anaknya


Beberapa jam setelah itu, akhirnya Aisyah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki. Nurul Hidayah dan Amar pergi mendapatkannya, Aisyah kelihatan amat letih tetapi masih mampu tersenyum, air matanya mengalir perlahan tanda gembira dan sedih, sedih kerana anak itu lahir tidak dapat menatapi wajah ayahnya dan gembira kerana dapat menyambung waris bagi arwah suaminya dan juga selamat melahirkan

Amar mengambil anak Aisyah dan mengazankannya sebagai peganti ayahnya. Nurul cuba menenangkan Aisyah, air mata juga mengalir di pipi lantaran melihat kesanggupan Amar untuk menjadi pengganti arwah suami Aisyah untuk mengazankannya. Amar berasa tanggungjawab kerana dia satu-satunya lelaki di situ dan mengenali Aisyah, gadis pujaan nya tidak lama dahulu



azz arhazza

sebuah pertemuan...5

”woitt!,Amar! Assalamualikum!” Afham menegur

”waalaikummussalam,”amar menjawab, pendek

”pergh, ko berwajah baru, sem baru la katakan. Haha” Afham memerli

”aku potong rambut je, itupun masalah ke?”

”a ah, masalah, sebab ko tak pernah potong camni,”

“apsal, xbole ker?”

“boleh tu boleh, tapi ko nampak pelik, tapi takpe, kehenseman ko tetap dapat dipertahankan walaupun x sehensem aku”

“huh, masuk bakul angkat sendiri”

“ikut suka aku la, okay, let’s not talk about this, so, ape plan?” afham menukar topic

“none!”

Afham memalingkan mukanya ke arah Amar

”ape?” amar bertanya tiba-tiba

”err, tidak ada apa-apa” Afham berdalih dan terus memalingkan mukanya ke depan semula. ”Jom p makan, aku laparla”

Sedang mereka mengadap rezeki, Afham tiba-tiba bertanya soalan yang ternyata tidak diduga Amar

”eh, Amar!, err, apa dah jadi dengan budak yg kau suka tu ar? Ko suka dia lagi ke?”

Amar tersentak! ”budak mana?”

”la, banyak sangat ker perempuan yang hang suka? Sape nama budak tu ha? Ra...Rabi...” Afham cuba menginga-ingat

”Rabiatul Aisyah” Amar menjawab perlahan

”ha...budak tu la, apa cerita dia sekarang?” Afham bertanya lagi, ceria

”dia dah bernikah dah, masa cuti sem hari tu” Amar menjawab, selera makannya tiba-tiba bertukar, lirih sekali bunyi nya

”ha??, kau biar benar Amar” Afham mebulatkan matanya, tidak percaya

”la, betulla, takkan aku nak tipu kot”

”owh!, I’m feel sorry for you, err jadi kad kahwin yang kau dapat dulu tu dari dia la?”

Amar sekadar mengangguk, dia seperi tidak berminat menyambung cerita
”kita berbual topik lain” Amar menyambung, keras bunyinya

”err, owh!, ok” Afham meneruskan suapan, tidak lagi berani bertanya, bimbang mood sahabatnya menjadi semakin tidak elok


”hurm, dah dua bulan dah kuliah, tak sedar pun” Afham bersuara tatkala berehat di kerusi di depan perpustakaan.mereka menanti perpustakan untuk buka. Semakin dekat dengan exam semakin ramai mahasiswa ke perpustakaan. Sekumpulan budak perempuan mengambil tempat tidak jauh dari mereka, mungkin menanti perpustakan untuk buka. Seperti merek. ”eh Amar, tu bukan budak yg hampir nak langgar kau tu ke?, nama dia Nurul rupanya. Nurul hidayah”

”a ah, eh apsal kau bole tau nama dia pulak?” Amar bertanya hairan. Amar melepaskan pandang ke arah mereka, asyik berbual, dalam jarak yg agak dekat Amar bisa mendengar apa yang dibualkan mereka

”see the leg man, semua benda aku tahu” Afham mempamerkan rasa bangga

”hish, xde bangganye kala camtu”

”hoi!” Afham tiba- menjerit, x puas hati

Budak perempuan yang berada dekat dengan mereka terkejut. Afham lantas meminta maaf, malu barangkali. Budak yang bernama Nurul dilihat agak bersedih

”kiranya Nurul erk, cousin kau tu tabah gila, dah ar baru kahwin, tetiba jadi janda dah, baru bbrp bulan” budak disebelah Nurul berkata

”agak ah”nurul menjawab.pendek

Amar dan Afham saling berpandangan

”ko dengar tak ape yang aku dengar?”afham memandang Amar, menanti jawapan

”er, dengar, terdengar, x berniat pun nak pasang telinga, haha” Amar tetiba ketawa, malu juga dengar pebualan orang, tak baik pun

”aah, aku pun bukan berniat nk dengar, tapi terdengar jugak, haha” Afham melambakkan tawanya

”abis nurul, ko nye cousin cane?” kawan yg lain plak bertanya

“ntahla wey, tapi aku tgk dia cam ok je, tapi sian gak nnt, anak yang bakal lahir nanti tak dapat tgk ayah dia”

“ha?, dah pregnant ke?, bukan masih study ker cousin kau tuh, sebaya kita kan?”

”apasal tak boleh pregnant pulak?, lagipun dah final sem, macam kita, ok je, lain la aku ni, tak matured lagi, cousin aku tu lain, dia baik, x macam aku, aku pun solute dia, bole kahwin awal, boleh uruskan rumah tangga, tapi... nasib baik dia mengandung jugak, sekurang-kurangnya suami dia tinggalkan zuriat. Dia kata kat aku dia ok, dia terima takdir 4JJI nak uji dia, dia syukur gak dia ada zuriat nanti, insya4JJI, kenangan dia dengan suami.”

”betul jugak, tapi waktu accident tu dia xda ke? Selalunya kalau accident pemandu jarang nahas, selalunya co-pilot?”

“a ah, betul juga cakap kau tuh, tapi accident memang kena side pemandu, lori tergeser kat belah kanan, lori tu bawa laju, tak bole kawal”

“pergh, nurul, tragis gila,”

“tragis!” Nurul mengakui. ”dahla, jangan cerita lagi, tak sanggup aku ingat, aku yg dengar ni pun dah rasa sedih, apa lagi kalau cousin aku yg alami sendiri. Jom ah, library dah buka” mereka mengangkat punggung dan menuju ke arah library

”wow, Amar, aku yg dengar dari jauh ni pun rasa seram”

”huh, a ah, samalah, dah dah, jom masuk, semoga 4JJI melimpahi rahmat ke atas roh suami cousin Nurul tu, insya4JJI, Ameen”

”insya4JJI, jom!” mereka mneruskan langkahan menuju ke perpustakaan



azz arhazza

sebuah pertemuan...4

Seminggu! Di Indonesia, menarik, terlupa dia dengan segala masalah, kekecewaan.

”assalamualikum” amar memulakan bicara setelah menjawab telepon

”woi, waalaikummussalam, mana kau pergi? Aku punya la msg ko, telepon hp ko, umah ko, tak berjawab semua” Afham di talian, tak sempat-sempat terus maki dirinya

Amar tersengih, ”aku p indonla, holiday dengan family aku” amar menjawab

”hampeh ko, lain kali sound la awal2, ini tak senyap je” afham balas tak puas hati

”sori la, papa aku tetiba ajak, tak sempat nak bagitau sesapa, tapi aku ada bawa ole-ole untuk ko”

”eh, ye ker, suka la aku, tak jadi marah ko lebih-lebih nanti tak dapat plak, haha” suara Afham terdengar ceria, hilang marahnya

Amar menggeleng-gelengkan kepalanya, tersenyum,sedia maklum dengan perangai kawannya yang sentiasa ceria tu, seperti xde masalah je sahabat dia yang satu ni

”eh ko citerla kat aku ko pergi mana je kat indon tu, best tak?”

”best memang la best, tapi tak best arr citer dlm phone, macam perempuan plak bergayut”

”hish, cakap je la kau tak nak cakap lelama dengan aku, oklah bile aku free nanti ku datang umah kau, bole la aku tgk adik ko tu, haha”

”o0o0, itu je la tujuan ko erk, tak baik tgk adik aku, dosa”

”ala, jeling sket2 je, haha, oklah, bye assalamualikum”

”ok bye, waalaikummussalam” Amar meletakkan gagang telefon lantas menuju

ke arah ibunya yang ralit melihat melihat barang-barang yang diborong

”banyaknya mama beli, takkan semua ni untuk mama” Amar memulakan bicara

Mama memandang ke arahnya sambil tersenyum ”papa dah bagtau mama semuanya” mama menukar topik, tidak menjawab pertanyaan dia

Amar hanya tunduk memandang lantai, diam seketika, ”dah tidak ada jodoh ma” jawabnya perlahan

”tidak mengapa, mana tau nanti Amar akan jumpa yang lagi baik, ha, budak-budak medic yang kita jumpa tu baik-baik, mama berkenan juga, alamat diorang pun mama ada ambil” mama terus cucuk jarum, ”no telepon dgn alamat diorang kat malaysia ni pun mama ada”

”isk mama ni kesitu pulak”

Mama ketawa kecil”tidak adala, main-main je, tapi kalau berkenan apa salahnnya, takpe, insya4JJI abang boleh dapat yang sekufu dengan abnag, insya4JJI, berdoa je, itu paling penting, jgn sedih-sedih, buang segala kesedihan tu, bunga bukan sekuntum”

”hurm” sama kata-kata papa dengan mama ”abang okla ma, ma tak perlu risau la” dia cuba meyakinkan mamanya

”hurmm, beg ni mama nak bagi kat sedara mara kita sebagai ole-ole, tak sangka jugak terjumpa budak-budak tu lagi kat tanggulangin tuh, memang suka bershopping diorang tuh”

Teringat kembali perstiwa di Tanggulangin, tak sangka terjumpa diorang, kelakar sungguh, lebih awal pula tu diorang datang .

”eh, makcik, jumpa lagi, kitorang tgh sok shopping ni”

”a ah, berjodoh rupanya, mak cik baru sampai ni”

”elokla tu makcik, barang-barang baru sampai ni, kedai ni tak boleh tawar mak cik tapi diorang bg diskaun, tapi kedai-kedai kecik yang lain bole, kalau ma cik nak kitorang bole tolong mintak murah, kitorang cuba, dapat krang sikit pon jadila asalkan cuba”
”betul jugak tu, terima kasihla anak-anak oi, mak cik bukan faham sangat diorang cakap apa”

”diorang ni mak cik kalau tahu kita orang luar, lagi diorang ketuk, kitorang jarang sangat cakap kitorang dari Malaysia, selalu cakap dari Malang, itu pun kadang diorang tak percaya, kadang kita dah rasa murah sangat dah, walhal kita bole dapat yang lagi murah”

”ye ker, tu la, mak cik tangok murah-murah dah barang kat ini, tapi kalau korang rasa bole dapat yang lagi murah, lagi bagus”

”ok makcik kitorang bole tolong nye, gerenti

Kecoh jugak suasana kat sana, kalau dah ikut perempuan bershopping, terpaksa pasrah menunggu, Amar dan papa duduk di suatu sudut membiarkan mereka memilih barang...

”g ha, aku rasa cam euforia ni, tak payah pakai kokain, p tanggulangin dah cukup” kata salah seorang dari mereka, khusyuk memilih beg

”haha, memang la, adrenalin aku memuncak-muncak ni, bertenaga gila, saraf simpatis aku berjalan dengan baik, haha, mata aku automstic midriasis xtau nak pilih beg mana, haha”g ha menyambung

Amar mengerutkan dahinya, tidak memahami butir bicara mereka...


”hurmm, kalau tak kerana diorang tolong tak pasal jugak kita kena tipu” kata-kata mama menyedarkan Amar dari lamunan

”tula mama, tgk jer harga kata murah, walhal bole dapat murah lagi”

”a ah tu la, kat malaysia mana nak dapat murah macam ni sayang oi, tu mama kata murah tu, buatan nye bagus, mmg kulit betul walaupun imitate, takpela, bole je pakai, tidak, membazir jer beli yang mahal-mahal”

TING TONG! TING TONG!

Bunyi loceng mengejutkan mereka, siapa pula yang datang ni, Amar menuju ke pintu,membuka pintu pagar untuk melihat siapa yang datang, La, Afham rupanya,dari jauh dia sudah nampak sahabatnya yang tersengih

”abang! Siapa yang datang tu?” laung mama

”Afham ma” balasnya pendek sambil keluar menyambut sahabatnya

Mama bingkas bangun untuk mengambil tudung

”assalamualikum, ” Afham mengujar salam

”waalaikummussalam, ai, cepat sampai?” Amar bertanya dalam nada perli

Afham hanya ketawa mendengar nya ”tak sabar nak tgk adik ko”

”adik aku? Silap time la brother, dia takde, kluar dengan kawan” balas Amar seraya membuka pintu tepi gatenya untuk Afham

”ye ker, kalau macam tu, aku balik la, bye”

”woi, apa nye kawan kau ni”

Afham berpatah balik, ”haha xderla, main-main je”

”jom ar masuk”

”jom, ko ader jumpa awek-awek cun tak kat indon tu?”

”ko ni pehal arr, tak bole ker tanya soalan lain selain perempuan kat aku?” tingkah Amar

”xdela, aku saje je tanya, emo plak ko, mesti ko ader jumpa tapi ko tamau bgtau aku, nk rebut sorg2” Afham serkap jarang

”pandaila kau!”


Glosari...

Adrenalin- neurotransmitter pd sistem saraf simpatis yg bekerja di ujung saraf, klu berlebihan adrenalin ni akan di uptake blk spy boleh dimetabolisme

Euforia@euphoria-kegembiraan dari dalam, klu org diberi kokain akan merasa bertenaga sebab kokain memblok reseptor untuk reuptake tu, so adrenalin akan sentiasa ada dan tidak di metabolisme, so org tu akan rasa bertenaga, x letih, klu tubuh tak mampu dah nk tahan keexcited an org tu, org tu bole mati tetiba...

p/s jgnla amik kokain

azz arhazza

sebuah pertemuan...3

”Amar Hakim!” mama memanggil apabila melihat dia sedang membaca surat khabar, dia memalingkan muka ke arah mamanya, ”kenapa ma?”

”erm, papa ajak pergi indonesia” pelan mama menjawab

”buat pe” dia mengerutkan dahinya

”saje la, holiday, pergi surabaya, katanya dia nak tgk masjid yang wali songo tu, teringin benar nampaknya, ” mama menjelaskan

”ermm, nape tak ma jer yg pergi denagn papa? Dua org, honeymoon” balas Amar, tersengih

”ish, budak ni, tak payahla, apa salahnya kita pergi satu family, mama dah tanya Afzan, dia setuju dah”

Rupanya mama dah tanya dah pada adiknya, Afzan, tinggal dia sahaja yang belum membuat keputusan, perlahan dia menyetujui cadangan mamanya, boleh juga restkan otak, cuti2 nie, membawa hati yang kecewa...

Mama tersenyum senang...

******

Surabaya! Bandar pelabuhan! Bandar kedua terbesar di indonesia, Panas! Itu sahaja yang terlintas d kepalanya tatkala memijakkan kakinya dibumi indonesia, ish, macamana la diorang boleh hidp dengan panas-panas macam ni, dia mengerutkan dahinya, isk tahanla Amar, kat padang mahsyar nnt lebih panas dari ni, dia segera istighfar dalam hati

Papa ramah sekali sembang dengan pak cik teksi, heuheu, macam mana la papa boleh faham cakap indon ni dia pun tak tahu, rancak je dengar diorang bersembang, baru dia tahu rupanya teksi kat sini dipanggil teksi juga, hanya ejaan jer beza, ’taksi’, dia tersenyum sendiri. Perjalanan ke hotel mengambil masa tiga puluh minit. Hotel Sahid namanya.

Dua jam lebih perjalanan begitu memenatkan, wal hal dia hanya duduk di dalam flight, geli hati mengingatkan keadaan didalam kapal terbang tadi, terlalu ramai orang indonesia bersama mereka sebentar tadi, biasalah, balik negara sendiri, pelbagai electric goods mereka bawa pulang ke indon, hampir setiap warga indonesia membawa pulang alat elektirk paling kurang satu, mungkin di malaysia lagi murah

Sedar tak sedar dia terlelap di atas katil, dia berkongsi bilik dengan papanya, manakala mama dengan adiknya Afzan, dua jam selepas tu baru dia bangun, itupun setelah papa membangunkannya


”nak pergi mana lepas ni pa?” Amar bertanya malas

”kita pergi makan dulu, kat sini nak makan kena hati2, kawan papa dah pesan, halal haram tak tahu, kita makan fast food jer, insya4JJI halal, jom cepat bangun, solat and siap” papanya menjelaskan sekaligus mengarah

Dia bangun malas dari pembaringannya, menung sekejap, sebelum membersihkan diri dan bersolat
********

”ma, adik!” dia memanggil sambil mengetuk pintu bilik hotel tersebut

Tidak lama kemudian adiknya keluar, ”lembap!” dia merungut pada adiknya

”eleh abang ni, tunggu sekejap pun x bole, x sabar langsung” Afzan jeling ke arahnya

Amar tersegih, matanya tertumpu kepada ibunya yang sedang mengunci pintu

”kita nak kemana ni ma?” Afzan pula soalan sama sepertinya tadi

”makan!”pendek Amar menjawab

”ala sebok abangni, adik tak tanya abang pun” balas Afzan sambil menjelirkan lidahnya

”ish, budak ni” gerutu Amar, sambil mengepalkan penumbuk ke adiknya yang hanya muda dua tahun darinya

”ish, korang ni, sudah! Bergaduh pulak, perkara kecik je pun,” marah mama, ”dah jom pergi, papa dah lama dah tunngu tu


Destinasi mereka adalah shopping complex, tidak tahu untuk mencari dinner dekat mana, lantas bagitahu jer kat pakcik teksi nak pergi mall, dibawanya mereka ke shopping complex tersebut.Pakuwon namanya, ternganga juga dia apabila melihat shopping komplex tu, cantik!, Besar!, ada cam mid-valley sikit2, tak sangka kat indon ada shopping complex sebesar ini, hehe, nama pun pelik, PAKUWON! Hehe, kata pak cik teksi tu, pakuwon tu nama orang, antara orang kaya kat indon ni, ntah-ntah shopping complex tu dia punya, isk pandai jer buat andaian sendiri!

”mama, adik blur ni, tak tau nak makan ape” Afzan merungut, memuncungkan mulutnya, mana taknya, tadi dia terjumpa pizza, jalan ke depan sikit ada KFC, sebelah kanan pulak ada A&W, depan A&W ada chinese food plak, semua makanan favourite dia.

Amar sendiri juga blur, kiri kanan restoran, belom lg dekat food court, punyala banyak, sket punya luas food court dia, cantik pula

”kita makan kfc jela, ”papa mencadangkan

”mak aih, ader nasi?” Amar menjegilkan matanya, terkejut dia melihat set menu KFC disertakan dengan nasi, pelik! Kelakar pun ada, kat malaysia tidak ada pulak macam ni

”adik nak apa?” dia bertanya pada adiknya setelah kebingungan sebentar, mereka ditugaskan untuk membeli makanan

”ntahla bang, beli je la pape, ada plak ada nasi, tapi bedal je la, adik lapar ni”

”ok”

Usai dinner, mereka merayau sekeliling shopping complex, kelakar melihat kelakuan salesgirl dengan salesman Giordano yang dok memanggil pengunjung supaya masuk ke kedai mereka, macam kat pasar malam je, ”mbak! Mbak! Mas! Mas! Hehe yang paling tak sangka tu, DVD cetak rompak pun diorang ader jual kat situ, tak sangka mereka boleh menjual secara open, murah plak tu, satu dvd harga lebih kurang rp8000 bersamaan rm 3,30, kalau beli banyak boleh kurang lagi sampai rp6500, tapi yang bagusnya, diorang ni ’pirate’kan yang luar nye filem jer, filem tempatan kena beli original, pandai sungguh

Setelah agak lama berlegar-legar, akhirnya mereka mengambil keptusan untuk pulang, mama membeli beberapa roti dan kek sebelum pulang di Bread Talk, yang berada di sebelah kiri dari pintu keluar, untuk bekalan breakfast katanya
****************

Amar merebahkan badannya atas katil ”penat!” itu jer yang mampu keluar dari mulutnya

Nasib baik dia sudah jamak tadi, xderla kena solat lagi, dia melihat jam tangannya, sudah pukul 9 malam, tapi keadaan seperti sudah pukul 11 malam, dia masih agak bingung dengan waktu-waktu di indonesia ni, mana taknya pukul 5.30 dah maghrib, dia sampai tadi dah malam, padahal iktu jam malaysia baru 6.30 petang, isyak plak pukul 6.40, hish, cepat betul, mujur papa pernah beberapa kali ke indonesia, jadi takdela mereka bingung sangat.


”papa tengok, kebelakangan ni abang muram je, kenapa?” rupanya selama ni papa melihat perubahan dirinya

”isk, mana ada pa” dia cuba berdalih

”jangan tipu papa, abang, papa saja jer nak bawa satu family ke sini, sebab papa tengok abang asyik muram je, tak sedap hati papa, papa nak anak papa happy, ada apa-apa yang berlaku ke”

”hmm...”

”apa salahnya cerita kat papa, papa ni lelaki jugak, ni macam masalah perempuan je” lembut papa bertanya,masih mahu menagih jawapan darinya

”anak papa ni ada suka kat sorang budak perempuan ni, tapi perempuan ni dah dipinang orang rupanya, esok dia nikah” laju ayat yang meluncur keluar dari bibirnya, meluahkan

Papanya menarik nafas, terkejut dengan pengakuan tulusnya barangkali, ”macamana abang tahu dia dah nak kawin” papa bertanya lagi

”dah, dia bagi surat kat abang, kat umah sewa abang, dia jemput ke majlis dia esok, tapi abang tak sanggup la datang, ingat nak pinang dia lepas abang habis belajar nanti, rupanya tak sempat, dah dimiliki rupanya” lebar dia menerangkan, sedikit sebak di hujung kata-katanya

Papa mengangguk-angguk tanda memahami, ”takpela Amar Hakim oii, mungkin abang boleh jumpa someone yang lebih baik dari dia” lembut papa memujuk

”insya4JJI” jawabnya pendek

”kita ni, dalam soal jodoh, jangan lupa mintak kat 4JJI, minta supaya dijodohkan dengan jodoh yang benar dengan kita, nak cari yang baik, kita kena baik juga, tapi jangan nak yang sempurna, sebab kita ni tak sesempurna mana” papa menasihati

Dia cuma menjadi pendengar

”berdoa itu penting, insya4JJI, doa itu pun satu usaha, mungkin memang dia bukan jodoh abang, abang kena terima, takpe, bunga bukan sekuntum” papa cuba berkias

Dia hanya mampu tersenyum, betul juga kata – kata papanya, mungkin dia ditakdirkan bukan dengan gadis itu tetapi gadis lain yang dia sendiri tidak tahu siapa
**************
Pagi esoknya, setelah sarapan mereka ke pusat bandar surabaya, jalan macet seperti kuala lumpur, hon-hon kedengaran, setiap kereta seperti berlumba-lumba untuk mendahului, hari sabtu macetnya luar biasa sekali, maklumlah libur, pasrah jela, siapa suruh datang masa cuti, hehe, tidak lama kemudian mereka tiba di destinasi Masjid Sunam Apel, salah satu masjid punyanya wali songo,wali yang popular dirantau Asia Tenggara sejak sekian lama dahulu, orang semakin ramai, selain masjid, terdapat juga bazar-bazar yang menjual pelbagai barangan, dari ayat Quran, peralatan ibadah sampai ke makanan seperti kurma, kacang dan sebagainya

Sebelum mereka melawat bazar tersebut, mereka terlebih dahulu menuju ke masjid, agak luas keluasannya, orang semakin ramai, tourist guide aka pakcik teksi membawa mereka ke sana, nasib baik ada yang membantu,kalau tak, mau terkial-kial

Sudah menjadi kebiasaan disini, pelawat seringnya akan menyedekahkan yasin kepada umat islam yang meninggal disini,dimakamkan disini, ada juga orang-orang besar yang dimakamkan disini, sebelum sampai di makam tersebut, terdapat tiga buah tempayan besar, ’tourost guide’ tu kata elok minum air dalam tu, sebabnya tak diketahui, amar yag sedikit blur pum minum je, kebetulan tekaknya sangat dahaga minta diisi, lega juga walaupun was-was dengan kebersihannya, mana taknya,setiap tempayan disediakan hanya sebuah cawan, maknanya disini, setiap pengunjung yang datang menggunakan cawan yang sama, entah basuh entahkan tidak, Amar hanya menjungkit bahu

Mereka tiba di kawasan permakaman untuk membaca yasin, tempat lelaki dan perempuan diasingkan, jadi Amar mengikut papa manakala Afzan mengikut mama.

Setelah selesai, mereka meneruskan derap kaki ke kawasan bazar, melihat barang-barang yang boleh dibeli untuk dibuat ole-ole.

Papa leka memerhatikan kopiah yang dijual, cantik dan halus buatannya, harganya pula agak murah, papa langsung membeli beberapa untuk kawan-kawannya, pandai juga papa dalam tawar menawar, walaupun kadang tuh sikit jer peniaga menurunkan harga, puas hati jugala dari tak turun langsung, paling tidak dah berusaha, kalau nak murah sangat kenala orang tempatan yang belikan

”abang tak nak ke baju melayu dengan kopiah, belila buat kenangan pernah datang sini” saran papa

Amar hanya mengangguk, leka juga dia dalam memilih baju melayu, tapi rasanya kat indon ni tak panggil baju melayu tuh baju melayu, tak takla mereka panggil apa, ’baju melayu’ mereka lain dari malaysia, mereka butang didepan seperti kemeja tapi ada pula sulam-sulama pelbagai corak, ada yang simple ada juga tak kurang hebat coraknya, glamour juga, then terdapat juga dua poket kat bawah seperti baju melayu, cantik! Unik!

”belila untuk kawan-kawan serumah juga”tambah papa

Amar mengangguk langsung memilih baju melayu dengan kopiah untul Afham, ikram dan Farhan, dahla kunjungan dia ke Indon tak siapa yang tahu termasuk Afham yang sangat baik dengan dia, terpaksa dia mengambil hati mereka dengan membeli ole-ole

Mama dan Afzan pula sibuk membeli telekung, sama seperti papa, mama juga tawar menawar,cantik design telekung kat Indon ni, mereka tak panggil telekung tetapi rukuh atau mukena. Ada dua jenis satu terusan yaitu bersambung dari atas sampai bawah yang satu lagi seperti malysia,dua, satu atasan dan satu lagi bawahan, banyak juga mama memborong

Amar sempat membeli ’kacang cerdik’ disebelah kedai mamanya berada, mahal juga, hehe, kat malaysia juga harganya mahal macam ni juga, biasalah, enak rasanya enak juga la bayar nya

Selesai memborong mereka singgah di gerai yang ada disitu, penat dan lapar, perut sudah berkeroncong dari tadi, jam menunjukkan tepat jam 12, lama sungguh mereka di situ sejak pagi, zohor sudah masuk pukul 11.30 pagi, tapi mereka panggil 11.30 siang

”payah juga nak menawar, kalau mintak kuranglagi, mula la diorng cakap barokah! Barokah!, berkat! Maksudnya sampai harga segitu je mereka boleh bagi, berkat nanti”
Mama merungut

Amar hanya tersenyum

”awak komplen mahal, tp banyak jer beli” perli papa

”eh abang ni, perli saya pula”

Amar denagn Afzan hanya tersenyum melihat telatah ibu bapa mereka


”lepas ni kita nak kemana pulak, pa, ma?” laju Afzan bertanya

Amar yang disebelahnya hanya berdiam diri, melayan perasaan

”ermmm, hari ni sudahla tu, karang kita pergi mall jap, makan-makan then esok kita pergi malang, malang tu nama tempat dua jam dari sini, tempat tuh agak sejuk, mmg kawasan pelancongan, tapi lebih terkenal sebagai kota pendidikan, sbb banyak university kat sana, dengar cerita malaysian students ada kat sana, buat medic” papa menjelaskan

”owh ye ker, adik tak tahu pulak, tp kat surabaya ni xde ke malaysian students?” tanyanya lagi

”ada, tapi tempat tuh agak jauh dari hotel kita ni, ada yg ambil medic, ada yang ambil agama”terang papa lagi

Amar hanya menjadi pendengar setia, tidak berminat untuk menyampuk perbualan Afzan dengan papa

****

Esoknya mereka meneruskan perjalanan ke Malang, sangkanya memang dua jam sudah sampai, ternyata tanggapan silap, mereka manegambil masa hampir empat jam, ini semua disebabkan oleh banjir lumpur yang melanda, lumpur yang bercampur bahan kimia, banjir ni pernah masuk Utusan tak berapa lama dahulu, ingatkan dah surut, tetapi rupanya tidak, pakcik teksi tu memberitahu mereka tidak mempunyai pakar untuk membersihkan banjir tersebut, mereka perlu menunggu pakar dari US untuk membantu, jenuh jugala mereka terpaksa menunggu, cerita pakcik teksi tu lagi, anak2 di kawasan sekitar hampir semuanya terkena infeksi saluran pernafasan, kesian. Agak teruk jugala kawasan tersebut, yang nampak di situ adalah bumbung rumah sahaja,yg lain habis dtenggelami oleh lumpuar, mereka terpaksa membina benteng setinggi mungkin supaya lumpuar tidak mengalir ke jalan, jalan yang boleh dibuka hanyalah satu sahaja, itu kenapa boleh macet untuk ke Malang.


Sampai juga akhirnya ke Malang, fuh~ penat, heuheu, benar juga, Malang lebih sejuk, berbanding surabaya yang amat panas, kami menyewa di salah sebuah hotel di sini, Hotel Reagen, bagus sikit berbanding Hotel Sahid kat Surabaya tu, hurmm, harga pun lebih mahal, pandai pak cik teksi tu bawa ke tempat lebih mahal, nak kayakan orang sendiri la tu, rungut Amar sendirian

”abang, tolong bawa barang ni”

Permintaan dari mamanya mengejutkannya dari lamunan, mereka mengangkat barang dari teksi dan segera ke atas menuju ke bilik.


Malam tu mereka sekali lagi tercari-cari tempat untuk dinner, mereka tak nampak sangat mall macam di surabaya, surabaya banyak sangat mall, mereka hanya sempat pergi dua sahaja.

”ma, pa tu pizza” tiba-tiba Afzan menjerit

Papa segera memberitahu pemandu teksi supaya membawa mereka ke sana. Pak cik tu memberitahu, nama jalan tu adalah jalan Bromo, diambil sempena nama Gunung Berapi Bromo yang terdapat di Malang, kawasan pelancongat tu, Pak cik tu memberitahu lagi, kalu meeka teringin untuk ke sana dia boleh tolong bawakan, tetapi bukan dengan teksi nya tetapi dengan travel khas, memang untuk ke bromo, dia bolehtolong carikan untuk kami. Afzan beria-ia mengajak papa dan mama untuk kesana, Amar hanya mengikut, best juga kalau ke sana, mana pernah dia tengok gunung berapi dari dekat. Tambah pak cik teksi tu lagi, gunung berapi itu masih aktif, paling kurang setahun sekali mesti meletup, tapi kat sana memang dah tersedia hotel untuk didiami, tapi pengunjung selalunya akan pergi waktu malam, supaya sampai di sana hampir pagi untuk melihat sunrise dan seterunya pergi ke tempat Gunung Berapi Bromo itu dengan lebih dekat, di sana ada sebuah kuil hindu masyarakat Bali yang agak lumayan besar, tapi selain dari orang Bali tidak dibenarkan masuk, pelawat hanya boleh tengok dari luar sahaja. Papa dan mama akhirnyasetuju setelah puas Afzan memujuk. Tersenyum Amar melihat perangai adik tunggalnya itu, dia memang manja dari dulu, maklumlah mereka dua beradik sahaja.

Di pizza mereka memesan makanan, menu yang dihidangkan agak berbeza dari Pizza di Malaysia, Hawaian Chicken pun beza, tapi mereka memesan juga yang itu dan beberapa menu lain, mereka mngambil kawasan yang agak tersorok. Pelik! Tempat air-cond pun bole merokok, ish.

Semasa mereka menuju ke tamoat makan sebentar tadi Amar perasan yang mereka sedang diperhati oleh sekumpulan budak perempuan, yang duduk tidak jauh dari tempat mereka. Sekejap-sekejap mereka akan menoleh kearah Amar sekeluarga

Amar terdengar mereka berbual sesama sendiri

”g ha, ko la p, ko kan baksos”

’Pelik! Cakap utagha plak, orang melayu Malaysia ke? ’ Amar berkata sendiri

”ish, takmo la, malu la aku, nanti kalau diorang tu cam family Mail cam ne?” mungkin yang balas balik tu G ha kot, sebab nama yang Amar dengar sebentar tadi adalah nama tu

”tak!, aku rasa diorang ni baik, senyum jer makcik tu tadi kat kita, baikla, betul, instinct aku kata macam tu” yang lain plak bersuara

Yang Amar kelakar nya bole plak yang lain tu serentak mengangguk, dia tersenyum sendiri

Tiba-tiba dia terdengar lagi

”awat mamat tu tetiba tersenyum, dia dengar ker kita sembang?” suara yang pertama tadi brbunyi

”hurm,ye la kot, ala wat bodo je,wat tak tahu, eh g ha ko pegila”

:”ish gabra la aku”

”la nak gabra apenye, bukan mak mertua hang pon”

Ekkekeke, ketawa lepas antara mereka, Amar hanya tersenyum, budak perempuan kalau bersembang

Makanan akhirnya sampai, masing-masing senyap mengadap rezeki

”biarlah diorang makan dulu karang tersedak plak” gha tetiba bersuara

Sebaik sahaja family Amar selesai mengadap rezeki, tiba-tiba seorang budak perempuan datang ke arah mereka, mungkin dia ni kot yang namanya G ha, fikir Amar sendiri

”assalamualikum, makcik, mak cik ni orang Malaysia ke?” budak perempuan tu bertanya pada mama

”a ah, nak, anak ni orang Malaysia jugak ye, mak cik terdengar tadi macam ada sayup-sayupje terdengar orang cakap melayu” ramah mama menjawab

”saya nazihah” budak tu memperkenalkan diri sambil bersalaman dengan mama dan Afzan

Serentak kawan-kawan dia yang seramai enam orang lagi bangun menuju ke meja Amar, bersalaman juga dengan mama dan Afzan, mereka tunduk hormat pada papa dan Amar

”kami student malaysia kat sini, makcik, pakcik” nazihah ramah memberitahu

”owh yeker, ni mesti budak medic semua ni erk”papa meneka

Mereka tersenyum dan mengangguk, ”tahu pula pakcik” budak lain menyampuk

”a ah, kawan pakcik bagitahu, kat Malang ni ada malaysian students, tp tak ramai sangat compared to malaysian students kat yodga” papa menambah

”a ah, pakcik, kat Mlang ni tak berapa terkenal, baru tahun ni ramai sikit yang datang, sebab international corse baru buka, kitorang ni kelas regular, bahasa indon”

”owh yeke, camana belajar kat sini, best? ” mama pula bertanya

”bolela” mereka menjawab serentak

Ketawa lepas antara mereka kerana tidak menyangka jawapan yang sama diberikan

”mak cik dah melawat apa je kat malang ni?” nazihah bertanya lagi

”belum lagi, kami baru sampai, baru je plan nak pergi bromo, tapi mungkin esok malam baru kami pergi, hari ni, tak tau lagi, baru sampai dari surabaya ni pukul 12 tadi”

”owh ye ker, tapi kat sini tak sebest surabaya mak cik, sana mall besar-besar, kat sini mall besar satu jer tapi xderla besar sangat, MATOS namanya kependekan dari Malang Town Square” terang nazihah lagi, ”tapi kalau mak cik nak melawat tempat pelancomgan mak cik boleh pergi Batu, kat situ ada ladng epal, strawberry, makcik satu family bole petik kalau ada yang berbuah, sekarang tgh musim kot”

”ye ker, macamana nak pergi sana ye? ” mama bertanya

”mak cik datang ada dengan tourist guide tak?” satu suara lain tanya

”a ah”

”ermm, mak cik cakap jer kat pakcik tu, dia mesti tau nya nanti dia bawala”

Amar dengan papa mengangguk, tanda paham

”pastu ada lagi makcik, taman safari, best gak, kitorang pernah pergi, lepas tu ada JATIM PARK, bole la, pastu ada lagi air terjun Coban Rondo, best lain dari air terjun kat malaysia makcik, tapi kena bawa sweater la kalau tak tahan sejuk” ramah budak-budak perempuan ni menerangkan, mama ni macam berminat je, Amar tersenyum geli hati melihat mamanya yang seakan berminat

”lagi satu makcik, kalau makcik suka shopping, yang ni best makcik, on the way to surabaya ada satu tempat ni namanya Taggulangin, tempat barang kulit, cantik makcik, rambang mata nak pilih, kulit betul, Gucci, Guess, Tods, Louise Vuitton, semua ader tapi imitate la, ala orang bukan tahu kita beli imitate, murah, mana nak dapat jenama macam ni 30 hingga 40 ringgit” excited sorang budak perempuan ni bagtahu

”eh iye” mama macam terkejut

”betul makcik, ntah-ntah handbag LV cam hantaran Siti Nurhaliza tu pun ada” yang pulak menyampuk

Pulak dah, Siti pun masuk , budak budak ni, ketawa mereka lepas, Amar pun turut ketawa geli hati

”a ah, nanti tunjuk la kat Siti eh beg sama dengan hantaran kawin dia”papa pulak menyampuk

Hahaha, sempat kutuk siti,ini mesti kes tak suka Siti ni

Mereka berbual panjang, budak-budak tu memberitahu mereka excited kalau terjumpa rakyat malaysia, baru abis mid-sem nye exam, tu enjoy sakan tu

****************
Batu! Kawasan wisata@pelancongan, sejuk! Ish, budak-budak perempuan ni, bgtau Coban Rondo je sejuk, tak pula bagitau sini pun sejuk

”mama, sejuk” Afzan merengek, manja

”a ah, sejuk juga, bole tahan kot, budak-budak tu lupa kot nak bagitau tempat ni sejuk, diorang dah terbiasa, kita yang baru sampai kat kota dia tadi pun rasa sejuk dah, ini lagi tempat tinggi

”a ah, ma, abang tengok diorang lepak jer dressing tadi, tak rasa cam sejuk je” amar menambah

”alah bisa tegal biasa”papa berperibahasa

Untungnye mereka datang tengah berbuah, mereka merayahu disekitar ladang epal, dominan warna hijau, Epal Batu ipanggilnya, lain sikit dari epal yang selalu Amar nampak tu, warnanya hijau kemerahan dan kecil-kecil, comel, sempat mereka bergambar di antara pokok – pokok epal, untuk memetik buah ada satu kawasan khas, tak bole ambil sebarangan, setiap orang dihadkan maksima dua buah sahaja yang boleh dipetik, selain itu mereka juga dibekalkan dengan air epal, enak juga, selain buah yang dijual, mereka juga menjual air epal, kerepek epal, dan banya lagi lah

Selain ladang epal terdapat juga aneka pokok-pokok lain yang terjual, kaktus, bonsai. Orkid dan ada juga pokok yang tak pernah dilihatnya

Di antara lorong-lorong di ladang epal tu, terdapat juga sangkar-sangkar haiwan mereka pamerkan, antaranya ayam, itik, monyet, burung-burung, lucu juga melihat gaya mereka mempamerkan aksi di depan para wisatawan, @ para pelancong

Tidak lama setelah itu mereka ke kebun strawberry,untungnya juga mereka boleh memetik buah, ladang nya kecil berbanding epal, selain strawberry mereka juga menanam bunga kobis, broccolli, dan paprika, harga lebih murah disini berbanding malaysia,maklumlah senang berbuah di Malang ni, sejuk

Satu hari mereka lalui dengan melawat ke tempat –tempat menarik, esoknya pulamereka merayau di sekitar kota malang, namanya alun-alun, ramai sangat orang, pening kepala di buatnya, setelah itu ke coban rondo, jatim park dan Taman Safari, malam nya oula singgah di shopping complex yang tak macam shopping complex sangat, betul la kata-kata budak –budak perempuan tu, tak bagus mana, tapi lebih bagus dari mall yang lain, hehe, mereka singgah makan di kfc. Disebelah kfc tu ada Bread Story,nampak sedap tapi mereka telah diwarning oleh budak perempuan tu jangan beli, tak halal kata mereka, ada daging babi, Nauzubillah! Nasib baik mereka telah berjumpa dengan budak-budak tu, kalau tak mungkin diorang sudah terbeli, mama telah menanyakan pada diorang roti Bread Talk yang mama beli kat Surabaya tu, halal ke tidak, Alhamdullillah, halal kata mereka

”assalamualikum, makcik,ketemu lagi, eh berjumpa lagi” tegur nazihah, terjumpa lagi dengan mereka, juga tengah merayau-rayau.

”eh, malam-malam ni, xpeke jalan-jalan?” mama bertanya risau sekali nadanya

”ala tidak mengapa mak cik, rumah sewa kitorang lorong sebelah je dari MATOS ni, ” ramah seorang budak perempuan ni bagitau, setahu dia, budak perempuan ni la yang paling senyap di antara mereka semalam, hari ni ramah pula, serasa macam pernah lihat dia, dimana Amar sendiri lupa

”owh, ye ker!” papa dan mama menjawab serentak

”a ah, makcik, jemputlah ke rumah, tapi lelaki tak bole masuk, memang peraturan kat sini macam tu”tambah nazihah lagi

”o0o0, bagus jugak peraturan macam tu, terpelihara”mama menjawab

Mereka berbual dan menunjukkan mereka tempat –tempat yang menarik kalau nak beli barang, Amar mengakui murah-murah barang kat sini berbanding surabaya, mama memberitahu pukul 11 malam nanti diorang akan ke Bromo, mereka memberi beberapa tips, kepada Amar, memberitahu apa yang menarik di sana, memberitahu harga-harga yang patut ditawarkan supaya amar sekeluarga tidak tertipu, kalau pelancong seringnya ditipu untuk mengaut untung,kalau dah rasa kena tipu tu anggap je la sedekah
*********



azz arhazza

sebuah pertemuan...2

Perbualan tamat di situ, masing-masing senyap melayan perasaan, selesai makan mereka duduk diruang tamu sambil menunggu masuknya waktu zohor, Amar duduk menghadap televisyen yang menyiarkan slot drama, mata sahaja yang memandang ke tv tetapi fikirannya merayau ke lain, mengingat semula perkara-perkara lepas, kenangan sewaktu di alam persekolahan, tersenyum sendiri
”allah hu akbar! Allah hu akbar!...” laungan azam lantang kedengaran
Amar tersentak dari lamunan ”astaghfirullah!” jauh benar dia mengelamun, dia beristighfar beberapa kali, cuba membuang perkara-perkara yang menganggu fikiran, dia lantas bangun untuk berwuduk dan mengekor langkah teman-temannya menuju ke masjid berhampiran, untung juga menyewa disitu kerana segalanya dekat, masjid, kedai-kedai dan berjalan menuju ke kampus juga tidak memakan masa yang panjang
Hari-hari seterusnya amar lalui seperti biasa, dua minggu sahaja lagi cuti bakal menjelma, kehidupan hariannya disibukkan dengan melaku kan study group, berjumpa lecturer dan sebagainya, hampir dia terlupa mengenai surat tersebut, ’maaf, Aisyah, aku masih tidak mampu untuk menghadirkan diri ke pernikahanmu, aku harap dirimu bahagia disamping lelaki pilihanmu, aku sentiasa doakan kebahagian kalian, insya4JJI, ’ amar berkata di dalam hati, tidak sanggup dia melihat gadis idamannya dimiliki oleh orang lain, ’Ah,mungkin lelaki tersebut lebih berhak berbanding diriku, tidak mengapalah’ berkata hatinya lagi, menyedapkan hati.
”hoi! Berangan!” Afham mengejutkannya dari lamunan, dia mengurut dada, terkejut
”apela kau ni, bagila salam kalau nak menegur”marah Amar
”haa, nampak sangat hang berangan, aku dah bagi salam dah, tiga kali siap” ujar Afham sambil menunjukkan jarinya, ”kau tak jawab-jawab, aku jerkahla, nasib baik dengar, ko teringatkan siapa ha? Dah berhari aku tengok hang lagu ni? Kenapa?”tanya Afham tidak puas hati
”ish, tidak ada apalah, perasaan kau je” dalih Amar
”haa, itulah kau, setiap kali aku tanya itu jawapan kau, menyampah aku!” bentak Afham
”kalau macam tu, lain kali toksah tanya” balas Amar balik, tersengih
Afham menjengilkan matanya, ”o0o, macam ni kawan, kata macam tu pulak”
“tidak adalah, aku main-main ja, aku ok, tak usah risau”
“alah, kau jangan la nak tipu aku, bukan sehari dua aku kenal kau, cerita la cepat!” desak Afham lagi
“ish, nantilah aku cerita, malas la nak fikir, nanti aku dah sedia aku cerita kat hang” jawab Amar, sambil berdoa moga Afham tidak memanjangkan cerita
“ok, kalau kau dah kata macam tu, tapi jangan mungkir janji” Afham mengugut
„insya4JJI, aku tak lupa“ Amar menarik nafas lega. ”apa plan kau hari ini?” amar menukar topik bicara
„ermm,ntah, tidak tahu, kau ada apa-apa plan ke? „tanya Afham
„tidak ada“ amar menjawab lemah, sebetulnya dia amat letih hari ini lantaran berbagai tugasan perlu dibuat, dari assignment sampai ke tugasan persatuan semua perlu dia sudahkan dengan segera memandangkan peperiksaan akhir makin menunjukkan wajah
„Amar! Ke tepi!“ Afham tiba-tiba menjerit
Amar mengangkatkan mukanya, terpinga-pinga, namun matanya sempat menangkap sebuah kereta meluncur laju kearahnya, terdengar bunyi seretan tayar yang kuat, kereta tersebut sempat berhenti namun tetap mengenainya sedikit, Amar terjatuh ke belakang, bingung dengan apa yang berlaku
Amar ternampak Afham berlari ke arahnya ”kau ok ker Amar?” tanya Afham pantas, penuh bimbang
Kelihatan seorang gadis keluar dari kereta Wira tersebut, menuju ke arahnya, wajah gadis tersebut jelas cemas dan rasa bersalah
”assalamualikum, err..awak, maaf!, saya tak nampak awak tadi, maaf ya” tergagap- gagap gadis itu bersuara
”ermm tidak mengapala, memang saya yang salah, saya agak ke tengah tadi, mujur awak sempat juga break, kalau tak, tak tahulah apa yang terjadi” jelas Amar lambat, dia yang masih agak kebingungan cuba untuk tersenyum, memang salah dia tadi
”maaf, awak cedera tak?, kalau cedera saya boleh tolong hantarkan awak ke klinik” gadis tersebut mempelawa
”tidak usahlah, tak mengapa, dah ok dah ni, tak sakit pun, ” Amar cuba yakinkan gadis tersebut
”betul ke?”
”betul,tak usahla awak risau”
” kalau begitu saya tolong hantarkan awak baliklah” pelawa gadis tu lagi
”eh, tidak mengapalah tak perlu lah awak risau, saya ok, lagipun kawan saya ni ada, boleh tolong saya” tolak amar lembut sambil memandang kepada Afham
”arr,.. a ah, tidak apa-apa, saya ada, insya4JJI saya boleh tolong dia” balas Afham tergagap-gagap, mencari idea untuk berkata-kata
”kalau begitu, tidak mengapalah, saya pergi dulu, saya mohon maaf sekali lagi ya, saya betul-betul minta maaf” ujar gadis tersebut lagi, terlihat perasaan bersalah menyelubungi diri
Amar hanya mengangguk seraya matanya menghantar gadis tersebut pergi
”huh, nasib baik kau Amar, tak jadi apa-apa,cemas aku tadi” kata Afham sambil mengelap dahinya yang dibasahi peluh dengan sapu tangan
”ermm, ye lah, nasib baik tak teruk, aku pun terkejut tadi, tapi memang salah aku”
”betul jugak, tak perasan aku tadi kau dah agak ke tengah, ermm cantik jugak budak perempuan tu tadikan?” Afham tersengih tidak menyangka ayat itu terkeluar dari mulutnya
”ish, kau ni sempat jugak tengok, patutlah diam jer tadi, rupanya tengah perhati benda lain, tp aku rasa aku macam pernah tengok budak perempuan tu, tapi aku lupa kat mana”
”hehe, takdelah, tetiba terkeluar, hehe, a ah, aku pun rasa cam pernah tengok, ermm haaa! Baru aku teringat?” Afham tiba-tiba terjerit sambil memetik jarinya
”ha siapa?” Amar bertanya pantas
”ala, budak ni...budak yang aku bgtau kau dulu, yang dah berubah tu, yang dah pakai tudung sampai bawah tu” jelas Afham
”o0o, a ah, betulla, budak tu” Amar menyetujui
“erm, tapi aku tak taula nama budak tuh, ko tau tak”
Amar jungkit bahu tanda tidak tahu
”ala, apsal kau tak tanya tadi?” balas Afham
”eh, kau ni, kenapa plak aku kena tanya nama dia,?” Amar bertanya hairan
Afham sekadar tersengih, ” tidak ada apa-apa, saje jer” balas Afham, mereka mengatur langkah menuju ke rumah sewa yang sudah tidak sampai 500 meter jaraknya..


azz arhazza

sebuah pertemuan...1

Amar berjalan perlahan-lahan menuju ke café, kakinya masih terasa sakitnya lantaran bermain bola semalam. Kakinya sempat juga cedera akibat berlanggar dengan pihak lawan. Hebat juga budak-budak medic ni main bola, terlihat sahaja skema tetapi bakat bersukan tetap ada. Melihat keadaannya yang berjalan terhenjut-henjut itu menarik perhatian beberapa siswi, ada yang menoleh sebentar ke arahnya, ada yang tersenyum, mungkin melihat keadaan dirinya yang agak lucu berjalan. Dia berhenti ke satu meja yang agak ke tepi. Dia menjulurkan kakinya perlahan-lahan, meredakan sakit fikirnya setelah agak lama dia mengambil masa menapak ke cafe. Dari jauh dia terlihat kelibat sahabatnya, Afham. Dia menggamit sahabatnya itu.
“Assalamualikum, sahabat” Afham mengujar salam seraya bersalam dengannya
“waalaikummussalam” balasnya pendek
“aii, macam teruk je kesakitan yang kau alami, sakit sangatke?” pantas Afham bertanya apabila melihat dia mengurut-urut kakinya
“xderla, ok dah ni, sikit je, lenguh masih terasa jugakla” balas Amar
”ok, kau dah makan ker? Kalau belum biarlah aku belikan, kau duduk jelah kat sini“ Afham pantas menghulurkan bantuan
Amar hanya mampu mengangguk, “terima kasih“ balasnya lagi, niatnya tidak mahu menyusahkan sahabat, tetapi memandangkan diri yang agak susah untuk bergerak dia menerima sahaja pelawaan dari sahabatnya itu. Sambil menunggu Afham selesai membeli matanya terpandang kepada sekelompok muslimah yang duduk tidak jauh dari mejanya. Salah seorang dari mereka dia kenal. Itupun semasa mereka sama-sama menguruskan majlis ceramah sempena Minggu Penghayatan Islam. Nurul Iman, bekerja bersama gadis itu meyenangkan dirinya, dia tidak menghadapi sebarang masalah semasa berurusan dengan gadis tersebut. Segala yang diuruskan berjalan lancar, majlis tersebut berakhir denagn jayanya ditambah dengan jumlah kehadiran para tetamu yang amat menggalakkan. Dia tersenyum sendiri
“hoi! Awat hang senyum sorang2 tuh?“ sergahan Afham menyedarkan lamunannya
”Err, xde papelah, saja je nak senyum” Amar berdalih
”eleh, nak tipu aku, aku nampak hang tengah tengok sapa, awat berkenan ka?” laju Afham bertanya
”ish, ko ni, kesitu plak, mana ada papela” dalihnya lagi
”yelah, yelah, takde pape, tapi kalau kau berkenan apa salahnya, cantik budaknya, ha ha” Afham menambah ”eh! Aku ada dengar cerita,ada sorg budak pompuan syok kat kau, hahah, tau tak? ”
”ish, kau ni, mengarutlah, mana ada” bidas Amar pantas
”mana ada apanya, aku dengar cerita ni dari sumber yang boleh dipercayai, xpercaya sudah la haha...” Afham melambakkan tawanya
Amar mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja, daripada dilayan usikan sahabatnya, baik dia diam jer, dia meneruskan makannya yang masih berbaki separuh.
”amar!” Afham yang sedang berjalan di sebelah tiba-tiba memanggilnya
”ha, nape? Kau macam terkejut jer?”
”xde, cuba kau tengok budak perempuan tuh” Afham menjawab seraya menunjukkan arah ke seorang gadis yang sedang tekun mengulangkaji pelajaran di bawah pokok
”aa, nampak, tapi kenapa dengan budak perempuan tu?” Amar bertanya lagi, riak hairan tergambar di wajahnya
”la, kau tak perasan ker, budak tuh dah berubah la, tengok, dia dah pakai baju kurung” Afham menerangkan
”la, nape? Selama ni dia tak pakai baju ker?” amar bertanya, bodoh sekali pertanyaan dia
“ish, kau ni kesitu plak, xderla,selama ni aku tengok budak tuh lincah bukan main, mana nak pakai baju kurung ni, asyik2 dengan jeans lusuh dia tu, tudung pakai, tapi singkat jer semua, tapi hari ni tak pulak, sopan je, tudung pun sampai bawah, nak kata hari ni hari jumaat tak pulak, selalunya orang sopan ni hari jumaat je” panjang lebar penerangan Afham. Sempat dia ketawa semasa menghabiskan ayatnya
Amar tersenyum dengan jawapan Afham, dia menoleh sebentar ke arah gadis yang dimaksudkan Afham, benar!, sopan sekali penampilannya hari ini, dia pernah juga berpapasan beberapa kali dengan gadis tersebut, seingat dia juga, belum pernah dia melihat gadis itu berbaju kurung, dalam diam, dia mengakui kata-kata Afham sebentar tadi
”alhamdulillah la dia dah berubah, moga dia ikhlas dengan perubahan yang dia lakukan, istiamh juga, jangan ’hangat-hangat tahi ayam’ je” amar menambah
”ye, moga-moga dia istiqamah, insya4JJI,” Afham membalas seraya mengangguk-angukkan mukanya. Mungkin bersetuju dengan kata-katanya sebentar tadi
”ermm, tukar topikla, macam mana program malam ni? Jadi x?” amar bertanya mengingat malam ini akan ada kuliah maghrib, malam ini agak istimewa kerana mereka menjemput penceramah dari luar, tidak seperti selalu, kuliah maghrib diberikan oleh sahabat-sahabat sepengajian.
”a ah, insya4JJI jadi, Ustaz fadhil dah memberi kata persetujuan dah, muslimat juga aku dah beritahu melalui Nurul Iman, aku dah mintak tolong dia sebarkan kepada muslimat yang lain” jelas Afham lagi
”oklah kalau macam tu, aku harap sangat program hari ni mendapat reaksi yang baik dari kawan-kawan kita” Amar menambah.
Mereka meneruskan langkah keluar dari kampus menuju ke rumah sewa, kedudukan rumah sewa mereka terletak tidak jauh dari kampus, kalau berjalan hanya mengambil masa 10 menit. Sebaik sampai di rumah sewa, mata Amar pantas menyorot ke arah peti surat. Kelihatan beberapa pucuk surat diterima. Amar pantas meneliti kalau-kalau ada surat untuk dirinya. Ha! Ada satu untuknya, yang lain hanyalah bil-bil yang perlu dijelaskan memandangkan sekarang ini sudah hujung bulan, mulalah bil-bil diterima untuk menagih bayaran.
Amar pantas membuka surat tersebut sebaik sahaja sampai di kamarnya. Tidak pernah lagi dia menerima sepucuk surat sebelum ini. Kehadiran surat tersebut mengundang rasa resah pada dirinya, hatinya terasa ingin benar mengetahui siapa pengirim surat itu, isi surat tersebut dibacanya dengan penuh teliti...

Amar pantas membuka surat tersebut sebaik sahaja sampai di kamarnya. Tidak pernah lagi dia menerima sepucuk surat sebelum ini. Kehadiran surat tersebut mengundang rasa resah pada dirinya, hatinya terasa ingin benar mengetahui siapa pengirim surat itu, isi surat tersebut dibacanya dengan penuh teliti...terselit bersama surat tersebut adalah kad undangan perkahwinan, di bacanya pantas kad itu dahulu sebelum membaca surat, terkejut melihat nama yang tertera di ad perkahwinan tersebut.

assalamualikum sahabatku Amar,
maaf sekiranya kehadiran surat ini menganggu, apa khabar sahabatku? saya yakin sebelum surat ini dibaca sahabatku ini sudah membaca dahulu kad yg terselit bersamanya, tujuan warkah ini ditulis adalah sekadar untuk bertanyakan khabarmu, sudah agak lama kita terputus hubungan, saya mendapatkan alamatmu dari sahabat kita juga, jangan lupa datang di majlis pernikahan ku, saya ingin memohon maaf sekiranya sepanjang persahabatan kita ada terjadi perselisihan yang mengguris perasaaan mu, semoga ikatan ukhwah berkekalan, insya4JJI
assalamualikum
sahabatmu,
Rabiatul 'Aisyah


Amar meipat kembali surat tersebut, dia menarik nafas, kecewa jelas tergambar di wajahnya, masakan tidak, gadis itu pernah menghuni hatinya, tetapi perasaan malu untuk berterus terang membuatkan dirinya tidak dapat memiliki gadis tersebut, biarlah, mungkin itu sudah suratan dariNya, mungkin rabiatul bertemu jodoh yang sesuai yang dapat membimbing menjadi seorang wanita solehah. Dalam diam, dia berdoa supaya gadis pujaannya bahagia dunia dan akhirat, insya4JJI.
amar keluar dari bilik menuju ke dapur, melihat Afham yang berselera sekali mengadap hidangan
"aku tadi sebenarnya nak ajak hang makan, tapi tgk hang laju ja masuk bilik aku makan la dulu"afham bersuara tanpa dipinta
"takpela makan la dulu" kata Amar sambil mengambil pinggan, "siapa yang masak ni?, macam sedap je"
amar mengambil nasi dan menaruhkan lauk ke dalam pinggan
"ermm makcik sebelah ni bagi, dia kata dia masak lebih, dia bagila kat kita" ikram yang muncul entah dari mana bersuara
"o0o0o begitu, kenapa dia tiba-tiba bagi ha? agaknya dia berkenan kot dengan salah seorang dari kita untuk buat menantu, haha..."Afham meneka, sempat berlawak
"isk, engkau ni, ntah mak cik tu ikhlas bagi kat kita kau cakap macam tu pulah" marah Amar
"haha, tidak adala, aku gurau je, tapi kalu betul apa salahnya..."
"eleh, kalau orang macam hang ni, ntah dia berkenan ntah tidak..."ikram menyambung
"ntah, kalau aku ni lainla..." farhan tiba-tiba bersuara
"eh ada kau farhan, ingat kau kuliah hari ni?" laju Afham bertanya sekaligus menukar topik
"sepatutnya ada, sampai ja aku kat sana, depa kata batal plak, isteri lecturer aku nak bersalin, tak pasal aku holiday hari ni" laju Farhan menerangkan
"o0 ye ker, ha, mai la makan, mak cik sebelah anta lauk ni, makan jangan tak makan" Afham mengajak, bukan main peramah dia mengajak
"Amar!, apsal kau diam je?" ikram bertanya, "Afham bukan main kecoh, kau plak diam" tambah Ikram
"isk kau ni perli aku pula" Afham tidak puas hati
"la betul lah tu, mana ada perli"
amar tersentak apabila disapa," ha, tidak ada apa-apa la" dalih Amar
"mana boleh tidak ada apa-apa, kau diam sejak kau dapat surat tadi, siapa yang kasi surat tu?"Afham mencungkil rahsia
"isk tidak adala, surat dari kawan aku, dia jemput ke pernikahan dia" amar menjelaskan, cuba menghilangkan anggapan buruk dari sahabat-sahabatnya
"owh!, lelaki ker perempuan kawan kau tuh? "afham bertanya lagi
"perempuan"balasnya pendek
"haa, ni mesti kes kecewa ni,perempuan tuh kau suka, tapi dia kahwin dengan orang lain" Afham serkap jarang
"hey, mana ada..." balas Amar pantas
"eleh, macam la sekejap je aku kenal kau ni Amar, kau ni takkan susah hati tiba-tiba..."
"betul la tidak ada apa-apa" Amar mempertahankan diri...
"eleh, aku tak percaya, tak percaya" Afham berkata pantas sambil menggeleng-gelengkan kepalanya
"isk, sudahla kalau kau tak percaya...."



bersambung...

Monday, January 08, 2007

diri ini ... hari ini sekarang ini di kala ini...

hurmm...hari ini ke fakulti sebentar ketemu sama lecturer bcoz of my thesis's proposal, heuhue, ape nak jadi ntah le, then keluar dari kampus nk pergi beli sim card, yang murah nyer, rp3500 dalamnya ader pulsa senilai rp10000, ya wes, kira ok kan, setakat nak call malaysia oklah, cuman rp1000 seminit, lumayan murah itu berbanding yang lain, ada yang rp10000 seminti, gimana sih mau ngecall kalau camtu, heuhue...terbahasa lain plak...tapi x jumpa cari sebab dah abis

terus diri ini bersama teman mencari di toko-toko yang lain, masih nggak ketemu sih...hurm terus pandangan mata tertumpu pada satu stall erkk? ntah namer aper ntah, disenangkan citer ternampak la tulis perkataan burger, tetiba rasa teruja, benda lain yang dicari benda lain yang tepaut di hati...heuheu makanan saper tamau rek...rugi wooo...heuhue

terus...diri ini dan teman melintas jalan, jalan agak sibuk tapi belum sampai macet, nggak akan macet sih kecuali hujan heuhue,...melintas jalan terus mintak burger plus telur, jarang nampak orang sini jual burger cam kita kat malaysia tu, tetapi di kawasan ni ader pulak, syukur, pesan punya pesan, dah dapat pon pesanan

diri ini n teman pon menapak pulang, fikiran rasa begitu emosional beberapa hari ni, biasalah seorang perempuan, tanda tu heuheu...hurmm xperla... cuaca yang agak panas mengganggu kepala juga, nasib baik jilbab dikepala bukan berwarna hitam... nway, sampai sebagian jalan, ternampak bayang bayang air kedelei...alias soya, hurmm teruja juga ader air soya kat cni, selalu nya dorng wat tempe, tahu, kerepek dan sebagainya except for d air, oklah tekak mintak diisi, oropharynx rasa haus, ekkeke ntah betul ntah tidak orofaring yang haus, ntah2 esofegus ker, usus ker, ekekke

diriku dan teman meneruskan perjalanan sambil berbual kosong, berbual juga mengenai proposal, menapak perlahan, tidak perlu rushing, nanti penat pulak, hiks... sampai dirumah...capek, berjalan, baru sedar yang keluarnya tidak sampai sejam, anak-anak lain masih belum pulang, ujian masih belum selesai barangkali

diri ini dan teman terus membuak laptop masing-masing, mungkin juga laptop teman sudah sedia ternyala, wat ever... tetiba

"zahra, tunang akak aku add aku"

hiks, kelakar, teman ini tidak kenal tunang abangnye saper, maka kaget sewaktu di add di ym, heuhue, sesi berkenalan pon bermula

terus, diri ini mengadap laptop, tidak lagi bersama teman, seperti biasa berada di depan laptop, membuka situs situs yang patut dibuka such as utusan, bharian, alwancomics, friendster dan sebagainya

diri ini banyak membaca kisah menyayat hati hari ini, terlalu banyak kematian, terlalu banyak kecelakaan dan ader juga kisah yang gembira, hiburan dan gosip juga tidak ketinggalan, ari ni pasal ogy, pasal ina, pasal banjir,pasal TMM 2007

hurmm bercakat pasal TMM 2007 ni, diri ini ader tgk dalam paper pasal eye on malaysia tuh, cam keren jer, huehue, naik gondola leh sampai langit...ekeke walaupun 60 meter jer, gondola kat venice lalu atas air jer hueuhue=P,there's so much different between two gondola tuh, heuheu, tapi persamaan nyer diri ini tak pernah LAGI naik gondola tuh, LAGI tu hurf besaQ diri ini tulih, nmpk sgt tingin nak p n naik, ekekke, heuheu

diri ini diri ini, rasa cam terawang-awangan...ZzzzZzzzzzzzZZZZZzzz... hurmm dat is sign to tdo, ekeke, heuheu, another 15 more minuter before asar time, hurm klu tdo skrg masih kira la tido sblm asar walaupon bgn dua jam lagi, heuheu, maknanya bukan tido lepas asar la ni, heuheu...

diri ini memang setiap hari akan rasa mengantuk di petang hari tapi tak pernahnya bisa tidur, kenapa ya aku nggak tahu la... heuheu...

diri ini, diri ini, aperlagi diri ini nak tulih...heuheu, diri ini tengah download google earth, tingin nk tgk umah heuheu, itupon kalau bole

serasa diri ini tadi, telinga mendengar nasyid hurm tetiba plak leh kedengaran lagu blurry by puddle of mud, hurmmm dengaQ je la...


oklah diri ini berundu dulu, dalam keadaan emo sebegini di kala ini lebih baik diri ini senyap supaya diri ini tidak menyakiti hati sesaper yang melewati kamar ini...

azz arhazza

Sunday, January 07, 2007

hari ini duniaku...

hari ni xtau nape, saat ini, sedih sangat, emo!, nak sangat ade seseorang untuk sembang, hurmm, nak telefon rumah, xcukup kredit pulak, nk telefon dari internet, orang kt rumah plak x bole dengar suare kite, sedey


sambil tunggu isyak ni, menaip la kejap, masih mencari idea nak tulis aper, ikut jer rasa jari ni nak tekan huruf aper, wat to say today...ari minggu, bangun pagi, mula nak makan nasi uduk@ nasi lemak kalau kat malaysia, tp masih bermalasan, terus tak lama sudah tu dah pukul lapan, siapkan diri setelah kemas bilik turun -turun kat bawah nak beli nasi habis pulak, isk isk isk, malanh sungguh dah la duduk kat malang, pikir pikir balik rasanya diri sendiri yang mencari malang tuh, sebab bangunnya awal, turun untuk beli tu yang lwat, padan muka diri sendiri heuhue, sudah tu naik balik, duk kejap depan laptop tetiba kawan buzz, bubur ader lalu x, tetiba rasa tingin gk, hurmm sudahnye jam dah kul 8.30, smlm bubur lalu jam 8, heuheu, xder rezeki la ni nak makan, terus...

turun bawah lagi, wat air, dah xbole makan, minum je la heuhue, sian sian xlama lepas tu, lama gak la yakni dua jam pastu, tetiba ibu(ibu ynag tlg jaga umah ni) naik, terkejut! ader katering, walhal ari ahad xder katering. libur, huehue, baru teringat malam smlm xdpt makan sbb org katering tu ader keperluan mendadak, heh nak jadi citer dier ganti plak lauk mlm smlm kpd hari ni...syukur!!! perut lapaQ

ermm besa huruf Q tu, sbb nak habaq mai betapa lapar, syukur alhamdulillah lauk pon sedap, hurmm lega...

sudah tu, hari makin berenjak ke siang ke petang, dan seterusnya, ntah naper tetiba rasa x keruan, then berapa kali gak turun wat air hari ni, hurmm,... rasa sedih plak ntah nape...

then lepas wat air rasa kenyang plak , heuheu, xperla...maghrib pon menjelma, diri ini membersihkan diri dn terus bersembahyang dan membuat aper yang patut, tetiba perut berbunyi mintak diisi, isk isk isk, lapaQ lagi...hey perut ni, mintak makan jer...heuheu...

skrg ni kalau nak p beli byk makanan dah abis, tambahan pulak ari ahad, xtaula... sat sat pikir lagi...

nw dah isyak...solat time...okay sekian... kisah diriku untuk hari ini

p/s study gk hari ni, tp malas la cheQ nk citer panjang benor nnt jd nya... ahaks utara campuQ perak sket sket... tp nak habaQ mai cheQ ni orang perak, blajaQ cakap utara masa kat kmpp dulu, yakni matrix penang tuh...heuheu...pheW!

azz arhazza

Saturday, January 06, 2007

air asia

hari ni sebetulnya bercadang mau ke kampus, ya udah...nggak jadi dech... capek, terus hari ni aku bakalan merapi kamarku...heuheu... ntahla... banyak benda dalam kepala nak buat. satu pun belum mulai...xperla slow slow

menarik! baca paper hari ni... AIR ASIA menawarkan penerbangan ke london dgn hrga rm9.99, nmpk menarik...itulah harganya tapi tax nya belum diketahui...wowm bestnya dapat ke negara orang, w;pon kt negara sendiri ader tempat yg belom p lagi, betul kata airasia...nw everyone can fly...ekekeke...sempat bengang dgn air asia sebenarnya

tiket untuk aku pulang ke tanah airku sendiri mahal, isk isk isk... smpi ati airasia, hurrm just imagine la wey tiket from kl-surabya was rm49.99, sounds very cheap right? but the tax rm105.55, perghh total up is rm155,kurang lebey, erkk! still mahal meh, xper la tu, from srabaya-kl rp560+++, i'm not sure, it cost about rm200 in malaysian ringgit, lom tambah tax, total sumer skali is rp 1,2 million... wuaaaaaaaaaaa, rm600 lebey, smpi ati smpi ati...mungkin inilah yg bakalan terjadi dlm penerbangan ker london

tiket rm9.99
tax rm 1500 atau rm2000 atau rm2500

heuhue, kurang lebih murah sket jer dr MAS

MAS-mknn xyah beli...all included
AIR ASIA KESAYANGANKU - mknn beli sendiri
no 'makanan luar' are allowed...keh keh keh...ntah betul ntah idak bhs tu, tp pokoknya xbole bw mknn dr luar

penah terjadi satu kisah ni...

ramadan yang mulia
bukan yg baru lps ni
thn lepas lg...

sewaktu diriku di sem 3

bengang bkn la main sbb tiket harga rp2 juta yaitu rm800
padahal 2 jam jer perjalanan

ok xper

rasanya cam telat kot flight smpi...ntah camner sumer org leh hangin hari tuh...

sebelum tuh...kelam kabut beli tiket, org air asia kata tiket kosong tinggal 5 jer, punyala gabra, kena berebut dgn bdk kt surabya lg, diriku ini diantara org yg lmbt beli...


besala...selalu lewat beli tiket

fuh...lega...dapat beli akhirnya

berbalik di airport...ekeke time bulan pose kan, surela lapaQ

hurmm flight kul 6.30 ptg, mghrib yaitu time buka poser kul 5.30, so beli la dunkin donut, rite after check in...

ok buka poser

hurmm lps dah buka sket mknnya surela kitorg nk p solat kan... nk soalt kt musolla surabaya tuh kena masuk ruang menunggu, b4 masuk ruang menunggu kena bry airport tax n segalam macam kaunter kena tempuh...bole pulak pak cik2 kt citu tutup kaunter sesemua tu sbb nk buka poser ...wuaaaaaaaaaaaaaaa... okla xper nk tutup 10 mint, tp kul 6.05 mint pon x buka lg...dah hangin dah...rasa pahala ari tuh xda dah...

nk kejar solat lg, flight lg, dah la airasia parking 15 menit jer utk isi minyak jer, deme x byr parking, dat's y la murah, heuheu...

sabar menati gk...akhirnya beres semua...okla

masuk2 flight. kitorg x mkn...tp bw jer bungkusan tuh naik...yela ader tinggal sket mknn, xkn nk buang kot...masukla flight...ekekeke, tetiba...dgr pengumuman dr pramugari lewat mic, x dibenarkan bw makanan dr luar...ekekke. punyela kitorg gelak huehue...muka pramugari dah hangin dah...depa xtau kitorg lg hangin...huehuhe... ermm hari tu sng jer kitorg masuk flight, ntah nape ntah, camader yg pelik, lor patutla, xder org dlm flight tu, siott nye air asia, bole tipu plak kater sit tinggal 5 jer, terinagt diriku yg kelam kabut beli tuh...

lagi la hangin, menipu!, pas tu pulak, ader sayup-sayup kater aku da bayar rp 2 juta xkn aku nk beli lg mknn depa...dah la mahal...ekekek

rasa nak pedajal pramugari, ktorg mkn jer dunkin donut tuh...heuheu... puas ati...



itulah...kisah air asia...flight flight flight


azz arhazza

Friday, January 05, 2007

tAdi

tadi... tetiba terjagA 4.30 AM, blur... buka mata! tutup balik! buka! tutup! YA Allah, subuh! tegak bangun, blur...


pikir lagi...lom abis waktu...xpe... bersiap... subuh... blur lagi...

serasa ada benda kena buat, hati rasa gabra...teringat! exam kul 8 pg! aku sepatutnya stay up tadi...hurmmm tetido smpi pg... cane ni eh...


then...sambung balik study... jeng jeng jeng...baca - baca... prognosa jelek ke tak...terapi g mana tetiba mata layu layu layu ... x ingat... huh? Z zzzZZZ z zzZZZ... lorh...tetido balik... tetiba

sayup - sayup je... tok! TOK! tok! huh thnx goodness... terjaga... ada orng ketuk pintu... datang iron baju... heh! blur... tegakkan badan...sambung... teringat! aisehh...proposal tugas akhir @ TA ... lom print...huhu...bingkas bangun...semangat! walaupon blur... kira kira kertas...hurmm tak cukup... tercari cari... atlast ketemu! 21 helai kertas A4...okla tuh... print nyer print...daftar pustaka ketinggalan...isk isk... cari buku senior...type cepat-cepat...done! hurmm... then... zahra! nk satu kertas bole? cukup x? lantas diriku menjawab...cukup2 amikla...heuheu...tinggal lembar pengesahan, muka depan and daftar isi... buat nya buat done! tertiba tang daftar isi...huh cam ader yg pelik...? alamak!!! silap!!! no urut tang tinjauan pustaka silap! arghhhh...kertas abih...cane ni...dan pulak... BUZZ! YM! tengok sat..."zahra ko kate ko nk sket kertas aku, nk x?" heuheu pucuk dicita ulam mendatang...<---betui ka? xtau... ok nnt aku amik... thanx... wat aper yg patut...tinggal ngeprint...lari lari kejap... ke kamar kawan...thnx erk...isk isk isk... dah dpt kertas... pikir pikir balik...ader hikmah tersilap...sebab tak perasan ader satu kert as dah berconteng kt belakang...alhamdulillah...tidak anta kertas yg x berapa elok...x baik plak...then...


wat nyer wat...done! alhamdulillah...lega! siap! paling ke jam...alamak 7.15 pg...! xm kul 8... tak abis baca...wuaaaaaaaaa... cane ni...kena wat soal je la...baca nyer baca... kelam kabut... 7.45 pg br kuar umah...arrr kelam kabut... langkah demi langkah ku atur... pantas...beg di silang...tangan kanan ader file... tangan kiri pegang kumpulan soal... ader highligther sekali...cepat! cepat! langkah ku atur begitu pantas...then smpi dewan exam... fuh! penat! heuheu... masuk masuk hurmm kena ikut no urut absen... ok ...cari tempat...

lho! dah ader kertas jawapan...heuheu lecturer da smpi... wuaaaaaaaaa...lom abis baca soal...xpe xpe... tenang... "naimi! ko ader jwpn soal pra-uas x?" ..."ader ader...ala tp aku x bw la..." oklah xpe..." amni! ko ader jwpn soal pra-uas x?... "ader...tp aku x bw" heuheu~...isk isk...duduk kt tempat! huh tarik nafas...tenang! "akmar...ko ader jwpn soal pra-uas x?" ..." ader ader... tp aku x jwb sumer" ... fuh! lega! "xpe xpe...aku nk tgk gk" ... "ok" baca punye baca...


"ya...dipersilahkan menyimpan segala handout...bla bla bla... kertas ujian akan diberi sekarang! " perghh... heuheu... blur...jeng jeng jeng...examnya dimulai...tepat jam sy jam delapan... dosennya ngomong...

belek sat...lorhhh 60 soal? heuheu pikirnya seratus...ekeke senyum sket...sukerrr! heuheu...waktunya 75 menit


ok...senyuman menghilang makin menghilang tatkala membaca soal...wuaaaaaaaaa...isk isk isk... xperla...heuheu ader satu tatap muka kuliah ni...dosen ader kasi soal...katanya blajar yang baik ya... soalnya nilai UTS jelek-jelek... heuheu... xder ponwk... isk isk

75 m3nit...tamat la sudah... ok dech... diantar lembar jawabannya... heuheu diberi pengumuman! lembar soal bisa dibawa pulang... huh? x berefek...dis is my final pathology anatomi nyer exam for dis sem...x membantu sgtla klu kertas soal bisa di bawa pulang... heuheu xperla...boleh wat rujukan untuk adik kelas nnt...


penat! 75 menit yang memenatkan

hurmm...time to go to imigrasi...nk balik malaysia...imigrasi imigrasi imigrasi...


nk konsult TA...x jd...lab tutup...xpe...binding terus... mintak tlg kawan...alamak! daftar pustaka ketinggalan...wuaaa... xper... titip kt kawan... p imigrasi (proses nk pegi mcm2 terjadi...penat nk citer) 45 menit...ambil masa...angkot ni terhenjut-henjut... lambat cam siput walaupun kayaknya cam smpi awal dr biasa...


p fotokopi sat...ader org yg lom lngkp...2 menit...masuk kantor imigrasi...lho xsmpi 5 menit jer... perjalanan 45 menit... urusan 5 menit...wuaaaa...ekekke...isk dulu klu lama sgt bising gk... aperla x bersyukur...


hurmm...perjalanan balik pulak...another 45 minit... ermm beli jeruk pelam sat sat...cam sedap...ternyata sedap... walaupon ader yg masam sket2


hurmmm sembang nyer sembang...lapar~...semua setuju yaitu another 3 frens of mine... heuhue...k ... k ... kta p matos nk? setuju...ok makan kfc...huehue makan nye makan... kenyang...


p jalan jalan sat... masuk hypermart... beli ubat gigi...dah abis ekeke...itu tujuan utama...hrga rp3000 lebey...tp duit habis bout rp33ooo...ekeke... x patut... heuheu


then...ngantuk plak...tido sempurna smlm...heuheu... nk cepat balik...jalan cepat2... smpi umah... huh lega... nk tdo... solat ... ZzzZzzzzzZZzzz...


terbangun!...5.30 petang...wuaaaaaaaa... terlajak tidur... heuheu...seb baik asar ader lg...pening pening...tuhla tdo lg pas asar...ekeke... blur blur blur... then maghrib...then isyak... nw nw nw..br pas isyak... dah isyak dah...

ekeke...PENAT~


azz arhazza

SetELah Aku DiPalinG!

SETELAH AKU DIPALING

"nur tengok, skrg ni abg dah berubah" nur memulakan bicara
ariff yang sedang ralit membaca surat khabar tersentak "eh, kenapa nur tiba-tiba cakap macam tu?"

"xderla, abg yang dulu rajin duduk rumah, melayan kerenah anak, ke masjid, cerama-ceramah agama, tp skrg ni xderpun, bila nur ajak tgk ehwal islam kat tv pun abg macam tak berminat je" lebar penjelasan isterinya

ariff terdiam, mencari idea untuk menjawab soalan isterinya tadi "err, abg sibuk skrg ni, byk kerja kena buat, meeting sana,meeting sini, balik rumah abg dah penat" yakin jawapannya
"ye la, kalau penat takpela, tak kesah pon, klu abg blk kerja tidur ke, xderlah nur hairan sangat, tp masalahnya sekarang ni lepas abg balik kerja, abg keluar balik, nk tengah malam baru balik" nur membalas tak puas hati

"itu abg jumpa kawan abg"pantas jawapannya
"kawan abg yg mana bang, setahu nur, semua kawan abg nur kenal, ni kawan baru ker?"
belum sempat ariff nak menjawab, handphonenya berdering, dia pantas menjawab handphonenya, lega tidak perlu bersoal jawab lagi dengan isterinya, dia pantas berlalu dari ruang tamu tempat dia berbicara bersama isterinya sebentar tadi...



****


"ha ariff!, yang kau termenung ni kenapa? " jerkah syahir, teman baiknya
"isk, syahir, kau ni, terkejut aku, hurmm smlm, bini aku tanya, dia sedar sekarang ni perubahan diri aku, x macam dulu katanya" ariff mengeluh

"haa, dah tu kau jawab ape?" syahir bertanya, penuh minat
"aku katala, aku bz, tp dia cam tak puas hati pula"
"mmgla x puas hati, alasan lapuk, aperla kau ni, dia tahu ke kau ader perempuan lain?" syahir bertanya lagi, seperti polis menyoal siasat pesalah
"so far, aku rasa dia belum tahu lagi, sahih ke tidak, tapi dia cam bole agak je, risau juga aku"keluhan nya kedengaran lagi

"itula kau, cari pasal lagi, elok-elok bini kau tu baik, serba serbi eloknya pada pandangan aku, kau pula buat hal"syahir tak tunggu lama untuk membalas, sakit hatinya apabila tahu sahabat baiknya bermain kayu tiga

"ish, kau ni, aku nak minta pandangan kau, kau kutuk aku, macam tak sokong aku pula"
"memang aku tak sokong kau dalam hal ni, mmg aku lelaki, kau lelaki, bole ader bini sampai empat, tp kau ni, bercinta macam orang muda, berdosa tau tak? orang muda pon tak bercinta seteruk kau, menyampah aku, secara tak langsung aku dikira bersubahat, berdosa jugak..."lebar penjelasan syahir tak puas hati

ariff hanya mampu terdiam, dalam diam dia mengakui kebenarannya, sudah jauh benar dia tersasar, tidak ada lagi tazkirah keluar dari bibirnya, semuanya bait-bait cinta kepada kekasihnya, dia mengakui dia hanyut ditelan arus duniawi





****



hari berganti hari, malam berganti siang, berbulan-bulan sudah berlalu tetapi dia masih dengan kehidupan duniawi yang melalaikan, dia kini sudah pandai menengking isterinya, sepak terajang sudah menjadi rutin hariannya setiap kali isterinya bertanya itu dan ini, setiap bait yang keluar dari bibir isterinya menyebabkan dia berasa jelak.


namun, ariff agak terpana dengan isterinya yang amat bersabar dengan kerenahnya, anak-anak hanya mampu berdiam diri, tapi jauh dari sudut hati, dia tahu mereka menyebelahi isterinya, nur tidak henti-henti menasihatinya supaya berubah, bertaubat, tetapi kata-kata isterinya dibiarkan sahaja, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
nur tidak putus-putus berdoa kepada 4JJI supaya 4JJI menunjukkan jalan yang benar untuk suaminya. kasih sayangnya kepada suami tidak berbelah bagi, walaupun sudah hampir dua tahun perangai suaminya tidak berubah, malah semakin liar, dia masih cuba berusaha mengembalikan keharmonian rumah tangganya seperti dahulu


****


lima tahun berlalu, ariff masih seperti dulu, syahir tidak tahu lagi untuk berkata apa-apa lagi
"ariff, bertaubat la, kau dah jauh dari tuhan ni, solat kau sekarang ni dah macam mana dah,aku..."
"kau diamlah!" bentak ariff,sebelum sempat syahir menyudahkan kata-katanya "hidup aku, biarlah aku tentukan, ada ke aku mengganggu hidup kau..ha?", lantang ariff bersuara
dia sudah letih mendengar nasihat dari syahir


"ok ariff, kau tak nak aku nasihat kau lagi, tidak mengapa,lepas ini kalau kau ada masalah kau jangan cari aku" syahir memberi amaran, lalu berlalu meninggalkan pejabat sahabatnya
ariff mengeluh sendirian, termenung sebentar, dia tiba-tiba teringatkan sesuatu,dia membuka lacinya, mengambil sebuah kotak kecil berbaldu, dia membuka kotak tersebut, melihat sebentuk cincin bertatahkan berlian, dia berkira-kira untuk melamar kekasihnya, Rina malam ini, beribu-ribu duit sudah dihabiskannya bersama wanita itu, beribu-ribu jugalah dia membazirkan duitnya untuk membeli cincin tersebut, dia amat menyayangi wanita tersebut, tutur katanya yang manja, pakaiannya yang seksi sentiasa bermain dimatanya, dia tersenyum sendiri, bahagia kini dihadapan mata, dia sudah jemu dengan isterinya yang tidak henti-henti mengingatkan dia tentang tuhan, agama


****




ariff memasuki keretanya dalam keadaan tertekan, marah, sedih,malu, semuanya bermain di fikirannya, meluncur laju kereta BMW miliknya, dia ingin bersendirian
"arghhhhhhhhhhhhh!" bentaknya, dia mengetuk-ngetuk kepalanya di stereng kereta setelah dia berhenti di bahu jalan

"bodohnya aku! bodohnya aku!" jeritnya lagi
di fikiran ariff malam ini merupakan malam paling istimewa baginya, tidak sangka dinner malam ini mengubah menjadi suasana yang paling menghibakan, masih segar diingatan tentang apa yang berlaku sebentar tadi

"waah!, apa mimpi abg tiba-tiba jer bawa Rina ke tempat mewah ni, sebelum ni tidak ada pun" rina berkata manja, membuai hatinya dengan kemanjaan kekasihnya
sambil menunggu makanan tiba, ariff mengeluarkan kotak kecil dari kocek seluarnya, dia lantas menolak perlahan kotak tersebut ke arah keasihnya


"eh apa ni" Rina hairan sambil tangannya laju mengambil kotak tersbut dah membukanya, jelas terpamer kejutan di wajahnya

"abg ingin melamar Rina menjadi isteri abg" ariff berkata lembut
RIna terkejut dengan kata-kata ariff, "err, tapi Rina tak bercadang pun nak berkahwin dgn abg"

ariff ternyata terkejut dengan kata-kata kekasihya "tapi kenapa?"
"ermm parents rina nak satukan rina dengan seorang datuk ni, dia duda, tp tidak ader anak, rina terimala, dia kaya, abg apa ada?" angkuh sekali jawapan dari rina
serasa meletup jantungnya mendengar jawapan dari rina "er,tapi abg sayang rina, 7 tahun kita bersama" dia cuba lagi untuk memujuk


"sayang je tak guna bang, abg tak cukup kaya untuk membahagiakan rina, datuk tu bole beri rina segalanya, tapi abg tak mampu beri tu semua,ya, tujuh tahun kita bersama tapi abang tetap tidak mampu untuk memuaskan hati rina, rina sudah letih dengan abang,hurmm xpela bang, sampai disini sahaja hubungan kita, abg pergilah kembali ke isteri abg yang amat bodoh menunggu suamniya, ha ha,"rina bangun terus berlalu

ariff masih lagi tidak mempercayai kata-kata kekasihnya, hampir 7 tahun ia mendambakan kasihnya kepada kekasihnya itu, tapi ini balasan yng diterima
bunyi hon menyedarkannya dari lamunan, namun dia masih mendiamkan diri, fikirannya bercelaru kini, dia tiba-tiba teringatkan isterinya, Nur Izzah!, wanita yang amat bersabar dengan kerenahnya, tidak putus- putus berdoa supaya dirinya kembali ke pangkal jalan, dia berasa amat bersalah kepada isterinya, dia menghidupkan enjinnya untuk pulang ke rumah, dia berazam untuk meminta maaf dengan isterinya, sudah terlalu lama dia mengabaikan peranannya sebagai seorang suami dan ayah. perjalanannya diiringi lagu nyanyian nash, "pada syurga di wajahmu"


Setibanya dirumah suasana sunyi, seperti tidak berpenghuni, dia memberi salam lantas mencari isterinya,dia mengamati segenap ruang rumahnya, sudah lama dia tidak mengambil tahu hal rumah, hari ini merupakan hari yang paling awal dia pulang kerumah sejak tujuh tahun, dia membuka pintu biliknya untuk mencari isterinya, tetapi hampa!, tidak ada, sewaktu ingin menutup semula pintu dia ternampak sesuatu di atas katilnya, sepucuk surat!, dia lantas mencapai surat tersebut dan membukanya


assalamualikum, kehadapan suamiku yang dicintai,
nur terlalu mencintai abang, tidak sanggup rasanya nur untuk membiarkan abang hanyut dengan arus duniawi, nur merindui abang yang dulu, anak-anak kita merindui abahnya yang dulu juga, tapi sudah tujuh tahun kami tidak menemuinya, abang hanyut dan terus hanyut, nur tidak sanggup melihat abang diselubungi dosa, nur tidak sanggup!, setiap hari nur dan anak-anak berdoa supaya abang berubah, berubahla abang!, bertaubatlah! 4JJI masih sayangkan abang, tidak terlewat lagi bg abang untuk bertaubat, nur terlalu mencintai abang!
maafkan nur, nur sudah tidak mampu lagi untuk menanti, 7 tahun lamanya, 7 tahun rasanya sudah cukup untuk menguji kesabaran nur, nur tidak mampu lagi untuk bersabar, nur minta untuk dilepaskan!, walaupun nur tau bergegar tiang arasy apabila seorang isteri meminta penceraian, tapi Nur sudah tidak mampu lagi, maafkan NUr, sekiranya abg menyayangi NUr, lepaskanlah nur, nur redha kalau ini memang kesudahan kita
abang bernikahlah dengan kekasih abang tu, tidak sampai hati Nur melihat abang membuat maksiat, berdosa!, nikahla abg dengan wanita itu, supaya abang tidak lagi membuat dosa, Nur izinkan, tapi lepaskan NUr, nur sentiasa mendoakan kebahagiaan abang, dikala abang membaca surat ini, nur sudah tidak ada di rumah, maafkan nur, nur tidak meminta kebenaran abang untuk keluar rumah, tapi nur sudah tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan abang, nur minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, halalkan segala makan dan minum nur, tidak perlulah abang untuk meminta maaf dari Nur, Nur sudah pun memaafkan abang, sampai di sini sahaja hubungan kita bang, wasalam
yang mencintai mu


NUR, isterimu




terjelepuk Ariff dilantai setelah membaca surat tersebut, kini dia kehilangan kedua-duanya, isterinya yang penyabar, yang dikasihi serta kekasihnya yang dicintai, air mata sudah tidak tertahan-tahan lagi, dia menangis sesungguhnya, dia tidak menyalahkan isterinya, isterinya sdah cukup sabar menantinya, "Nur, maafkan abang! maafkan abang!, kiranya hatimu bukan milikku lagi!"

“ya 4JJI ya Tuhanku, ampunilah segala dosaku ya 4JJI, sudah cukup lama aku terleka dengan dunia ya 4JJI, sudah cukup lama aku melupaiMu ya 4JJI, Tunjukkanlah aku ke jalam yang benar setelah sekian lama aku dipaling”


Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti
Reput dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku
Sekelipnya mata hilang semua

Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh gelap ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Yang hanya ku idam
Di dlm pandanganMu
Bersama mereka terdahulu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah kulukai

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

-azz arhazza ™-