Sunday, January 14, 2007

sebuah pertemuan...6

Nurul menguatkan volume radionya, lagu dendangan Shakira dan WyClef Jean kedengaran, Hips Don’t Lie, dia menari mengikut rentak lagu tersebut, azamnya hari ini untuk mengemas bilik, baginya hari minggu adalah hari yang sesuai untuk kemas bilik, mama pula jenis membebel kalau bilik dilihat bersepah

Owh baby when u talked like that
U made ur woman go mad
So be wise
And keep on
Reading sign of my body

Badan di goyangkan mengikut rentak lagu, bosan pulak kalau kemas bilik tak dengar lagu, bole la relaxkan sikit kepala tu sebab tengok bilik bersepah. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk, pintu terkuak, kelihatan sepupunya, Aisyah di muka pintu

“assalamualikum” ujar aisyah memberi salam

“waalaikummussalam, eh, aisyah, bila sampai?” Nurul menjawab salam, terkejut, tidak sangka sepupunya datang, dia terus memperlahankan volume radio

“baru jer sampai, datang dengan parents sekali, mak ngah kata Nurul ada dalam bilik tengah kemas bilik” panjang penerangan Aisyah

Nurul terangguk-angguk, “ a ah memang tengah kemas bilik, tapi baru start la” ujar Nurul, tersengih “eh mehla duduk sini, apa yang tercegat kat pintu tu”

Aisyah berjalan kearah sepupunya, mereka berpandangan, tersenyum, walau Aisyah mempamerkan senyuman tetapi masih jelas kelihatan kesedihannya, Nurul cuba membangkitkan mood ceria

“amacam study?ok? “ Nurul bertanya

“alhamdulillah la, sem akhir kan, biasalah busy sket, ni tgh prepare untuk viva ni, Nurul cane? Dah ready ker untuk Viva?”

“bolehla, Nurul buat slow-slow, nanti kalau main buat, dan silap pulak lagi payah”

Mereka berbual panjang, sejak Aisyah berkahwin, mereka tidak sempat berbual seperti dahulu, Aisyah sudah ada komitmen lain, tentulah perlu mendahulukan suami dalam segala hal, kini sejak ketiadaan suaminya, bolehla mereka sentiasa bertemu lagi. Nurul lah tempat Aisyah mengadu dan begitulah sebaliknya, kerana mereka sebaya, walaupun tingkah laku jauh berbeza itu tidak menjadi hal bagi mereka



6 bulan kemudian…

“siti, saya tak berapa sihat hari ini, cancel all my appointments for today, saya dah cakap kat papa saya cuti hari ini” Amar memberitahu setiausahanya sebelum berangkat pulang, dia merasa tidak sedap badan hari ini lantaran baru pulang dari ‘site’ kelmarin, terpapar dengan cuaca yang amat panas. Dia ingin berehat sehari ini

Amar kini berkhidmat sebagai seorang arkitek di syarikat papanya, untung papanya mempunyai syarikat sendiri. Dia bergegas pulang ke rumah.
Sambil memandu dia mendengar radio untuk mengelakkan kebosanan, hurmm, inilah kuala Lumpur, setiap masa jalan sesak, ‘dahla sakit kepala, jalan jam pula’ rungutnya

Setelah sejam terperangkap dalam kesesakan jalan raya, akhirnya dia berjaya melepasi kawasana kesesakan dan terus memandu pulang. Sedang dalam perjalanan matanya tertumpu kepada seorang wanita yang berada di perhentian bus, seperti sedang kesakitan. Dia berhenti keretanya di perhentian tersebut untuk melihat apa yang terjadi.


“assalamualikum, puan, puan sakit ker?” perlahan dia bertanya, perempuan itu mengandung rupanya

“tolong saya,” perempuan itu merayu sambil mengangkat mukanya kea rah Amar

Amar terpempam “Aisyah!” Amar terjerit kecil

Perempuan yang bernama Aisyah juga kelihatan terkejut, dia seperti mengerang kesakitan, perlahan berkata “Amar!, tolong saya, saya rasa macam dah nak bersalin ni”


“oh, ok ok” Amar kelihatan cemas. Tidak tahu nak buat apa pada mulanya

”tolong bawa saya ke hospital” Aisyah merayu lagi apabila melihat Amar termangu

”oh, ok ok, kejap, awak boleh berjalan tak ni?” tanya Amar lagi, dia berpikir ’takkan nak angkat kot? Isteri orang’

”ermm, bole sikit-sikit, pelan-pelan”balas Aisyah, dahinya berpeluh akibat menahan sakit

Amar segera memimpin Aisyah ke kereta dan terus memandu ke hospital berdekatan, mujur juga jalan tidak sesak seperti tadi, Amar terus membawa Aisyah ke Hospital Pantai. Terkocoh-kocoh juga dia memanggil nurse apabila tiba di hospital

Mujur nurse dan doktor datang cepat untuk membantu

”awak suami dia ke? Awak boleh berada di sisinya semasa dia nak bersalin” tanya seorang doktor

”oh, maaf, saya bukan suami dia” balas Amar kemudiannya

”ok, tidak mengapalah, awak boleh tunggu di luar ni kalau awak nak tunggu, atau awak boleh hubungi suami dia” beritahu doktor itu lagi, walaupun jelas di mukanya menampakkan riak terkejut

”ok, saya cuba menghubungi suami dia, tadi saya terserempak dia di bus stop, sebab saya tgk dia tgh sakit then saya terus bawa ke sini” jelas Amar termengah-mengah juga, berlari anak mengikut doktor dan yang lainnya ke wad bersalin

”kalau macam tu, tidak mengapalah, terima kasih encik sudi membantu” balas doktor tersebut

Mereka tiba di wad bersalin, Amar hanya berada diluar, naluri hatinya menginginkannya untuk menunggu di situ, dia melihat nurse keluar dari bilik bersalin tersebut membawa barang-barang Aisyah tadi, mencari sesuatu dan bercakap melalui telefon

Tidak lama kemudian, seorang gadis sampai, mukanya jelas mempamerkan wajah yang cemas, dia segera menuju ke kaunter

”nurse, saya mendapat panggilan mengatakan bahawa Aisyah sedang bersalin” gadis itu bertanya di kaunter

Amar mengangkat muka, mungkin saudara mara bagi Aisyah, fikirnya

Nurse tersebut berkata sesuatu gadis tersebut, lantas menunjuk kearahnya. Dia dengan gadis tersebut berpandangan, eh macam pernah lihat jer budak ni, Amar bermonolog

Gadis itu berjalan ke arahnya, ”Assalamualikum, encik yang selamatkan Aisyah yer, terima kasih” gadis itu memulakan perbualan

”waalikummussalam, ye saya, Aisyah ni kawan sekolah saya dahulu, saya terserempak dengannya di bus stop tadi, so saya terus bawa dia ke sini sebab dia kata dia dah nak bersalin.” terang Amar ”by the way, saya tidak ada no hp atau address suaminya, so saya tak dapat hubungi

”owh, sebenarnya suami Aisyah dah meninggal beberapa bulan lalu, accident” terang gadis itu, lambat

Amar terkejut, seingat dia tak sampai setahun pun mereka bernikah, tahu-tahu lelakinya sudah tiada, Amar diam sebentar

”ja...jadi dia sekarang sendiri?” Amar bertanya lagi

“ye, nampaknya macam tu la, tapi dia tinggal dengan family, eh! Awak ni Amar kan? Student Architecture?” gadis itu tiba-tiba bertanya

“aah, yelah, awak kenal saya ker? Maaf, saya tak kenal awak tapi saya rasa saya penah lihat muka awak” Amar mengiyakan, terdetik juga rasa bersalah sebab tidak mengenali gadis itu walhal gadis tersebut mengenalinya

“tidak mengapa, actually saya pun sama course dgn awak juga, ramai student nya, awak tak perasan la tum anyway nama saya Nurul Hidayah” perkenal gadis itu

“owh, ok, saya rasa saya dah ingat dah” balas Amar sambil menggaru kepalanya yang tak gatal tu, segan tak ingat tapi mengaku ingat

Gadis yang bernama Nurul itu sekadar tersenyum. Mereka berbual sementara menunggu Aisyah melahirkan anaknya


Beberapa jam setelah itu, akhirnya Aisyah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki. Nurul Hidayah dan Amar pergi mendapatkannya, Aisyah kelihatan amat letih tetapi masih mampu tersenyum, air matanya mengalir perlahan tanda gembira dan sedih, sedih kerana anak itu lahir tidak dapat menatapi wajah ayahnya dan gembira kerana dapat menyambung waris bagi arwah suaminya dan juga selamat melahirkan

Amar mengambil anak Aisyah dan mengazankannya sebagai peganti ayahnya. Nurul cuba menenangkan Aisyah, air mata juga mengalir di pipi lantaran melihat kesanggupan Amar untuk menjadi pengganti arwah suami Aisyah untuk mengazankannya. Amar berasa tanggungjawab kerana dia satu-satunya lelaki di situ dan mengenali Aisyah, gadis pujaan nya tidak lama dahulu



azz arhazza

No comments: