Di hening malam itu
Aku hanya mampu merenung sayu
Di manakah jiwaku saat itu
Tuhanku…
Betapa berat apa yang aku alami kini
Tapi aku tahu
Kau sedang mengujiku
Kerana ku tahu
Engkau tidak akan mengujiku sekiranya aku tidak mampu
Ya Tuhanku
Kuatkanlah hatiku menghadapi dugaanMu
Yang penuh onak dan duri
Mungkin penderitaan ku ini kecil
Kecil berbanding banyak orang
Ya Tuhanku
Redhailah aku ke jalanMU
Pimpinlah aku ke jalanMU
Mudahkan lah segala urusanku
Ku seperti ingin berlari
Berlari ke tempat tinggi
Tinggi yang tiada siapa
Tiada siapa yang mengganggu
Tetapi aku tahu
Setinggi mana aku berlari
Ku tetap tidak dapat menandingiMU
Ya Tuhanku
Kerana aku hambaMu
Ku tidak mahu menandingiMU
Yang aku mahu
Adalah redhaMU
Azz Arhazza Musir
2022 220607
My room~
No comments:
Post a Comment