‘Seksanya menanggung rindu kan, rindu tu kadang kadang hadir tanpa dipinta, tu yang buat sedih tu, sayu pulak rasanya’
Kata kata tu ditulis di atas kertas… di conteng conteng nya…
Pandangan di tala ke depan, mujur meja study nya menghadap ke tingkap, kurang kurang boleh melihat pemandangan luar… teduh dan redup, tenang je mata memandang ke depan… rasa lega sikit hati…
Dia bangun dari kerusi belajar, menarik nafas, cuba menenangkan diri, menggeliat kejap, membetulkan balik urat urat sendi ke posisi asal…
Matanya beralih ke telefon bimbit, di ambil sekejap, di cek, tidak ade mesej yang masuk
Sayu je hati, untuk elak mengikut kata hati, dia mengambil kunci, keluar dari rumah, mahu beriadah sekejap, kurang kurang melegakan hati menyihatkan badan.
Jalan jalan di sekitar kawasan perumahan mmg senang untuk berjogging, ramai jugak yang berjoging sekali, hari minggu la katakan, waktu cuti, sempat membalas senyuman apabila berpapasan dengan penduduk sekitar, di satu sudut dekat padang terlihat sekelompok orang orang tua sedang melakukan tai chi, mereka juga bersenam, sudut lain pula ada yang sedang melakukan yoga…
Setelah beberapa pusingan jogging dia melabuhkan punggungnya ke bangku batu yang memang tersedia di padang tersebut, melepaskan lelah, sambil itu melakukan senaman ringan warming down…
Berehat sebentar di padang tersebut melayan angin yang bertiup lembut, segar betul rasa hari ini, udara nyaman sungguh…
Tak lama setelah itu kakinya berayun melangkah pulang, tak perlu tergesa gesa, tidak apa yang nak dikejarkan di rumah tu, badannya beransur sejuk, peluh yang keluar masa bersenam tadi sudah beransur hilang pelan pelan…
Setapak demi setapak dia melangkah, sampai di hadapan rumah, dia langsung masuk bergegas ke kamarnya…
Di lihat semula telefon bimbitnya, ada satu mesej di terima, pantas di buka
“abang pun rindu juga, x salah kan rindu suami sendiri=)”
Senyum lebar terukir di bibirnya, melayang rasa rindu hari ni setelah menerima mesej tersebut. Inilah dugaan hidup berjauhan, suami jauh di US dia terdampar di Negara kiwi ..
“Ku amat merinduimu suamiku… ^_^” mesej di balas…
Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan
Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti setahun lamanya
Semasa kau tiadaApa yang terdaya
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu
Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar
No comments:
Post a Comment