Wednesday, April 02, 2008

Defending al-Quran Campaign: Kempen Mempertahankan al-Quran

Assalamualaikum WBT.Saya menyeru kepada blogger-blogger semua supaya menggunakan kemudahan blogger yang ada untuk melancarkan kempen "Pertahankan Al-Quran".Bagaimana?


Jika anda seorang yang berkemampuan untuk mengolah dan menjawab sendiri tuduhan-tuduhan dan fitnah ke atas al-Quran, maka anda boleh menulis sendiri.


Jika anda seorang yang tidak berkemampuan, maka anda boleh menggunakan tulisan-tulisan para ilmuan Islam yang boleh didapati di

Islamonline
Islam Question and Answer
Islamtoday
IslamTomorrow

dan berbagai-bagai lagi sumber yang ada. Sudah cukup agaknya kita membincangkan isu keputusan PRU baru-baru ini. Tinggalkan PRU, pertahankan Al-Quran melalui blog-blog anda.Sebarkan seruan ini kepada blogger-blogger yang anda kenali mahupun tidak kenali.

Selepas membaca seruan ini, pastikan anda mencari jawapan-jawapan ke atas tuduhan-tuduhan ke atas al-Quran.Selepas membaca jawapan-jawapan itu, anda fahami.Selepas fahami, klik "copy" dan "paste" ke dalam blog-blog anda.


Selepas itu copy link untuk jawapan itu dan sebarkan pula kepada semua rakan-rakan di dalam Yahoo Messenger. Selepas itu sebarkan pula jawapan itu melalui ruangan "bulletin" di friendster. Sekali sahaja anda menulis di buletin friendster, maka bulletin itu akan terpapar di frenster rakan-rakan yang anda sudah "add'. (Moralnya, add seramai mungkin rakan yang dikenali mahupun tidak supaya senang maklumat tersebar).


Jika jawapan terlalu panjang, letakkan link ke jawapan di dalam blog anda di dalam bulletin frenster itu.Selepas itu, buka emel anda, pastekan pula jawapan itu ke dalam emel dan hantar emel itu kepada semua alamat emel yang ada di dalam akaun anda. (Peringatan: Jangan menghantar terlalu banyak emel dalam satu hari kerana ia akan menjadikan inbox rakan-rakan anda seperti tong sampah dan mereka akan malas membacanya).


JANGAN!!!JANGAN menulis dengan gaya-gaya penuh keganasan kerana ia akan menakutkan orang bukan Islam hatta menyebabkan mereka yang menyokong orang Islam ini akan membenci Islam.JANGAN menyeru untuk memboikot barangan Belanda kerana rakyat Belanda turut menentang pembikinan filem ini.

JANGAN hanya membaca seruan ini dan tidak berbuat apa-apa.BANGKITLAH WAHAI BLOGGER SEKALIAN!!!

No comments: