Wednesday, March 21, 2007

untitled...

Kepalanya terangguk angguk mengikut rentak lagu, padahal bukan lagu keras keras pon, malam yang bosan ni diisinya dengan mendengar lagu sambil melayari internet, poo up windon menyapa, “I new message(s)” hurmmm sapa la pulak ni yer… lantas jarinya menekan touch pad laptopnya untuk membaca emel yang baru tiba

“ceh, friendster reminder,” kesal bertandang dihatinya ‘ingat dapatla message dari sesape’ dia bermonolog sendirian

“wargggggggghhhhhhh, penat la pulak” menjerit tetiba sambil menggeliat membetulkan letak sendinya semula, lama dah mengadap laptop, penat mata minta untuk berehat

Matanya menela ke jam dinding di penghujung bilik, dah pukul satu pagi, mata masih tak mahu pejam, walaupun dah penat mengadap laptop, ni bahana Nescafe tadi la ni, dua sachet dibantai sekali, mak dah tak lalu dah nak tegur melihatnya yang begitu ‘addicted’ dengan Nescafe “ tak elok kakak, minum selalu sangat ni” bebelan emaknya terngiang-ngiang di telinga, di hanya tersenyum sendiri…

Dia mengankat punggungnya menghala ke katil, dihempaskan badannya, walaupun mata masih belum mengantuk, di baring juga diatas katil, mana tau tertidur jugak nanti, heuheu, tangannya mencaricari mp3 di atas katil, seingat dia tadi dia ada letakkan mp3 diatas katil, jumpa!, lantas earphone disumbatkan ke telinga, “Sealed With A Kiss” oleh Jason Donovan kedengaran di telinga, senyum sendiri, lama sungguh dia mencari lagu tersebut, akhirnya jumpa, alunan lagu lembut menyapa telinga…

Kakinya berjalan malas, hari ni serasa malas betul nak pergi kuliah, beg sandang ditepi dikemaskan apabila terasa nak melurut jatuh, ‘hurmm, dah la kelas hari ni habis sampai petang, penatla macam ni’ dia bermonolog sendirian, matahari sudah terik memancar walaupun baru pukul 10 pagi, dia berjalan perlahan menuju ke dewan kuliah

Tiba di dewan kuliah, dia terus mencari tempat duduk, tempat yang selalu dia duduki dah diambil orang, “hissh, dia merengus sendirian, x nampak ke aku selalu duduk kat situ, sengajalah budak tu” dia menjeling tajam ke arah seorang budak perempuan yang telah mengambil tempat biasanya, budak yang sangat di ‘anti’ nya, Sally, gedik semacam, sally menoleh ke arahnya apabila diberitahu oleh gengnya yang lain bahawa dia tgh memandang mereka, senyuman sinis diberikan. “huh, menyampah, muka pure melayu ada hati nak suruh dipanggil Sally, padahal namanya Salimah, orang putih sangatla tu konon, sesuai sangatla dengan perangainya yang gedik tu

Dia mengambil tempat duduk di belakang sekali, tempat yang tak ada orang ‘ tenang sikit hati aku yang tengah panas ni’berkata dalam hati

“oit hang, awat duk belakang beno?” bahasa rojak perak + utara dah bercampur, sara sengih lebar sambil menampakkan giginya

“tu haa, minah gedik tu amik kita nyer tempat, siot betul, sengaja jer, bengang tul” dia membalas

“ala, biaqkan je la depa tu Far, buat sakit hati lagi ada kalau ko layan sangat diorang tu, biarla” lembut Sara memujuk

“hutrmm”

“Farha! Sara!”

Kedua-dua mereka berpaling ke arah suara yang memanggil, kening terangkat tanda bertanya, mulut masing-masing macam di gam, bisu, tak nak bercakap

Fikri berjalan menuju ke araha mereka “ korang dah daftar nama ker?”

“daftar? Untuk apa?” otaknya dah memikir mikir, setahu dia tak pernah aktiviti kat kolej ni dia join, bukan tak minat tapi malas, malas untuk berkomitmen ni, balik lepak – lepak jer

“la, daftar untuk pertandingan chess antara fac, bukan korang terer ker main?” fikri bertanya lagi

“uiks, yang terer Sara, bukan aku” pantas dia menjawab, lantas menyambung “ dam ular aku pandai la main, haha” ketawa

“aper pulak aku?, aku tahulah main, tapi bukan pandai pon,” Sara mempertahankan, tak mahu join pertandingan tersebut

“ala, janganla macam ni, sumbang kan lah sket bakat tu kat fac kita ni, xde wakil dah ni” fikri memujuk, walaupun nada nya jelas menunjukkan dia tengah marah, ni aku nak naik darah ni, kita perlu pertolongan depa, main tarik tali pulak’ fikri berkata dalam hati, Geram!

“betul ni” mereka berdua menjawab serentak

“sudahla, tak boleh tolong langsung” bentak fikri seraya meninggalkan mereka berdua

“mak ai, garangnya, apsal tu? PMS ke?” dia bertanya kt Sara

“la, manila aku tau, bengang kat kita la kot, ad eke suruh kita main, nak bagi lingkup fac ape?” Sara tersengih

“ntahnye…”

No comments: